Selasa, 22 Ogos 2017

3 Strategik Asas Menjana Keuntungan Melalui Emas

Kemaskini pada 29/04/2020

3 Strategik Asas Menjana Keuntungan Melalui Emas
Sumber: Yahoo Image

1. Beli dan Simpan (Penyimpan Emas)

Beli secara tetap setiap bulan walaupun serendah 1 gram untuk menikmati kelebihan Pemurataan Kos. Ini menyebabkan harga kos pembelian menjadi murah dalam jangka masa panjang (melebihi 3 tahun).

Fokus kepada pertambahan gram tanpa menghiraukan harga semasa ketika pembelian. Tetapkan matlamat jangka masa panjang untuk dicapai.

Untuk memaksimumkan keuntungan, kaedah terbaik membeli emas melalui akaun GAP Public Gold. Melalui akaun emas, penyimpan boleh memilih untuk mengeluarkan emas fizikal dalam gram yang besar.

Penjualan dalam gram yang besar dapat mengecilkan kadar susut nilai. Ini secara langsung dapat meningkatkan keuntungan melalui penjualan balik emas.
Kadar Susut Nilai

Kos Premium (Kos Pengangkutan)
Contoh:

Simpanan Emas Dalam Akaun GAP:
101 gram (Minimum 1 gram perlu dikekalkan)
Purata kos pembelian:
RM 180 (100 gram emas fizikal)
Harga Semasa Emas (Ketika Jual):
RM 200
Harga Jual Emas:

20 g Emas Fizikal
HRM 200 – (RM 200 X 0.08*) = RM 184**
RM 184 X 20g = RM 3,680
RM 3,680 – RM 40*** = RM 3,640
Keuntungan = Harga Jual – Harga Beli = RM 3,640 – RM 3,600 = RM 40
Purata Keuntungan = RM 40/20 = RM 2/gram

100 g Emas Fizikal
RM 200 - (RM 200 X 0.07*) = RM 186**
RM 186 X 100g = RM 18,600
RM 18,600 – RM 140*** = RM 18,460
Keuntungan = Harga Jual - Harga Beli = RM 18,460 - RM 18,000 = RM 460
Purata Keuntungan = RM 460/100 = RM 4.6/gram

Nota:
    *Peratus Susutnilai
  **Harga Belian Balik Emas Setiap 1g
***Kos Pengeluaran Bagi Emas Fizikal

Penafian:
Kiraan di atas tidak mencerminkan harga sebenar, angka yang dimerahkan hanya untuk memudahkan pengiraan. Sila rujuk laman sesawang Public Gold bagi mendapatkan harga terkini jualan dan belian balik di Public Gold.

Entri berkaitan:

2. Beli, Jual, Beli, Jual (Pelabur Emas)

Menjadikan emas sebagai alat untuk pelaburan seperti pasaran saham. Sesuai bagi pembeli yang memiliki emas fizikal sekurang-kurangnya 50 gram dan ke atas. Prinsipnya membeli dengan harga murah, jual dengan harga mahal. Ulangi proses jual beli dengan kerap.

Untuk mengenalpasti bila waktu terbaik untuk menjual dan membeli, seseorang itu perlu mengetahui sedikit sebanyak ilmu tentang Analisis Teknikal Harga Emas.

Contoh Analisis Graf Pergerakan Emas

Sumber: http://jutawanemas.com

Waktu terbaik beli emas adalah ketika harga mula meningkat selepas harga mencecah Lantai (Support) dan waktu terbaik menjual adalah selepas harga mencecah Siling (Resistance).

Sumber: http://jutawanemas.com


Entri berkaitan:

3. Meniaga Emas (Usahawan Emas)

Menjadikan emas fizikal sebagai produk jualan. Menjadi ejen syarikat emas (seperti Dealer Public Gold) adalah salah satu cara untuk mengurangkan kos pembelian sambil menjana keuntungan secara runcit.

Contoh Kelebihan Menjadi Ejen Syarikat Emas
Peniaga emas boleh menjana keuntungan dengan membeli emas fizikal pada harga ‘PG Buy’ dari pelanggan lain dan menjual balik mengikut harga ‘PG Sell’ kepada pelanggan lain.

Rujuk jadual dibawah untuk mengetahui harga belian dan jualan.
Sumber: https://publicgold.com.my/index.php/

Entri berkaitan:


Yang menulis,

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold


Tiada ulasan:

Catat Komen