Kemaskini pada 02/05/2020
Sebelum anda membuat keputusan melibatkan diri dalam pelaburan
emas. Terdapat beberapa pekara yang perlu diketahui terlebih dahulu bagi
mengelakkan kerugian dari segi kewangan dan masa. Sebarang kesilapan dalam
pelaburan emas hanya akan diketahui selepas beberapa tahun pembelian dilakukan.
“Pelaburan yang
terbaik adalah pelaburan yang kita ada ilmu tentangnya”
Berikut saya kongsikan 6 pekara penting yang perlu anda ketahui
tentang Pelaburan Emas iaitu:
1. Pelaburan Emas Adalah Pelaburan Komoditi
Ia bermaksud keuntungan daripada pelaburan emas hanya datang dari
aktiviti jual beli sahaja. Dengan kata lain keuntungan hanya dapat diperolehi
melalui aktiviti beli pada harga murah, jual pada harga mahal (buy low, sell
high). Pelaburan emas tidak menjanjikan keuntungan dalam bentuk lain seperti
dividen yang dinikmati seperti dalam pelaburan saham.
Perumpamaannya adalah seperti menanam pokok balak. Pokok balak
hanya dapat dinikmati hasilnya selepas pokok tersebut ditebang. Keuntungan dari
pelaburan komoditi adalah lumayan tetapi hanya dapat dinikmati sekali sahaja.
Kebaikan pelaburan komoditi adalah segala keuntungan dan kerugian
hanya di atas kertas sahaja selagi barang tersebut masih berada ditangan kita.
Entri Berkaitan:
2. Beli Itu Mudah, Jual Itu Sukar (Tanpa Rugi)
Oleh kerana keuntungan dalam pelaburan emas datang dari aktiviti
jual beli sahaja. Adalah penting bagi kita memilih jenama yang betul agar
keuntungan yang diperolehi dapat di maksimumkan.
Pada masa kini, membeli emas adalah amat mudah. Emas boleh dibeli
melalui dua kaedah iaitu secara tradisi (kedai emas) atau melalui aktiviti
jualan atas talian. Cabaran sebenar bermula apabila kita membuat keputusan
untuk menjualnya kembali.
Kesilapan dalam memilih jenama yang betul akan menyebabkan kita
tidak mendapat keuntungan yang sepatutnya sebaliknya mengalami kerugian pula.
Oleh itu ketahui cara yang betul untuk menjual kembali emas tersebut sebelum
membuat keputusan membelinya.
Entri Berkaitan:
3. Risiko Dalam Pelaburan Emas
Setiap pelaburan ada risikonya yang tersendiri. Pelaburan Emas
tidak terkecuali juga. Mengetahui dan memahami risiko adalah penting untuk
memastikan pelaburan yang dilakukan berbaloi (untung).
Setiap pekara dicipta berpasangan. Di mana ada ‘Keuntungan’, disitu
ada ‘Kerugian’. Seni menguruskan kerugian itu dipanggil ‘Pengurusan Risiko’.
Entri Berkaitan:
4. Mengetahui Cara Menyimpan Emas Dengan Betul
Asas Pelaburan Emas adalah Beli Emas, Dapat Emas dan Simpan Emas.
Oleh kerana emas adalah barang berharga (aset) yang mudah alih, anda perlu
tahu bagaimana menyimpan dengan selamat bagi memastikan emas tersebut tidak
hilang atau rosak sepanjang tempoh simpanan.
Terdapat dua kaedah untuk menyimpan emas iaitu dengan menyimpannya
sendiri atau memberi kebenaran kepada pihak lain untuk menyimpankan bagi pihak
kita. Setiap kaedah ada baik dan buruknya. Terpulang kepada anda untuk memilih
kaedah terbaik sesuai dengan situasi anda.
Entri Berkitan:
5. Kenalpasti Posisi Anda Dalam Pelaburan Emas
Pekara pertama yang perlu anda lakukan sebelum membuat keputusan
untuk membeli emas adalah dengan menetapkan matlamat terlebih dahulu.
Matlamat yang jelas akan membantu anda mengenalpasti posisi yang
sesuai. Posisi yang betul akan mengelakkan diri daripada menanggung kerugian
pada masa hadapan. Setiap posisi memiliki kaedah yang tersendiri.
Entri Berkaitan:
6. Memilih Produk (Item) Yang Betul
Emas boleh diperolehi dalam tiga bentuk iaitu jongkong @ syilling
(dinar) dan perhiasan (barang kemas). Setiap satu daripadanya mempunyai fungsi
yang berbeza. Jongkong @ syilling emas dikeluarkan bagi tujuan pelaburan
manakala barang kemas pula sebagai perhiasan khas untuk wanita.
Oleh itu jangan silap memilih tahu. Mahal harga yang perlu dibayar
nanti terutama bila berurusan dengan barang berharga ini (emas).
Entri Berkaitan:
Ingin mengenali dengan lebih dekat produk emas dan perak jenama
Public Gold? Kunjungi pautan dibawah.
Berminat mengetahui lebih lanjut tentang Pelaburan Emas? Tekan pautan
di bawah:
Youtube Channel: