Rabu, 30 Ogos 2017

Hutan Pendidikan Bukit Gasing

Hutan Pendidikan Bukit Gasing

Lokasi:
Hutan Pendidikan Bukit Gasing

Aktiviti:
Mendaki

Alamat:
Bukit Gasing
46000 Petaling Jaya,
Selangor.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Taraf Kesukaran:
Mudah ke Sederhana

Tarikh Lawatan:
8 Oktober 2016 (Kali Ke-1)
19 Mac 2017 (Kali Ke-2)


Hutan Pendidikan Bukit Gasing menjadi lokasi pertama siri pendakian soloku (untuk kali 1) selepas sesi lawatan ke muzium, galeri dan taman selesai dilakukan (walaupun masih ada banyak tempat belum dilawati) sekitar Lembah Klang. Terletak bersempadan antara Kuala Lumpur dan Selangor, terdapat dua taman yang berbeza dalam satu bukit iaitu Bukit Gasing disebelah Selangor dan Taman Rimba Bukit Kerinchi disebelah Kuala Lumpur.


19/03/2017: Peta Laluan Bukit Gasing
19/03/2017: Laluan Trek Di Bukit Gasing
8/10/2016: Laluan Trek Menurun Bukit
19/03/2017: Permandangan Dipuncak
19/03/2017: Laluan Danau
19/03/2017: Lokasi Untuk Berehat
08/10/2016: Jambatan Gantung
19/03/2017: Pintu Keluar Dari Bukit Gasing

19/03/2017: Tinggal Kenangan
19/03/2017: Ada Pahlawan Memerhatikan Kita
19/03/2017: Diperhujung Pendakian


Pendakian ini mengambil masa lebih kurang tiga jam untuk melengkapkan satu pusingan. Walaupun pendakian ini tidak mencabar, adalah dinasihatkan untuk membawa bekalan yang secukupnya untuk mengharungi pendakian.


Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara