![]() |
Sumber: Google Image |
Sebelum
membuat keputusan membeli emas fizikal, bakal pembeli terlebih dahulu perlulah
mengetahui dengan jelas apakah matlamat yang ingin dicapai untuk jangka masa sederhana
dan panjang. Oleh itu adalah penting untuk memahami posisi diri sebelum membuat
keputusan membeli emas fizikal. Setiap posisi memiliki matlamat yang berbeza.
Berikut adalah 3 posisi penting dalam pelaburan emas.
- Penyimpan
Simpan secara tetap walaupun 1
gram sebulan tanpa mengambil kira harga emas semasa (ketika membeli). Fokus menyimpan adalah untuk menambah gram. Mempunyai matlamat yang jelas untuk dicapai dalam masa
tertentu adalah penting supaya ia boleh dijadikan motivasi untuk terus menambah
gram dari masa ke semasa. Emas yang disimpan
boleh
dijadikan sebagai cagaran sementara untuk mendapat pinjaman mudah sekiranya keadaan
memerlukan.
Kelebihan membeli emas secara konsisten
adalah, Kenaikan Harga Emas dalam jangka masa
panjang ditambah dengan Harga Purata Menjadi Rendah akibat dari menyimpan secara
tetap dan berterusan dapat mempercepatkan waktu untuk memperolehi keuntungan
dari pelaburan emas. Menjual emas dalam gram yang besar, dapat meningkatkan
keuntungan dengan Pengurangkan Peratusan
Susutnilai keatas emas fizikal
tersebut. Sebagai contoh menjual
balik emas 1 gram Public Gold, susutnilai adalah sebanyak 10% berbanding
menjual balik emas 100 gram Public Gold, susutnilai hanya sekitar 7% sahaja*.
*Kemaskini pada 13/08/2017
- Pelabur
Kaedah mendapatkan keuntungan melalui pelaburan emas adalah
dengan cara membeli ketika harga murah, menjual ketika mahal (Buy Low Sell
High). Fokus dalam pelaburan emas adalah memaksimumkan keuntungan dalam bentuk ringgit
(RM). Memiliki pengetahuan dalam ilmu teknikal seperti Analisis Teknikal Harga Emas adalah penting dalam mengetahui bila
masa yang sesuai untuk membeli dan menjual emas.
Masa yang sesuai untuk membeli emas adalah semasa
harga mula naik selepas mencecah paras terendah (Paras Lantai) dan masa yang
sesuai untuk menjual emas adalah semasa harga mula turun selepas mencecah paras
tertinggi (Paras Siling). Paras minimum yang dicadangkan untuk urusan jual dan
beli apabila harga mencecah 10% daripada harga asal emas yang dibeli. Oleh itu
penting agar pelabur membeli emas sebagai penanda (Batchmark) bagi mengetahui
bila harga rendah dan tinggi.
- Peniaga
Terlibat secara aktif dalam urusan jual beli dengan
menjadikan emas sebagai barang jualan. Perlu memahami dengan lebih mendalam
ilmu tentang perniagaan dalam meminimumkan kos sambil memaksimumkan keuntungan.
Berminat memiliki emas fizikal untuk tujuan simpanan atau pelaburan? Sila hubungi saya di talian 017-2471372 (Faiz) untuk bimbingan selanjutnya.
Berminat Mengetahui Lebih Lanjut Tentang Pelaburan Emas? Tekan Pautan Di Bawah:
Senarai Ringkas Artikel Berkaitan Pelaburan Emas
Tiada ulasan:
Catat Ulasan