Rabu, 21 Julai 2021

ASB vs Emas: Mana Lebih Menguntungkan?

Buku TH, Buku ASB dan Emas 1 Dinar

Entri kali ini saya kongsikan salah satu soalan yang pernah ditanya oleh prospek suatu masa dahulu serta jawapannya.
 
Cara jawab pun berubah seiringi dengan peningkatan dalam ilmu pengetahuan dan pengalaman diri. Adakah ini satu penanda kematangan?
 
Soalan:
Antara ASB dengan Emas, mana lebih menguntungkan?

Jawapan:
 
1. Suatu Ketika Dahulu...
(Semasa Tahun 1 Menjadi Dealer Public Gold)
 
Adalah tidak adil membanding dua instrument kewangan yang berbeza dari segi fungsi dan cara menjana keuntungan. Ibarat membandingkan antara epal dengan oren.
 
Keuntungan dalam ASB adalah dalam berbentuk dividen yang hanya diperolehi sekali dalam tempoh setahun. Keuntungan dari dividen ini akan bertukar menjadi modal bagi menjana lebih dividen walaupun nilai modal tak berubah. Peningkatan jumlah modal akan membantu menjana keuntungan yang lebih dalam bentuk dividen. Inilah yang dikata kesan 'Compound Effect'.
 
Keuntungan dalam Emas adalah berkaitan dengan peningkatan nilai modal (harga segram). Lagi lama labur, lagi menguntungkan. Lagi banyak jumlahnya, lagi tinggi untungnya.
 
Keuntungan dari Emas tak tetap waktunya bergantung kepada pergerakan harga. Mungkin ambil masa yang lebih pendek atau panjang dari ASB.
 
Dari segi pulangan keuntungan (ROI) antara Emas dan ASB. Didapati Emas jauh lebih tinggi keuntungannya berbanding dengan ASB tidak kira dalam tempoh singkat atau pun panjang. Kita tidak boleh kawal keuntungan ASB, tapi kita boleh kawal keuntungan dalam Emas (dari segi jumlah gram).
 
Nak menjana keuntungan maksimum dengan ASB, kita kena amalkan konsep simpan secara konsisten dan lupakan simpanan tersebut.
 
Nak menjana keuntungan maksimum dengan Emas, kita kena amalkan konsep beli secara konsisten dan lupakan simpanan tersebut. Sentiasa pantau harga semasa supaya kita boleh tahu bila masa untuk beli emas, bila masa untuk borong emas.
 
Jadi Saya Pilih Emas.
 
Catatan Tambahan:
Tanpa skrip memang tak sempatlah nak jawap sebegitu panjang. Biasanya perenggan pertama sahaja sempat ditulis sebelum kena cantas oleh prospek.
 
Hendak nilai pelaburan itu mudah sahaja walaupun instrumen kewangan yang berbeza. Tengok pada pulangan dalam pelaburan (ROI) dalam tempoh tertentu. Itu sahaja.
 
 
2. Beberapa Tahun Dahulu...
(Selepas Beberapa Tahun Menjadi Dealer Public Gold)
 
Dari segi pulangan dalam pelaburan (ROI), Emas jauh lebih untung dari ASB tidak kira bagi tempoh masa yang pendek atau panjang. Dengan syarat tidak membuat kesilapan semasa dalam proses membeli emas.
 
Pelaburan dalam ASB ini mudah sahaja. Hanya simpan wang dalam bentuk unit dan tunggu sehingga setahun untuk mendapatkan keuntungan. ASB pelaburan berisiko rendah tetapi memberi pulangan yang memuaskan.
 
Pelaburan dalam Emas ini jauh lebih rumit kerana ia bergantung beberapa faktor. Keuntungan emas ditentukan saat mula beli emas bukan pada ketika jual semula.
 
Oleh itu, ketahui cara yang betul dalam memilih jenama emas. Emas yang sama tetapi berbeza jenama membawa keuntungan yang berbeza dari segi tempoh dan jumlah. Emas juga pelaburan risiko rendah yang memberi pulangan yang memuaskan.
 
Jadi Saya Pilih Emas.
 
Entri Berkaitan:


3. Terkini...
(Tahun Keempat Menjadi Dealer Public Gold)
 
Dari segi pulangan dalam pelaburan (ROI), Emas jauh lebih menuntungkan dari ASB tidak kira bagi tempoh masa yang pendek atau panjang terutama dalam krisis ekonomi. Dengan syarat tidak membuat kesilapan semasa proses membeli.
 
Mulakan dengan ilmu terlebih dahulu sebelum mula melabur dalam emas. Kerana pelaburan emas ini jauh lebih rumit dari ASB sekiranya ingin memaksimukan keuntungan.
 
Ketika Mengumpul Kekayaan, Saya Pilih Emas. Ketika Ingin Menikmati Kekayaan, Saya Pilih ASB.
 
Kumpul kekayaan dengan emas. Setelah cukup gramnya (mengikut matlamat), saya jual semuanya dan simpan wang tersebut ke dalam ASB untuk menjana dividen bagi kegunaan harian (setahun kemudian).
 
Ibarat anda memiliki sebuah ladang yang ditanam dengan pokok balak (emas). Cukup tempoh, maka potonganlah semuanya untuk mendapatkan kembali modal serta keuntungan.
 
Wang yang diperolehi akan digunakan untuk membeli ladang epal. Setiap tahun dapat menikmati buahnya (dividen) tanpa perlu korbankan pokoknya (modal asal).
 
Catatan Tambahan:
Agak-agak mudah orang nak fahami penjelasan yang diberi? Mungkin kena jawapan seringkas yang boleh. Ini dikira versi panjang. Hanya sebahagian kecil saja yang rajin baca jawapan ini sehingga di ayat terakhir.
 
 
4. Di Masa Hadapan...
(Master Dealer Public Gold)
 
Emas lebih menguntungkan dari segi pulangan pelaburan (ROI) berbanding Emas. Dengan syarat tak buat kesilapan ketika memilih jenama emas.
 
Saya cadangkan beli emas Public Gold. Bukan sahaja dapat emas yang berkualiti bahkan dapat sistem yang terbaik secara percuma.
 
Kumpul kekayaan bersama Emas. Nikmati kekayaan bersama ASB. Sekiranya anda ingin bersara dengan selesa dan tenang.
 
Entri Berkaitan:


Yang menulis,
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold


Tiada ulasan:

Catat Ulasan