Jumaat, 11 Ogos 2017

Pengetahuan Asas Tentang Pelaburan Emas

*Dikemaskini pada 11/08/2017


Pengetahuan Asas Tentang Pelaburan Emas
Sumber: Google Image

“Tak Kenal Maka Tak Cinta”. Itu ungkapan dahulukala bagi mengambarkan kepentingan mengenali sesuatu terlebih dahulu sebelum boleh menyukainya.

Berikut adalah maklumat asas yang perlu diketahui apabila kita bercakap tentang pelaburan emas.

Pelaburan Emas adalah aktiviti membeli emas fizikal atau sebarang produk-produk kewangan berasaskan atau bersandangkan dengan emas bagi tujuan mendapatkan keuntungan. Pelaburan emas dikategori sebagai Pelaburan Komoditi. Ini bermaksud keuntungan dalam pelaburan ini datang dari aktiviti jual beli sahaja (Buy Low Sell High). 

Terdapat 3 jenis bentuk Emas Fizikal yang boleh dimiliki iaitu dalam bentuk Jongkong, Syiling dan Barang Kemas.

Jongkong Emas

Syiling Emas

Barang Kemas


Barang Kemas terdiri terdiri daripada gelang tangan, gelang kaki, cincin, anting-anting dan rantai. Di Malaysia dan Singapura, barang kemas biasanya diperbuat daripada emas berketulenan 916. Manakala di negara lain, barang kemas diperbuat daripada emas berketulenan 750. Ia memberi ketahanan dan kekuatan yang mencukupi supaya barang kemas tidak mudah patah, bengkok dan melengkong ketika memakainya.

Harga Barang Kemas kebiasaannya ditentukan berdasarkan berat, perhiasan tambahan seperti berlian dan ukiran. Fungsi Barang Kemas adalah untuk perhiasan dan penarik seri kepada si pemakai manakala Jongkong Emas dan Syilling direka khas untuk simpaan dan pelaburan.

Sistem Berat Emas di Malaysia bagi emas fizikal adalah dalam Dinar, Gram (g) dan Troy Ounce (Oz). Setiap 1 troy ounce @ Oz persamaan dengan 31.10g. Di Malaysia, jongkong emas boleh diperolehi dalam berat 0.5g, 1g, 5g, 10g, 20g, 50g, 100g, 250g, 500g dan 1 kg untuk gram dan ¼ Oz, ½ Oz, 1 Oz, 5 Oz dan 10 Oz untuk troy ounce. Bagi syiling emas, berat yang boleh diperolehi adalah ¼ dinar, ½ dinar, 1 dinar, 2 dinar. Setiap berat 1 dinar persamaan dengan 4.25g.

Syiling Canadian Gold Maple 1 Oz

Contoh jongkong emas di dalam 1 Troy Oz

Setiap jongkong emas dipasaran dicetak dengan tulisan Pure Gold (99.99) atau Fine Gold (999.9) bagi membezakan sumber bahan mentah yang diperolehi. Emas pure gold biasa dikeluarkan oleh syarikat yang mendapat bahan mentah terus dari lombong. Manakala emas fine gold biasanya dikeluarkan oleh syarikat yang mengitar semula emas yang diperolehi dari pelbagai sumber.

Contoh gold certificate yang mengandungi butiran-butiran emas

Berikut disertakan jadual ketulenan emas mengikut piawai antarabangsa

Kandungan Emas
Kandungan Campuran
Penanda
Penanda (Karat)
99.99%
0.01%
999
24K
91.66%
8.34%
925
22K
87.50%
12.50%
875
21K
75.00%
25.00%
750
18K
58.33%
41.67%
585
14K
41.67%
58.33%
416
10K
33.33%
66.67%
333
8K

Diharap agar artikel ini dapat membantu pembaca memahami sedikit sebanyak tentang pelaburan emas. 

Berminat memiliki emas fizikal untuk tujuan simpanan atau pelaburan? Sila hubungi saya di talian 017-2471372 (Faiz) untuk bimbingan selanjutnya.

Berminat Mengetahui Lebih Lanjut Tentang Pelaburan Emas? Tekan Pautan Di Bawah: