Ahad, 10 Februari 2019

Pelaburan Emas: Di Mana Untungnya?

1 Dinar Public Gold


Asas keuntungan dalam Pelaburan Emas adalah seperti berikut, beli ketika murah dan jual ketika mahal (buy low, sell high). Prinsipnya amatlah mudah tetapi realitinya ia amat mencabar. Ini disebabkan pergerakan harga emas bukan ditentukan oleh kita, tetapi ditentukan oleh pasaran dunia.

Semakin ramai orang membeli emas, semakin tinggi harganya, begitu juga sebaliknya. Dengan erti kata lain, kita tiada kawalan untuk menentukan harga belian dan jualan emas. Apa yang kita boleh kawal hanyalah berapa banyak gram yang ingin dimiliki.

Untuk menjadi pelaburan emas yang berjaya, anda perlu:

(1) Memiliki Modal Yang Besar
(2) Tahu Bila Harga Murah (Lantai)
(3) Tahu Bila Harga Mahal (Syilling)

1# Memiliki Modal Yang Besar

Memiliki modal yang besar bermaksud anda mampu membeli sekurang-kurangya 100 gram jongkong emas. Ini kerana jumlah gram yang dibeli akan menentukan berapa banyak keuntungan yang anda perolehi. Sebagai contoh, sekiranya harga emas naik RM 1, ia bererti kekayaan anda telah meningkat sebanyak RM 100 (bagi jongkong emas seberat 100 gram).

2# Tahu Bila Harga Murah (Lantai)

Mengetahui bila masa yang sesuai untuk membeli emas amatlah penting bagi seorang pelaburan emas. Ini kerana matlamat utama pelaburan emas adalah untuk memastikan emas yang dibeli dapat dijual dengan kadar pada harga tertinggi yang boleh diperolehi. Lagi murah emas tersebut, lagi cepat keuntungan dapat diperolehi.

“Harga pembelian emas akan menentukan tempoh masa dan berapa banyak keuntungan yang perolehi dikemudian hari”

3# Tahu Bila Harga Mahal (Syilling)

Mengetahui harga puncak (syilling) emas amatlah penting bagi memastikan anda tidak terlepas waktu yang sesuai untuk menjualnya kembali. Sekiranya anda terlepas akannya, maka anda terpaksa menunggu lebih lama untuk menjana keuntungan daripada emas yang dimiliki. Ia akan menjadi mimpi ngeri bagi seorang pelabur.

Artikel kali ini saya kongsikan keuntungan yang mampu diperolehi dalam pelaburan emas sekiranya anda membeli jongkong emas seberat 1000 gram. Kiraan dibawah hanya terpakai bagi emas jenama Public Gold dan segala urusan jual beli hanya dengan Public Gold sahaja.

Maklumat

Berat:
1000 gram
Harga Belian:
RM 164,725 (Modal)
Harga Jualan:
RM 175,327 ***
Tarikh Beli:
18/08/2018
Tarikh Jual:
20/02/2019     
Tempoh Masa:
6 Bulan (Anggaran) **

Kadar Keuntungan (RM / % *)

Pelanggan:
RM 10,877.98 (6.60%)         
Dealer:
RM 13,051.21 (7.92%)       
Priority Dealer:
RM 13,874.84 (8.42%)        
Master Dealer:
RM 11,975.91 (8.92%)

Nota Tambahan:
*Peratusan keuntungan dikira berdasarkan perbezaan antara harga jualan dan harga belian emas di tambah dengan komisen yang diterima bagi dealer Public Gold.
** Tempoh masa adalah bergantung kepada pergerakan harga emas semasa.
*** Harga jualan bergantung kepada penilaian anda. Dalam kes ini saya beranggapan bahawa harga emas pada tarikh itu adalah yang tertinggi berdasarkan rekod harga emas tertinggi pada tahun 2018.

Tips Mengenalpasti Harga Tertinggi Dan Termurah Emas

1# Sentiasa memantau harga emas GAP di alamat sesawang Public Gold. Untuk rekod, harga tertinggi pada tahun 2018 bagi GAP adalah sebanyak RM 189 segram, manakala harga terendah adalah sebanyak RM 169 segram.

2# Sentiasa memantau grap pergerakan harga emas yang juga boleh dilihat di alamat sesawang Public Gold bagi meramalkan harga tertinggi dan terendah emas dalam tempoh setahun. 

Jongkong Emas 1000 gram Public Gold
Produk Yang Paling Ideal Untuk Pelaburan Emas

Adakah anda faham dengan perkiraan diatas?

Biar saya jelaskannya secara ringkas. Merujuk perkiraan diatas, sekiranya anda seorang pelanggan biasa. Keuntungan yang anda perolehi adalah sebanyak 6.60% (RM 8,162.00)* dalam tempoh 6 bulan. Bagi dealer Public Gold pula, keuntungan yang diperolehi adalah sebanyak 7.27% (RM 13,051.21). Ini bererti keuntungan anda meningkat sebanyak 1% sekiranya anda seorang dealer dan bukan seorang pelanggan sahaja.

Master Dealer pula mencatatkan keuntungan tertinggi iaitu sebanyak 8.92% (RM 14,698.46). Ini bererti keuntungan yang diperolehinya adalah jauh lebih tinggi daripada dividen ASB pada tahun 2018 iaitu sebanyak 7.00%. Apa yang menarik, keuntungan ini diperolehi hanya dalam tempoh 6 bulan sahaja.


Nota Tambahan:

*Setiap pembelian 250g atau 1kg jongkong emas Public Gold (kali pertama), secara automatik anda menjadi Dealer Public Gold. Ini melayakkan mendapat komisen jual balik sebanyak 0.3%.

Bagaimana sekiranya saya hanya mampu membeli emas seberat 250 gram sahaja? Oleh kerana harga emas bagi jongkong seberat 250 gram adalah sama dengan harga jongkong seberat 1000 gram. Ini bererti keuntungan yang anda perolehi hanyalah suku daripada keuntungan yang dikira diatas.

Contohnya adalah seperti berikut

Keuntungan (Pelanggan)
1000 gram       : RM 10,877.981 (6.60%)
250 gram         : RM 2,719.50 (6.60%)

Bagaimana? Anda bersemangat untuk memulakan membeli emas selepas mengetahui akan potensi keuntungannya? Nanti dulu. Sebelum anda bermula, anda perlu memahami risikonya terlebih dahulu. Terdapat 2 risiko yang perlu anda hadapi iaitu (1) Emas Hilang dan (2) Emas Dicuri. Oleh itu pastikan emas anda sentiasa disimpan dengan keadaan selamat sebelum tiba masa untuk menjualnya kembali.

Sila tekan pautan dibawah untuk maklumat selanjutnya berkaitan risiko sebenar dalam Pelaburan Emas.

Bagaimana hendak menyimpan emas dengan cara yang selamat? Sila tekan pautan dibawah untuk tips dan panduan.

Diharapkan agar artikel ini membantu anda mengetahui potensi keuntungan yang boleh diperolehi dan kaedah yang betul menjana keuntungan dalam Pelaburan Emas.

Penafian:

1# Kiraan diatas hanyalah sebagai petunjuk potensi keuntungan yang mampu diperolehi dalam Pelaburan Emas sekiranya memilih membeli jongkong emas seberat 1000 gram. Keuntungan sebenar bergantung kepada harga emas semasa ketika beli dan jual.

2# Kaedah ini hanya boleh dilakukan sekali dalam tempoh setahun (satu kitaran). Sementara menunggu kitaran seterusnya, digalakkan agar segala modal dan keuntungan yang diperolehi disimpan di instrumen kewangan lain seperti Tabung Haji (TH) atau Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Berminat Mengetahui Lebih Lanjut Tentang Pelaburan Emas? Tekan Pautan Di Bawah:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan