Isnin, 19 Julai 2021

4 Jenis Kontrak Asas Takaful Hayat

Kemaskini pada 30/08/2021

4 Jenis Kontrak Asas Takaful Hayat

Entri kali ini saya kongsikan empat jenis Kontrak Takaful Hayat asas yang ada dipasaran pada masa kini seperti yang dikongsi oleh pakar kewangan Malaysia tuan Azizi Ali dalam buku Jutawan Dari Planet Jupiter.
 
 
1. Takaful Hayat Bertempoh
 
Takaful Hayat Bertempoh (Term Insurance) meliputi tempoh yang terhad dan malah merupakan kontrak takaful hayat yang paling mudah. Anda membayar caruman untuk mendapatkan perlindungan tetapi tidak mendapat pulangan wang kembali. Sama seperti takaful kereta.
 
Kelebihan utama yang diperolehi dari Takaful Hayat Bertempoh adalah ia memberi perlindungan maksimum dengan harga paling rendah. Ia merupakan takaful hayat paling murah dan berdaya maju.
 
Contoh Pelan Takaful Etiqa:
(a) AafiahCare
(b) Harmoni
(c) Mawaddah II
(d) Prisma
(e) Prisma Plus
 
 
2. Takaful Hayat Seumur Hidup
 
Polisi Takaful Hayat Seumur Hidup (Whole-life Insurans) menawarkan takaful yang melindungi anda sepanjang hidup. Jumlah wang yang diinsuranskan serta apa-apa bonus hanya dibayar apabila pencarum meninggal dunia.
 
Caruman perlu dibayar sehingga tuntutan dilakukan. Ringkasnya, ia hanya diberhentikan apabila kita menemui ajal. Biasanya terdapat nilai serahan terjamin yang minimum. Ini biasanya berkuat kuasa hanya selepas tiga tahun polisi itu diambil.
 
 
3. Endownen
 
Polisi Endownen (Endownen Insurance) membayar nilai muka polisi apabila pihak yang diinsurankan meninggal dunia. Pengambilan takaful boleh juga mengambil wang itu sekiranya pencarum masih hidup apabila polisi tamat.
 
Tarikan utama polisi endowmen adalah mendapat balik wang premium yang telah dibayar berserta sedikit pulangan. Walaupun polisi endownen berguna, ia merupakan bentuk takaful hayat paling mahal kerana pengendali takaful perlu memberi pulangan serta dalam masa yang sama melindungi hayat anda.
 
Contoh Pelan Takaful Etiqa:
(a) Intelek
(b) Karisma
(c) Mabrur
 
 
4. Pertautan-Pelaburan
 
Polisi takaful Pertautan-Pelaburan (Investment-Linked Insurance) ialah polisi endownen yang dikemas kini kerana ia menggabungkan pelaburan dan perlindungan.
 
Walaupun perkhidmatan ini amat berguna, Fi yang dikenakan tinggi kerana pengendali takaful kini memberi dua perkhidmatan iaitu perlindungan dan pelaburan kepada anda.
 
Selain itu, jika pelabur anda kurang berjaya, anda tidak boleh menyalahkan pengendali takaful kerana anda yang membuat pilihan pelaburannya sendiri.
 
Contoh Pelan Takaful Etiqa:
(a) Elite + Takaful Medical Plus (TMP)
(b) Elite Takafulink (ETL)
(c) Hadiyyah
(d) Mahabbah

Jutawan Dari Planet Jupiter

Sebarang pertanyaan lanjut atau untuk set temujanji untuk berjumpa, boleh hubungi saya melalui maklumat seperti di bawah. Saya sentiasa bersedia membantu anda.


Youtube Channel:
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan