Ahad, 30 Jun 2019

Legoland

Legoland

Lokasi:
Legoland

Alamat:
No 7,
Jalan Legoland,
79250 Johor Bahru, Johor.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 6.00 petang (Setiap Hari)

Harga Tiket:

Theme Park
RM 231 (Dewasa)
RM 185 (Kanak-Kanak & Warga Emas)
Water Park
RM 157 (Dewasa)
RM 128 (Kanak-Kanak & Warga Emas)

Sea Life
RM 95 (Dewasa)
RM 74 (Kanak-Kanak & Warga Emas)

Alamat Sesawang:
https://www.legoland.com.my/

Tarikh Lawatan:
23 Disember 2015

Percutian keluarga yang bermula dari 22-24 Disember 2015 tertumpu kepada lawatan di Legoland yang terletak di Johor Bahru. Sudah lama tidak bercuti bersama keluarga semenjak tahun 2010 di Bukit Tinggi, Pahang. Percutian kali ini melibatkan lima keluarga yang terdiri daripada adik-beradik bersama keluarga abang ipar.

I-City @ City Of Digital Lights


Lokasi:
I-City @ City Of Digital Lights

Alamat:
Hyde Tower,
Jalan Plumbum 7/102, I-City,
40000 Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi:
5.00 petang - 12.00 tengah malam (Setiap Hari)

Harga Tiket:
Percuma

Alamat Sesawang:
https://iticket.i-city.my/

Tarikh Lawatan:
02 Januari 2012 (Kali Ke-1)
01 September 2020 (Kali Ke-2)

I-City @ City Of Digital Lights menjadi lokasi tunggal yang dilawati pada malam ini. Sempena pembukaan City Of Digital Lights, pihak I-City menyediakan kemudahan meletak kereta secara percuma selama sebulan bagi pengunjung menikmati keindahan cahaya lampu neo yng dipasang yang menerangi sekitar kawasan ini.

Bagi lawatan kali kedua, kedatangan ke sini sekadar untuk memenuhi masa lapang sementara menunggu urusan seseorang selesai. Bagaikan bandar rasanya mati ketika belum buka lagi.

Magic Art Museum

Magic Art Museum
Image: http://malaccatourism.blogspot.com/2015/04/magic-art-3-d-museum-bayou-lagoon-park.html

Lokasi:
Magic Art Museum

Alamat:
Jalan Wakaf Utama 1,
Bukit Katil,
75450 Melaka.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 7.00 petang (Isnin - Jumaat)
9.00 pagi - 9.00 malam (Sabtu, Ahad & Cuti Umum)

Harga Tiket:

Bukan Warganegara
RM 30 (Dewasa)
RM 28 (Kanak-Kanak & Warga Tua)
Warganegara
RM 22 (Dewasa)
RM 18 (Kanak-Kanak & Warga Tua)

Alamat Sesawang:
https://3dhues.com.my/

Tarikh Lawatan:
30 Mei 2016

Magic Art Museum menjadi lokasi persinggahan tunggal pada hari ini selepas daftar keluar dari Bayou Lagoon Resort. Ini adalah pengalaman pertama bagiku melawat muzium 3 dimensi. Apa lagi, ambilah gambar sepuas-puasnya.

Sabtu, 29 Jun 2019

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan @ Kuala Gandah (NECC)

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan @ Kuala Gandah (NECC)
Sumber: https://www.tempatmenarik.my/pusat-konservasi-gajah-kebangsaan-tempat-menarik-di-temerloh-pahang/

Lokasi:
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan @ Kuala Gandah (NECC)

Alamat:
Jalan Bolok - Mempaga,
Kuala Gandah,
28500, Lanchang, Pahang.

Waktu Operasi:
10.30 pagi - 3.30 petang (Sabtu - Khamis)
10.30 pagi - 12.30 tengah hari & 2.30 petang - 3.30 petang (Jumaat)

Harga Tiket:
Percuma
RM 50 (Nature Guide Service)

Tarikh Lawatan:
26 September 2015 (Kali Ke-1)
20 Februari 2024 (Kali Ke-2)

Pengembaraan hari ini bermula dengan melawat gajah di Pusat Konversi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah. Kunjungan kali ini adalah bersama dengan kakak sulung dan abang ipar. Rugi sekiranya melepaskan peluang datang disini apabila dijemput.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan @ Kuala Gandah (NECC) menjadi lokasi persinggahan tunggal bagi lawatan kali kedua.

Senarai Perjalanan Yang Telahku Tempohi (Sehingga Tahun 2015)

Senarai Perjalanan Yang Telahku Tempohi (Sehingga Tahun 2015)

Berikut senarai lokasi perjalanan yang telah ditempuhi sehingga tahun 2015 (Mengikut turutan masa dan tempat).

02 Januari 2012 (Isnin)
I-City @ City Of Digital Lights

30 Jun 2013 (Ahad)
Bukit Merah Laketown Waterpark

26 September 2015 (Sabtu)
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan @ Kuala Gandah (NECC)

23 Disember 2015 (Rabu)
Legoland

Pengembaraan Bermula Pada Tahun 2016

Jumaat, 28 Jun 2019

Simpanan Emas: Di Mana Untungnya?

Simpanan Emas: Di Mana Untungnya?

Terdapat dua jenis keuntungan yang boleh diperolehi melalui Simpanan Emas iaitu:

(1) Keuntungan Yang Tidak Boleh Dikira (Secara Psikologi)
(2) Keuntungan Yang Boleh Dikira (Pulangan Pelaburan)

Apa yang dimaksudkan dengan Keuntungan Yang Tidak Boleh Dikira? Apa pula yang dimaksudkan dengan Keuntungan Yang Boleh Dikira? Secara ringkasnya, Keuntungan Yang Tidak Boleh Dikira bermaksud sebarang manfaat yang diterima oleh penyimpan emas yang tidak boleh diukur dengan wang ringgit, begitu juga sebaliknya.

1# Keuntungan Yang Tidak Boleh Dikira (Secara Psikologi)

1.1  Dapat Menyimpan Tanpa Mengorbankan Keseronokan Berbelanja

Menyimpan itu penting, semua orang tahu akannya, tetapi kenapa hanya sebahagian kecil sahaja yang mampu menyimpan untuk jangka masa yang lama. Kerana fitrah duit seronok dibelanja, manakala fitrah emas seronok disimpan.

Kita tidak perlu mengajar seseorang untuk berbelanja. Budak kecil pun reti berbelanja. Tetapi menyimpan perlu diajar kerana perbuatan ini bertentangan dengan fitrah manusia. Melakukan sesuatu yang bertentangan dengan fitrah menuntut pengetahuan, keazaman dan displin yang tinggi.

“Semua Orang Mampu Menyimpan, Tetapi Bukan Semua Orang Mampu Menyimpan Secara Berterusan (Konsisten)”

Kenapa perlu bersusah payah menentang naluri apabila kita boleh sahaja mengikutnya dengan hanya mengubah tabiat berbelanja suatu yang hangus kepada berbelanja membeli emas. Secara tidak langsung anda dapat memiliki aset tanpa perlu mengorbankan keseronokan berbelanja.

“Memiliki Aset Kecil Seperti Emas Hanya Sebagai Langkah Permulaan Sebelum Memiliki Aset Yang Besar Seperti Tanah Dan Rumah"

Jumaat, 21 Jun 2019

Kelebihan Membeli Barang Kemas Di PG Mall

Kemaskini pada 18/06/2022

Kelebihan Membeli Barang Kemas Di PG Mall

Entri kali ini saya kongsikan kelebihan membeli barang kemas secara atas talian di PG Mall.
 
 
1. Harga Yang Berpatutan
 
PG Mall memberi jaminan bahawa harga yang dijual adalah antara yang termurah dipasaran. Ini kerana semua barang kemas yang dijual diperolehi secara terus dari kilang tanpa melibatkan orang tengah. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan kos ditambah pula PG Mall tidak perlu menanggung kos tambahan lain seperti sewa bulanan, bil air dan elektrik, upah pegawai keselamatan dan sebagainya tidak seperti kedai emas yang lain.
 
 
2. Percuma Kos Penghantaran
 
Pihak PG Mall berbesar hati bersetuju menanggung segala kos penghantaran barang kemas termasuk insuran ke seluruh Malaysia. Ini bererti anda tidak perlu membayar kos tambahan semasa membeli barang kemas secara atas talian.
 
Nota:
Penghantaran Percuma hanya akan diperolehi dengan memasukkan kod kupon (sekiranya ada) ketika proses pembayaran dilakukan.
 
 
3. Penghantaran Dilindungi Insurans
 
Setiap barang kemas yang di pos dilindungi insuran sehingga RM 5,000 bagi setiap produk emas yang dibeli. Ini bererti sekiranya barang tersebut gagal sampai di tangan pembeli, pihak PG Mall akan mengantikannya dengan barang yang sama atau setara nilainya. Oleh itu, anda tidak perlu risau ditipu atau barang yang dibeli tidak sampai ditangan.
 
 
4. Komisen Pembelian
Berita baik untuk anda. Bagi setiap pembelian barang kemas di PG Mall, anda akan menerima komisen secara tunai 0.5% sehingga 2.0% dari harga barang yang dibeli (bergantung kepada status pelanggan)
 
Komisen tersebut akan dikredit terus ke dalam c-wallet setiap 25 haribulan pada bulan hadapan. Beli bulan Mei, komisen masuk bulan Jun. Anda bukan sahaja dapat berjimat membeli barang kemas, bahkan anda boleh menjana pendapatan hasil pembelian orang lain yang berdaftar dibawah nama anda.
 
Entri Berkaitan:
Kelebihan Mendaftar Sebagai Pembeli Di PG Mall
 
 
5. Pelbagai Pilihan Tersedia
 
Terdapat lebih dari 600 reka bentuk tersedia untuk dipilih merangkumi semua jenis barang kemas yang ada (gelang, cincin, anting-anting dan rantai) merangkumi pelbagai lapis umur. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah pilih mana yang berkenan dihati, bayar melalui pelbagai saluran yang tersedia dan tunggu dengan setia dihadapan pintu rumah. Semudah itu sahaja.

Tekan pautan di bawah untuk melihat koleksi barang kemas terkini di PG Mall.


Masih belum berdaftar dengan PG Mall? Daftar DISINI


Yang menulis,
 
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold

Selasa, 11 Jun 2019

Kompleks Melaka Mall

Kompleks Melaka Mall

Lokasi:
Kompleks Melaka Mall

Alamat:
Lebuh Ayer Keroh,
75450 Melaka.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)

Tarikh Lawatan:
02 Disember 2017

Kompleks Melaka Mall menjadi lokasi persinggahan terakhir untuk hari ini selepas mengunjungi AEON Melaka Shopping Centre yang hanya terletak di seberang jalan.

Terdapat jambatan menghubungkan dua pusat membeli-belah ini.

AEON Mall Seri Manjung

AEON Mall Seri Manjung

Lokasi:
AEON Mall Seri Manjung

Alamat:
Jalan Changkat Jering - Sri Manjung
32040 Seri Manjung,
Perak.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Ahad - Khamis)
10.00 pagi - 10.30 malam (Jumaat & Sabtu)

Tarikh Lawatan:
29 Januari 2017

AEON Mall Seri Manjung menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi UiTM Cawangan Sri Iskandar.

Disini menjadi lokasi perhentian untuk makan tengah hari pada hari ini. Alang-alang dah sampai sini, kita jenguk apa yang menarik disini.