Jumaat, 11 Ogos 2017

5 Keistimewaan Memiliki Emas Fizikal

Kemaskini pada 23/11/2020

5 Keistimewaan Memiliki Emas Fizikal
Sumber: Google Image

1. Sebagai Hadiah Yang Bernilai Sepanjang Masa

Emas adalah logam yang istimewa kerana ia tidak mudah dimusnahkan oleh ejen perosak semulajadi seperti angin, air, tanah dan api. Ia logam yang tahan lasak, mudah dibentuk serta memiliki warna asli yang menarik.

Emas juga antara logam yang sukar diperolehi menyebabkan ia sentiasa bernilai sepanjang masa. Ciri-ciri istimewa yang dimiliki oleh emas juga menjadikan ia hadiah yang sesuai diberikan terutama pada yang tersayang.

2. Sebagai Medium Transaksi Yang Diterima Oleh Semua Orang

Manusia menjadikan emas sebagai medium transaksi semenjak beribu tahun lalu kerana ia dapat memenuhi ciri-ciri yang diperlukan sebagai matawang seperti tahan lasak, senang dibentuk mengikut saiz dan berat yang sama serta mudah dibawa ke mana-mana.

Ini menjadikan emas bernilai diperdagangkan di serata dunia sebagai wang antarabangsa. Ini bermaksud, sekiranya anda ada emas ditangan, anda boleh mendapatkan wang tunai dengan segera di negara lain dengan hanya menjual emas yang dimiliki.

3. Sebagai Mas Kahwin Yang Berharga

Emas sesuai dijadikan mas kahwin kerana rupanya yang menarik, kecil, mudah dibawa dan amat berharga.

Keupayaan untuk mengekalkan nilai (kuasa beli duit) dalam jangka masa panjang. Ia memberi keuntungan bagi pemiliknya di masa hadapan.


4. Sebagai Medium Pinjaman Yang Dapat Mengelakkan Kerugian Nilai Dimasa Hadapan

Memberi pinjam duit kepada orang lain (tanpa interest) secara prinsipnya merugikan. Ini kerana nilai wang dihakis oleh inflasi. Kuasa beli seringgit tahun ini tidak sama dengan tahun depan.

Oleh itu dengan memberi pinjaman dalam bentuk emas, secara langsung dapat mengelakkan mengelak kerugiam nilai seperti yang berlaku pada wang kertas.


5. Sebagai Sumber Pendapatan Tambahan

Emas boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan tambahan dengan cara menjadikan ia sebagai barang dagangan dalam urusan jual beli.

Tidak seperti barang lain, emas tiada tarikh luput. Ini bererti walaupun tidak laku, ia masih boleh disimpan dalam tempoh yang lama tanpa perlu risau akan rosak.

Entri Berkaitan:


Yang menulis,

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold


Youtube Channel:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan