Rabu, 30 Ogos 2017

Kaedah Membeli Emas Public Gold

Kemaskini pada 18/05/2023

Kaedah Membeli Emas Jenama Public Gold

Kaedah 1: Beli Terus Di Cawangan Public Gold

Datang terus ke cawangan Public Gold yang terdekat dengan anda. Pilih produk yang tersedia. Bayar dan bawa pulang emas tersebut.

Anda boleh memilih untuk membuat pembayaran menggunakan kad kredit, kad debit, permindahan melalui bank (transfer online) atau secara tunai (terhad kepada RM 3,000 sehari atas sebab keselamatan).

Masa beli, maklum nama saya ‘Mohd Faiz bin Abdul Manan PG00092879’ sebagai Introducer anda untuk bimbingan selanjutnya berkaitan Pelaburan Emas.

Sila tekan pautan dibawah untuk melihat senarai cawangan Public Gold yang ada.
 
Maklumat Kemaskini pada 30/08/2017

Nota:
1. Pembelian secara terus produk Public Gold hanya boleh dilakukan di Menara Public Gold sahaja. Tiada pembelian produk Public Gold di cawangan.
2. Pembelian melalui Mesin Emas ATM boleh dilakukan di Menara Public Gold dan Public Gold cawangan Bangi sahaja buat masa ini.


Kaedah 2: Beli Atas Talian (Online) Dan Ambil Di Cawangan Terdekat

Langkah 1:
Layari Alamat Sesawang Public Gold untuk pendaftaran sebagai ahli secara percuma. Kemudian log masuk.

Langkah 2:
Kemudian terus membuat pesanan dan bayar secara atas talian (menggunakan kemudahan FPX atau Transfer Online). Ikut sahaja setiap langkah yang telah ditetapkan. Sila muat turun manual pembelian DI SINI untuk rujukan anda. Jangan lupa muat turun resit pembayaran di ruang yang disediakan (dalam invoice).

Langkah 3:
Hubungi cawangan Public Gold yang terdekat untuk pertanyaan dan tempahan emas yang dibeli. Sekiranya emas tersebut sudah ada di cawangan yang dipilih. Datang dan ambil emas tersebut. Sila kemukakan Resit Rasmi Pembayaran, Invois Pembelian dan Salinan Kad Pengenalan semasa proses pengambilan emas tersebut. 

Untuk makluman anda, kini Public Gold telah menyediakan kemudahan penghantaran emas secara terus ke rumah anda melalui kemudahan Gold In Transit (GIT) dengan sedikit caj tambahan. Sila rujuk alamat sesawang Public Gold untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan kemudahan tersebut.

Bagi pembayaran secara berperingkat dengan menggunakan kaedah EPP (sedikit caj tambahan akan dikenakan, pengambilan emas tersebut hanya boleh dilakukan selepas pembayaran terakhir selesai dilakukan.

Nota:
1. Bermula bulan Julai 2021, pembayaran secara berperingkat hanya ditawarkan selama 6 bulan sahaja (EPP6). Pembayaran secara berperingkat selama 10 bulan hanya ditawar dalam promosi terpilih.
2. Produk berat melebihi 5 Dinar (21.25 gram) sahaja boleh diambil di cawangan Public Gold terdekat.

Entri Berkaitan:


Contoh Invois Pembayaran 4 Kali EPP

Contoh Invois Pembayaran 10 Kali EPP

Caj Premium EPP


Kaedah 3: Melalui Aplikasi WhatApps (Untuk Pembelian Kali Pertama Sahaja Untuk Akaun GAP)

Untuk pembelian kali pertama, ikut langkah seperti dibawah:

Langkah 1: Masukkan Duit

Masukkan (Transfer Online) duit ke akaun PG mengikut harga per gram di www.publicgold.com.my.

Public Gold Marketing Sdn. Bhd.
No Akaun:
5571 3923 8048 (Maybank)
5071 3410 4563 (Maybank)
3167 52 0833     (Public Bank)

Minimum pembelian adalah sebanyak RM 100. Harga disemak sehari sekali pada pukul 12.00 tengah malam.

Langkah 2: Hantar Maklumat Melalui Aplikasi WhatApps

WhatsApp maklumat ke 017-2471372 (Faiz), taip;

1) Nama Penuh:
2) No. Kad Pengenalan:
3) No. Telefon:
4) Alamat Emel:
5) Pekerjaan:

Lampirkan sekali slip bayaran untuk PG sahkan bayaran. Slip bayaran tu kena simpan baik-baik untuk rujukan masa depan.

Langkah 3: Semak Penyata Akaun GAP (GAP Statement)

Tunggu Public Gold proses permohonan dalam masa 2 Hari Bekerja. Kalau dah dapat katalaluan (Username) dari Public Gold, log masuk alamat sesawang Public Gold untuk semak penyata akaun GAP selepas 2 Hari Bekerja. Gunakan No. Kad Pengenalan 12 digit sebagai katalaluan. Sila tukar katalaluan baru selepas berjaya log masuk.


Kaedah 4: Belian Melalui Akaun Gold Accumulation Program (GAP)
(Panduan ini hanya boleh diikuti setelah PG Kod diperolehi)

Langkah 1: Log Masuk
Log masuk menggunakan PG Kod dan katalaluan sementara* yang diterima melalui emel sebelum meneruskaan pembelian atas talian. Anda digalakkan menukar kata laluan terlebih dahulu sebelum meneruskan sebarang urusan di alamat sesawang Public Gold.

*Sekiranya pembelian kali pertama menggunakan kaedah 3 (Tidak pernah mendaftar dengan Public Gold).

Langkah 2: Pembelian
Terdapat dua kaedah pembelian melalui akaun GAP iaitu (1) Pembelian Melalui Kemudahan FPX atau (2) Pembelian Melalui Kaedah Pembayaran Atas Talian (Online Transfer).

1# Pembelian Melalui Kemudahan FPX
Tekan butang My GAP. Pilih butang Purchase. Pilih kaedah pembayaran (FPX) di Mode Of Payment. Kemudian ikut setiap langkah yang tersedia sehingga urusan berjaya.

Pembeli akan dihubungi melalui emel selepas transaksi berjaya dilakukan. Pembeli boleh menyemak akaun GAP dalam tempoh 1 jam. Sila hubungi Public Gold sekiranya pembelian emas baru masih belum direkod ke dalam akaun GAP selepas tempoh 48 jam.

2# Pembelian Melalui Pembayaran Atas Talian (Online Banking)
Masukkan (Transfer Online) duit ke akaun PG mengikut harga per gram di www.publicgold.com.my.

Public Gold Marketing Sdn. Bhd.
No Akaun:
5571 3923 8048 (Maybank)
5071 3410 4563 (Maybank)
3167 52 0833     (Public Bank)

Tekan butang My GAP. Pilih paparan Go To New Site. Pilih butang Purchase. Pilih kaedah pembayaran (Bank-In) di Mode Of Payment. Masukkan tarikh pembelian di Payment Date. Kemudian tekan butang NEXT.

Pilih Product Type, kemudian masukkan jumlah pembelian di Purchase Amount serta kuantiti gram yang dibeli di Purchase Qty. Muat naik resit pembelian di ruang Attachment (bank-in slip). Kemudian tekan butang Place Order di bahagian kiri bawah.

Tunggu Public Gold proses permohonan dalam tempoh 48 jam selepas pembelian disahkan (confirmed). Pembelian dikira berjaya apabila rekod simpanan emas berada dalam ruang Balance.
Nota:
Kaedah ini juga boleh diguna pakai bagi pembelian produk Perak Public Gold.


Akaun GAP @ SAP Public Gold

Sila tekan DI SINI untuk melihat produk Public Gold.

Yang menulis,
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold


Tiada ulasan:

Catat Ulasan