Selasa, 19 Februari 2019

New Dealer Orientation (NDO) 2018

New Dealer Orientation (NDO)

Lokasi & Alamat:

Public Gold Cawangan Ampang
12-G, Jalan Dagang, 1/1A,
Taman Dagang,
68000 Ampang Jaya, Selangor

Public Gold Cawangan Petaling Jaya
42A, Jalan PJS 8/6 (Third Floor), Mentari Business Park,
Bandar Sunway, Sunway Mentari,
46150 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi:
10.30 pagi - 12.30 tengah hari (Sabtu Ketiga Setiap Bulan)

Harga Tiket:
Percuma

Alamat Sesawang:
https://publicgold.com.my/index.php/

Tarikh Lawatan:
17 Mac 2018 (Kali Ke-1)
21 April 2018 (Kali Ke-2)
19 Mei 2018 (Kali Ke-3)
15 September 2018 (Kali Ke-4)

Perjalanan diteruskan dari Taman Saujana Hijau menuju ke Public Gold Ampang bagi menghadiri seminar New Dealer Orientation (NDO) buat kali pertama.

Public Gold Petaling Jaya pula menjadi lokasi yang dipilih semasa menghadiri seminar NDO buat kali kedua, ketiga dan keempat untuk tahun ini.

Untuk pengetahuan para pembaca, NDO adalah seminar khas bagi mendedahkan Dealer Public pelbagai ilmu asas dan teknikal yang perlu diketahui oleh setiap usahawan emas Public Gold.

Di seminar ini, para Dealer akan didedahkan secara ringkas tentang:

1# Pengenalan Terhadap Syarikat Public Gold
2# Ilmu Teknikal Tentang Emas Public Gold (Urusan Beli Dan Jual)
3# Kaedah Menjadi Usahawan Emas Yang Berjaya
4# Kiraan Komisen (Keuntungan) Dealer
5# Pengenalan Insentif Khas Bagi Dealer Yang Mencapai Sasaran Yang Di Tetapkan
6# Pengenalan Terhadap Produk Public Gold (PG Mall & Aurora Italia)


17/03/2018: Masa Ini Kakitangan Public Gold Yang Memberi Ceramah
17/03/2018: Selepas Seminar Ada Sesi Cabutan Bertuah (Bagi Bulan Februari)
21/04/2018: Kali Ini Dealer Pula Yang Bagi Ceramah
21/04/2018: Di Beri Tanggungjawab Mencabut Nama Pemenang
21/04/2018: Senarai Pemenang Bagi Bulan Mac
19/05/2018: Kali Ini Penceramahnya Adalah Wanita (Dealer)
19/05/2018: Berdebar Rasa Di Hati Bila Kali Pertama Pegang Emas 1kg
19/05/2018: Harganya Mampu Beli Sebuah Flat Secara Tunai
19/05/2018: Pemenang Untuk Bulan April
19/05/2018: Kedatangan Kami Kali Ini Untuk Memberi Sokongan Kepada Penceramah
15/09/2018: Masih Di Public Gold Petaling Jaya
15/09/2018: Pemenang Bagi Bulan Ogos
15/09/2018: NDO Terakhir Yang Saya Sertai Pada Tahun 2018
PDRM Night Run 2018 menjadi aktiviti yang disertai seterusnya pada sebelah malam selepas menghadiri NDO (Kunjungan buat kali pertama).

Seminar NDO menjadi lokasi terakhir yang dilawati pada kunjungan kali kedua dan ketiga.

Bagi kunjungan kali keempat, selepas sesi seminat berakhir. Perjalanan diteruskan menuju ke MyTown Shopping Centre.

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan