Selasa, 15 Ogos 2017

Faktor-Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membeli Emas

*Dikemaskini pada 15/08/2017

Faktor-Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membeli Emas
Sumber: Google Image

Berikut adalah faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum membuat keputusan membeli emas fizikal.

1. Spread @ Susut Nilai Emas

Susut Nilai (Spread) adalah bermaksud perbezaan antara harga belian dan harga jualan balik oleh peniaga emas. Kadar susut nilai biasa dikira dalam bentuk peratusan (%) daripada harga emas semasa. Kadar susut nilai ditentukan sepenuhnya oleh peniaga emas.

Berikut dikemukakan contoh kiraan susut nilai.

Emas Jongkong 1g
Harga Emas Semasa (Hari Ini):
RM 200
Harga Emas Yang Dibeli Oleh Syarikat:
RM 180
Perbezaan Harga:
RM 200 - RM 180 = RM 20

Susut Nilai: (200-20)/180*100 = 10%

Oleh itu, adalah penting bagi pembeli mengetahui terlebih dahulu kadar susut nilai bagi sesebuah jenama emas fizikal sekiranya ingin menjualnya kemudian.

Tempat terbaik untuk menjual emas fizikal adalah di tempat dimana anda membelinya dahulu. Sebagai contoh, beli emas di Public Gold, jual balik kepada Public Gold. Ini kerana syarikat emas biasanya akan membeli balik emas jenama mereka dengan harga yang lebih tinggi daripada jenama emas lain.

2. Harga Premium Over Spot Price

Spot Price Gold adalah harga emas semasa dunia. Ia menjadi rujukan bagi kebanyakkan penjual emas. Manakala Harga Premium Gold adalah harga jualan yang ditetapkan oleh pengeluar emas mengambil kira kos pembuatan dan pengedaran. Perbezaan diantara harga Spot Gold dan harga jualan emas pengeluar dipanggil Premium Over Spot Price.

Kaedah melihat harga Spot Gold:
  • Layari alamat sesawang www.goldprice.org
  • Tengok jadual harga di penjuru paling kiri
Ubah maklumat di dalam jadual harga tersebut kepada RM/gram (sila lihat gambar dibawah)


www.goldprice.org


Dalam kes ini, anda dapati harga spot gold adalah RM176.14/gram*

Daripada harga ini, anda boleh membandingkannya dengan harga jualan emas oleh semua penjual emas.

*Maklumat dikemaskini pada 15/08/2017


Formula Premium Over Spot price dalam % adalah seperti berikut:

(Harga Jualan RM/g – harga Spot Gold RM/g) /(Harga Spot Gold RM/g) x100
 
Panduan umum
Jika premium over spot < 5% = sangat berbaloi beli
Jika premium over spot < 10% = berbaloi
Jika premium over spot > 10% = tak berbaloi beli

3. Kesediaan Stok (Stok Tanpa Had)

Maksud kesediaan stok adalah anda boleh membeli emas yang anda inginkan mengikut harga semasa dan penjual mempunyai stok untuk diserahkan.

4. Beli Emas Bebas ‘Goods & Service Tax (GST)’

Untuk pengetahuan anda, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mulai April 2015. GST telah memberi impak yang besar terhadap industri emas. Ini kerana emas juga tertakluk kepada GST 6%.

Namun begitu, kita bernasib baik kerana kerajaan telah mewartakan beberapa jenis emas sebagai ‘Investment Precious Metals’ atau Logam Berharga Pelaburan. Emas yang tertakluk di bawah kategori ‘Investment Precious Metals’ ini dikecualikan daripada bayaran GST.

Ini bererti membeli emas bebas GST dapat mengurangkan kos pembelian emas. Kos yang rendah dapat mempercepatkan proses mendapat keuntungan melalui pelaburan emas.

5. Adakah Emas Tersebut Boleh Digadai Di Ar-Rahnu (Pajak Gadai)?

Salah satu kelebihan memiliki emas fizikal adalah anda boleh mengadaikannya di Ar-Rahnu (pajak gadai islam) jika memerlukan duit tunai dengan kadar segera.

Sebelum membeli emas, cuba selidik dahulu sama ada emas tersebut boleh digadaikan di Ar-rahnu sekiranya terdesak.

Faktor-faktor emas fizikal yang tidak diterima untuk gadaian di Ar-Rahnu:
-          Sesetengah Jenama (reputasi syarikat pengeluaran)
-          Sesetengah Reka Bentuk (jika ada gambar binatang atau orang)
-          Sesetengah pembungkusan yang tidak boleh dibuka (untuk ujian ketulenan)

6. Adakah Emas Tersebut Boleh Dijual Semula Jika Dibuka Plastik Atau Berlaku
    Kecacatan Padanya?

Sebelum membeli emas, anda perlulah bertanya kepada syarikat yang menjual emas tersebut sama ada mereka dapat menjamin akan membeli balik emas tersebut jika plastiknya dibuka atau terdapat kecacatan pada emas fizikal tersebut. Terdapat 2 kemungkinan jawapan yang akan anda perolehi iaitu:

Jawapan 1: Penjual akan membeli kembali emas tersebut walaupun sarungnya dibuka, ada kesan calar, goris dan bengkok. tapi ada penambahan susutnilai.

Jawapan 2: Penjual tidak menerima emas tersebut jika telah dibuka, ada kesan calar, guris atau bengkok.

Sekiranya jawapan yang ke 2 diperolehi, ia satu kerugian besar bagi pelabur emas kerana terpaksa menjual balik emas tersebut kepada pembeli emas terpakai pada susut nilai yang lebih tinggi.

7. Reputasi Penjual Emas

Semakin lama sesebuah syarikat terlibat dengan aktiviti membeli dan menjual emas, semakin tinggi reputasi dan kredibiliti syarikat berkenaan. Jadi, semakin kurang risiko perlu anda hadapi.

Kemudian, lihat jenama emas yang mereka jual. Jika emas yang dijual adalah berstatus LBMA, anda tidak perlu risau pasal GST atau risiko penjual tersebut tutup kedai. Ini kerana emas berstatus LBMA mempunyai kecairan yang tinggi. Ia boleh dijual beli dengan mudah kepada penjual lain.

Semoga artikel ini dapat dijadikan panduan kepada anda dalam membeli emas untuk pelaburan. 

"Masa Terbaik Untuk Melabur Adalah Pada 10 Tahun Yang Lalu, Masa Kedua Terbaik Adalah Sekarang"

Berminat memiliki emas fizikal untuk tujuan simpanan atau pelaburan? Sila hubungi saya di talian 017-2471372 (Faiz) untuk bimbingan selanjutnya.


Berminat Mengetahui Lebih Lanjut Tentang Pelaburan Emas? Tekan Pautan Di Bawah: