Selasa, 15 Ogos 2017

3 Risiko Sebenar Dalam Pelaburan Emas Fizikal

*Dikemaskini pada 15/08/2017

3 Risiko Sebenar Dalam Pelaburan Emas Fizikal
Sumber: Google Image

“Pelaburan adalah komitmen wang atau modal untuk membeli instrumen kewangan atau aset lain untuk mendapatkan hasil yang menguntungkan dalam bentuk bayaran faedah, pendapatan atau penambahan nilai instrument”


Setiap pelaburan ada risikonya yang tersendiri termasuk pelaburan emas. Memahami risiko yang wujud adalah penting bagi seorang pelabur supaya dapat meminimumkan kerugian sambil memaksimumkan keuntungan.

Berikut adalah risiko dalam pelaburan emas fizikal.


1.      Harga Emas Turun Dalam Jangka Pendek

Kejatuhan harga emas secara mendadak akan menyebabkan masa untuk menjana keuntungan menjadi lebih lama. Oleh itu, untuk menguruskan risiko ini, sila pastikan pembelian emas adalah dengan menggunakan lebihan wang yang tidak digunakan dalam jangka masa panjang.

2.      Emas Itu Hilang

Sama ada emas itu hilang akibat kecuaian, lupa di mana letak ataupun dicuri, adalah penting bagi pelabur emas untuk mengetahui cara-cara menyimpan dengan emas dengan selamat

3.      Ditipu Semasa Urusniaga Jual Beli Emas

Untuk mengelak atau mengurangkan risiko daripada menjadi mangsa penipuan, adalah penting bagi pelabur emas untuk berurusan dengan individu yang dipercayai atau dengan syarikat yang memiliki reputasi baik dalam urusan jual beli emas. Elakkan sama sekali dengan sebarang bentuk skim cepat kaya yang bertopengkan emas.


“Bukan Emas Yang Menjadikan Kita Kaya, Tetapi Ilmu Tentang Emas”


Berminat Mengetahui Lebih Lanjut Tentang Pelaburan Emas? Tekan Pautan Di Bawah: