Khamis, 30 November 2017

Gua Tempurung

Gua Tempurung

Lokasi:
Gua Tempurung

Alamat:
Pusat Pelancongan Gua Tempurung,
31600 Gopeng,
Perak.

Waktu Operasi:


Harga Tiket*:
Dry Tour
Golden Flowstone (GF)
Top Of The World (TOW)
Wet Tour
Top Of The World & Short River Adventure (TWR)
Grand Tour (GT)

Warganegara
(Dewasa)
RM 8.00 (GF)/ RM 12.00 (TOW)/ RM 15.00 (TWR)/ RM 30.00 (GT)
(Kanak-Kanak dan Warga Tua)
RM 4.00 (GF)/ RM 6.00 (TOW)/ RM 7.50 (TWR)/ RM 15.00 (GT)
Bukan Warganegara
(Dewasa)
RM 20.00 (GF)/ RM 30.00 (TOW)/ RM 40.00 (TWR)/ RM 50.00 (GT)
(Kanak-Kanak dan Warga Tua)
RM 10.00 (GF)/ RM 15.00 (TOW)/ RM 20.00 (TWR)/ RM 25.00 (GT)
*Harga Tiket Pada 28/01/2017

Alamat Sesawang:
http://www.ipoh-city.com/attraction/Gua_Tempurung/

Tarikh Lawatan:
28 Januari 2017 (Kali Ke-1)
09 Oktober 2022 (Kali Ke-2)

Gua Tempurung menjadi lokasi terakhir lawatan pada hari ini. Atas kelewatan sampai disini, lawatan kali ini hanya meninjau pintu masuk ke Gua Tempurung sebelum meneruskan perjalan ke Simpang Pulai, Perak. Simpang Pulai menjadi lokasi penginapan bagi setiap siri penjelajahan di negeri Perak.

Gua Tempurung menjadi lokasi persinggahan pertama hari ini bagi lawatan kali kedua. Akhirnya berpeluang juga masuk dalam gua ini. Hari ini ambil pakej TOW disebabkan ini sahaja yang ada bagi perjalanan yang kering.

Hutan Lipur Sungai Salu

Hutan Lipur Sungai Salu

Lokasi:
Hutan Lipur Sungai Salu

Alamat:
Hutan Simpan Sungai Salu,
31000 Batu Gajah,
Perak.

Waktu Operasi:
7.00 pagi – 6.00 petang (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:

Tarikh Lawatan:
28 Januari 2017

Hutan Lipur Sungai Salu menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas melawat Hutan Lipur Kuala Woh.

Hutan Lipur Kuala Woh

Hutan Lipur Kuala Woh

Lokasi:
Hutan Lipur Kuala Woh

Alamat:
Pejabat Hutan Daerah Perak Selatan,
35000 Tapah,
Perak.

Masa Lawatan:
7.00 pagi - 6.00 petang (Setiap Hari)

Harga Tiket:
Dewasa
RM 2.00 (Warganegara)
RM 5.00 (Bukan Warganegara)
RM 1.00 (Warga Tua)

Kanak-Kanak
RM 1.00 (3-12 Tahun)
Percuma (Bawah 3 tahun)

Alamat Sesawang:
http://www.perakforestry.gov.my/index.php/senarai-hutan-lipur-hutan-taman-negeri/739-hutan-lipur-kuala-woh.html

Tarikh Lawatan:
28 Januari 2017(Kali Ke-1)
07 Januari 2018 (Kali Ke-2)

Hutan Lipur Kuala Who menjadi tempat persinggahan selepas melawat Taman Pergola Slim River. Bagi lawatan kali kedua, Hutan Lipur Kuala Woh menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas melawat Taman Eko Lata Kinjang. Kali ini saya akan terokai kawasan ini sepenuhnya.

Taman Pergola @ Slim River

Taman Pergola Slim River

Lokasi:
Taman Pergola @ Slim River

Alamat:
Kampung Kurnia,
35800 Slim River,
Perak.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
28 Januari 2017

Perjalanan diteruskan menuju ke Taman Pergola @ Slim River dari Taman Tasik YDP sebelum berehat sekejap menjamu selera di Restauran KFC, Tapak.

Taman Tasik YDP

Taman Tasik YDP

Lokasi:
Taman Tasik YDP

Alamat:
35800 Slim River,
Perak.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
28 Januari 2017

Taman Tasik YDP menjadi tempat persinggahan kelima untuk hari ini dan yang kedua bagi kategori taman. Terletak di bandar Slim River, kali pertama melihat taman ini semasa mengikuti kawan menghadiri majlis perkahwinan di Ipoh pada awal tahun ini.

Rabu, 29 November 2017

Kawasan Perkelahan Kampung Sungai Bil

Kawasan Perkelahan Kampung Sungai Bil

Lokasi:
Kawasan Perkelahan Kampung Sungai Bil

Alamat:
Kampung Sungai Bil,
35900 Slim River,
Perak.

Waktu Operasi:
8.00 pagi – 7.00 malam (Setiap Hari)

Harga Tiket:
Tidak Diketahui

Tarikh Lawatan:
28 Januari 2017

Terletak diantara daerah Tanjung Malim dan Slim River, Kawasan Perkelahan Kampung Sungai Bil menjadi tempat persinggahan seterusnya selepas melawat Tasik Embayu.

Tasik Embayu

Tasik Embayu

Lokasi:
Tasik Embayu

Alamat:
Proton City,
35900 Tanjong Malim,
Perak.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
28 Januari 2017

Perjalanan diteruskan menuju ke Tasik Embayu yang terletak di bandar Proton. Walaupun cuaca bertambah panas, lawatan ke taman awam perlu diteruskan demi mengejar masa melawat sebanyak yang mungkin taman yang ada sepanjang laluan menuju ke Simpang Pulai, Perak. 

Kolam Air Panas Ulu Slim

Kolam Air Panas Ulu Slim

Lokasi:
Kolam Air Panas Ulu Slim

Alamat:
35800 Slim River,
Perak.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
28 Januari 2017

Terletak di daerah Slim River, Kolam Air Panas Ulu Slim menjadi lokasi kedua persinggahan selepas Kolam Air Panas Kerling. Perjalanan menuju ke sini mengambil masa kira-kira 30 minit disebabkan ia terletak jauh dari jalan utama.

Tidak seperti Kolam Air Panas Kerling yang menjadi tempat untuk bermandi-manda oleh penggunjung bagi merasai kepanasan air secara semulajadi, Kolam Air Panas Ulu Slim hanya boleh dilawati sahaja.

Kolam Air Panas Kerling

Kolam Air Panas Kerling


Lokasi:
Kolam Air Panas Kerling

Alamat:
Jalan Berlian Utama,
44000 Kerling,
Selangor.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
28 Januari 2017

Kolam Air Panas Kerling menjadi lokasi pertama persinggahanku dalam perjalanan menuju ke Simpang Pulai, Perak. Terletak dalam kawasan Kampung Air Panas, ia mengambil masa lebih kira-kira 15 minit perjalanan dari gerbang Kampung Air Panas ke kolam air panas.

Kembara Epik 2017 (Gombak-Simpang Pulai)

Kembara Epik 2017 (Perak)
Sumber: Google Image

Destinasi Perjalanan:
Dari Gombak (Selangor) Ke Simpang Pulai (Perak)

Masa Perjalanan:
7.30 pagi - 7.00 malam

Tarikh Lawatan:
28 Januari 2017 (Sabtu)

Pengangkutan:
Motor Honda Future 125

Lokasi Persinggahan:

Perjalanan pada hari ini merupakan kembara solo pertamaku dari Gombak menuju ke Simpang Pulai mengikut laluan lama (bukan melalui lebuhraya). Sebab utama laluan lama di pilih disebabkan terdapat beberapa lokasi yang ingin dilawati di sepanjang laluan menuju ke Simpang Pulai.

Ini adalah perjalanan kali pertama dan yang terakhir dalam siri penjelajahan melawat tempat menarik negeri Perak mengikut laluan lama sepanjang perjalanan. Perjalanan seterusnya dalam siri jelajah negeri Perak mengikut lebuhraya bagi menjimatkan masa dan tenaga. Ia hanya mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit bagi perjalanan sehala. 

Jumaat, 24 November 2017

Subang Ria Recreational Park

Subang Ria Recreational Park

Lokasi:
Subang Ria Recreational Park

Alamat:
Jalan 22/49, Seksyen 22,
47800 Petaling Jaya,
Selangor.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
22 Januari 2017

Subang Ria Recreational Park menjadi lokasi terakhir lawatan pada hari ini. Disini terdapat tiga tasik yang terletak disini. Hanya satu tasik sahaja mempunyai laluan pejalan kaki mengeliling tasik.

Taman Aman

Taman Aman

Lokasi:
Taman Aman

Alamat:
Jalan 22/49, Seksyen 22,
47800 Petaling Jaya,
Selangor.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
22 Januari 2017

Perjalanan diteruskan dari Bukit Komanwel menuju ke Taman Aman yang terletak di Petaling Jaya, Selangor.

Paradigm Mall

Paradigm Mall

Lokasi:
Paradigm Mall

Alamat:
1, Jalan SS 7/26a, Ss 7,
47301 Petaling Jaya,
Selangor.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
paradigmmall.com.my

Tarikh Lawatan:
22 Januari 2017 (Kali Ke-1)
26 Julai 2020 (Kali Ke-2)

Paradigm Mall menjadi tempat persinggahan seterusnya selepas bersenam di Taman Bandaran Kelana Jaya serta makan tengah hari di Giant Hypermarket Kelana Jaya. Waktu ini paling sesuai untuk melawat pusat membeli-belah sementara menunggu waktu petang.

Paradigm Mall juga menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas bersenam di Taman Bandaran Kelana Jaya pada kunjungan kali kedua. Kedatangan kali ini membawa misi menonton wayang selepas makan tengah hari di Chicken Rice Shop.

Taman Bandaran Kelana Jaya

Taman Bandaran Kelana Jaya

Lokasi:
Taman Bandaran Kelana Jaya

Alamat:
SS7,
47301 Petaling Jaya,
Selangor.

Waktu Operasi:
6.00 pagi – 10 malam (Setiap Hari)

Tarikh Lawatan:
22 Januari 2017 (Kali Ke-1)
07 Oktober 2018 (Kali Ke-2)
26 Julai 2020 (Kali Ke-3)

Taman Bandaran Kelana menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas Taman Rimba Kiara, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI). Disini terdapat tiga tasik yang berhubung antara satu sama lain seperti Taman Tasik Shah Alam di Shah Alam.

Bagi lawatan kali kedua dan ketiga, Taman Bandaran Kelana Jaya menjadi tempat pertama yang dilawati pada hari ini.

Taman Rimba Kiara

Taman Rimba Kiara

Lokasi:
Taman Rimba Kiara

Alamat:
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
22 Januari 2017

Taman Rimba Kiara menjadi lokasi ketiga persinggahan untuk hari ini. Tidak seperti Taman Persekutuan Bukit Kiara, tidak banyak pengunjung datang ke Taman Rimba Kiara kecuali sekiranya ada acara dibuat disini.

Taman Persekutuan Bukit Kiara

Taman Persekutuan Bukit Kiara

Lokasi:
Taman Persekutuan Bukit Kiara

Alamat:
Jalan Abang Haji Openg
Taman Tun Dr Ismail
60000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
5.30 pagi – 7.00 petang (Isnin-Ahad)

Tarikh Lawatan:
22 Januari 2017 (Kali Ke-1)
21 Oktober 2018 (Kali Ke-2)

Taman Persekutuan Bukit Kiara yang terletak di kawasan Taman Tun Dr. Ismail menjadi tempat persinggahan kedua selepas melawati Mutiara Damansara Recreational Park.

Terdapat pertandingan larian merentasi laluan trek hutan yang dijalankan disini yang dinamakan sebagai Conquer the Trails@Kiara Trail Run 2017. Jarak trek yang dilalui oleh peserta adalah sejauh 13 km. Amat berharap memiliki keupayaan untuk menyertai larian begini suatu hari nanti.

Taman Persekutuan Bukit Kiara menjadi lokasi terakhir yang dilawati selepas Planetarium Negara (Lawatan kali kedua).

Khamis, 23 November 2017

Mutiara Damansara Recreational Park

Mutiara Damansara Recreational Park

Lokasi:
Mutiara Damansara Recreational Park

Alamat:
Mutiara Damansara,
47820 Petaling Jaya,
Selangor.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
22 Januari 2017

Lokasi tumpuan kembara hari ini yang bermula dari Mutiara Damansara sehingga ke Subang. Fokus perjalanan kali ini adalah untuk melawat semua taman yang ada disekitar Damansara.

Mutiara Damansara Recreational Park menjadi tempat persinggahan pertama untuk hari ini. Masa yang diambil adalah kira-kira 30 minit berjalan kaki mengeliling tasik.

Taman Jaya

Taman Jaya

Lokasi:
Taman Jaya

Alamat:
1, Jalan 10/7, Taman Jaya,
46000 Petaling Jaya,
Selangor

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
21 Januari 2017

Taman Jaya menjadi lokasi kedua kembara hari ini selepas Bukit Komanwel. Disini juga terletak Muzium Petaling Jaya yang hanya dibuka pada hari biasa sahaja.

Kali pertama saya menjejak kaki disini adalah pada tahun 2010 bagi menyiapkan video pendek bertemakan Perkhidmat Pelanggan. Pada masa itu saya menghadiri kursus selama sebulan di PKNS Petaling Jaya anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia.

Bandar Sunway

Bandar Sunway

Lokasi:
Bandar Sunway

Tarikh Lawatan:
21 Januari 2017 (Kali Ke-1)
19 Februari 2017 (Kali Ke-2)

Bandar Sunway menjadi lokasi terakhir lawatan pada hari ini. Lokasi yang ingin dikunjungi disini adalah Sunway Piramid dan Sunway Lagoon. Disebabkan masa tidak mengizinkan, lawatan ditangguh pada waktu lain.

Disini saya kongsi beberapa gambar yang sempat diambil sebelum berangkat pulang untuk tontonan para pembaca.

Rabu, 22 November 2017

Bukit Komanwel

Bukit Komanwel

Lokasi:
Bukit Komanwel

Alamat:
Bukit Jalil,
57000 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
21 Januari 2017

Terletak berdekatan dengan Stadium Bukit Jalil, Bukit Komanwel menjadi lokasi pertama perjalananku pada hari ini. Mari kita tinjau apa yang menarik disini. Selanjutnya biar gambar berbicara.