Khamis, 28 Jun 2018

Taman Bandar Kuantan

Taman Bandar Kuantan

Lokasi:
Taman Bandar Kuantan

Alamat:
Jalan Kompleks KDN,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan, Pahang.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
01 September 2017

Taman Bandar Kuantan menjadi lokasi lawatan yang terakhir yang sempat dilawati pada hari ini selepas singgah sebentar beraya di rumah kenalan di Bandar Indera Mahkota.

Sebelum itu saya sempat singgah sebentar di Masjid Sultan Ahah Shah yang terletak berdekatan Padang MPK untuk menunaikan solat sunat aidiladha.

Teluk Cempedak

Teluk Cempedak

Lokasi:
Teluk Cempedak

Alamat:
Jalan T. A. Bakar,
25050 Kuantan,
Pahang.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Harga Tiket:
RM 2.50 (Tempat Letak Kenderaan)
 
Tarikh Lawatan:
01 September 2017 (Kali Ke-1)
30 Januari 2022 (Kali Ke-2)

Selepas mengunjungi Pantai Teluk Sisik @ Sisek, perjalanan diteruskan menuju ke Teluk Cempedak. Disini pengunjung perlu berhati-hati sentiasa terutama sekiranya membawa makanan dalam plastik kerana ia menarik perhatian monyet disini.

Teluk Cempedak menjadi lokasi pertama yang dikunjungi pada lawatan kali kedua. Banyak perubahan yang berlaku semenjak kali terakhir mengunjunginya (hampir 5 tahun). Kali ini datang berdua pula.

Rabu, 27 Jun 2018

Pantai Teluk Sisik @ Sisek

Tanjung Tembeling

Lokasi:
Pantai Teluk Sisik @ Sisek

Alamat:
Jalan Padang Golf,
25050 Kuantan,
Pahang.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
01 September 2017 (Kali Ke-1)
16 Mac 2020 (Kali Ke-2)
06 Mei 2022 (Kali Ke-3)

Perjalanan hari ini bermula dengan melawat Pantai Teluk Sisik @ Sisek di Kuantan

Bagi lawatan kali kedua, Pantai Tembeling menjadi destinasi persinggahan selepas mengunjungi Mini Zoo Taman Teruntum.

Pantai Teluk Sisik menjadi lokasi tunggal yang dikunjungi pada hari ini selepas beraya dirumah saudara-mara sebelah isteri yang terletak di Kuantan.

Selasa, 26 Jun 2018

Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda (Dana Pendidikan)

Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda (Dana Pendidikan)
Sumber: http://masramdahsyat.blogspot.com
Menyediakan Dana Pendidikan

Kenapa emas sesuai dijadikan Dana Pendidikan anak-anak?
Menyimpan emas untuk jangka masa yang panjang adalah amat menguntungkan berbanding dengan pelaburan lain yang berisiko rendah.

“Pelaburan terbaik adalah pelaburan keatas diri sendiri”

Panduan ini ditujukan khas kepada ibubapa yang memilih emas sebagai Dana Pendidikan untuk anak-anak melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi.

Rabu, 20 Jun 2018

Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)

Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)

Lokasi:
Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK)

Alamat:
Jalan Bukit Ubi,
25000 Kuantan,
Pahang.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
31 Ogos 2017 (Kali Ke-1)
01 September 2017 (Kali Ke-2)

Padang MPK yang terletak berdekatan dengan Masjid Sultan Ahmad Shah menjadi lokasi persinggahan selepas mengunjungi Kuantan Parade

Bagi lawatan kali kedua, Masjid Sultan Ahmad Shah menjadi lokasi persinggahan bagi menunaikan solat sunat aidiladha selepas melawat Teluk Cempedak 

River Front Park @ Taman Esplanade Kuantan

Riverfront Park @ Taman Esplanade Kuantan

Lokasi:
River Front Park @ Taman Esplanade Kuantan

Alamat:
Jalan Tanah Putih,
25000 Kuantan,
Pahang.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
31 Ogos 2017 (Kali Ke-1)
16 Mac 2020 (Kali Ke-2)
17 Oktober 2021 (Kali Ke-3)
23 Disember 2023(Kali Ke-4)

Perjalanan diteruskan menuju ke River Front Park @ Taman Esplanade Kuantan dari Taman Gelora. Terdapat tiga bahagian yang berbeza disepanjang tebing Sungai Kuantan iaitu Laman Teruntum Kuantan, Riverfront Park dan Taman Esplanade Kuantan.

Bagi lawatan kali kedua, perjalanan diteruskan ke tempat ini selepas mengunjungi Pantai Teluk Sisik @ Sisek.

River Front Park @ Taman Esplanade Kuantan menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mandi di Pantai Balok bagi lawatan kali ketiga. Datang waktu malam pula.

River Front Park @ Taman Esplanade Kuantan menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi Kuantan City Mall bagi lawatan kali keempat.

Kuantan Parade

 Kuantan Parade

Lokasi:
Kuantan Parade

Alamat:
Jalan Penjara,
25000 Kuantan,
Pahang.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
Tiada

Tarikh Lawatan:
31 Ogos 2017

Kuantan Parade menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas berjalan-jalan di Riverfront Park @ Taman Esplanade Kuantan.

Taman Gelora

Taman Gelora

Lokasi:
Taman Gelora

Alamat:
Jalan Dato Abdullah,
Kampung Tanjung Api,
25050 Kuantan, Pahang.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
31 Ogos 2017

Selepas mengunjungi Taman Kejiranan Jalan Telok Sisek, Taman Gelora menjadi destinasi seterusnya yang dilawati.

Selasa, 19 Jun 2018

Taman Kejiranan Jalan Telok Sisek

Taman Kejiranan Jalan Telok Sisek

Lokasi:
Taman Kejiranan Jalan Telok Sisek

Alamat:
Jalan Dato Abdullah,
25050 Kuantan,
Pahang.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Alamat Sesawang:
Tiada

Tarikh Lawatan:
31 Ogos 2017

Taman Kejiranan Jalan Telok Sisek menjadi lokasi pertama yang di lawati di Kuantan selepas mengunjungi Air Terjun Teladas 7 yang terletak di Maran, Pahang.

Taman ini asalnya tidak termasuk dari senarai tempat yang ingin dilawati di Kuantan atas sebab saya tidak mengetahui kewujudannya sehinggalah melaluinya semasa ingin ke Taman Gelora. Alang-alang dah ketemuinya, saya singgah sekejap di taman ini.

Air Terjun Teladas 7

Air Terjun Teladas 7

Lokasi:
Air Terjun Teladas 7

Alamat:
Hutan Lipur Teladas
Jalan Ahmad Shah,
26500 Maran, Pahang.

Waktu Operasi:
Tiada diketahui

Alamat Sesawang:
http://www.mdmaran.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/hutan-lipur-teladas

Tarikh Lawatan:
31 Ogos 2017 (Kali Ke-1)
18 Oktober 2021 (Kali Ke-2)

Air Terjun Teladas 7 menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas mengunjungi Taman Kenangan di Temerloh.

Bagi lawatan kali kedua, Air Terjun Teladas 7 menjadi lokasi pertama yang dikunjungi. Niat hati ingin mandi disini sebelum pulang tetapi tidak jadi apabila lihat air sungai macam teh susu. Bukan rezeki hari ini. Lepak sekejap sambil mengunyah makanan sebelum pulang.

Taman Kenangan

Taman Kenangan

Lokasi:
Taman Kenangan

Alamat:
Jalan Ahmad Shah,
28000 Temerloh,
Pahang.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Tarikh Lawatan:
31 Ogos 2017

Taman Kenangan menjadi lokasi persinggahan pertama yang saya lawati sepanjang perjalanan menuju ke Kuantan, Pahang. Perjalanan menaiki motosikal dari Gombak menuju ke Kuantan bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada 4 petang.

Ia mengambil masa sehingga 7 jam disebabkan terdapat banyak lokasi yang disinggah sepanjang perjalanan.

Isnin, 18 Jun 2018

Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda (Menunaikan Haji & Umrah)

Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda (Menunaikan Haji & Umrah)
Sumber: Yahoo Image

Menunaikan Haji Dan Umrah (Melalui Tabung Haji)

Panduan ini dituju khas bagi anda yang ingin menunaikan haji dan umrah melalui Tabung Haji atau dipanggil sebagai Muassasah.

Pakej Muassasah adalah pakej paling murah boleh kita dapati disebabkan sebahagian besar kos mengerjakan haji ditanggung oleh Tabung Haji. Kita hanya perlu membayar sebanyak RM 9,980* untuk mengerjakan haji berbanding pakej yang disediakan oleh pihak swasta yang boleh mencecah ratusan ribu ringgit (bergantung kepada pakej yang dipilih).

*kos haji pada tahun 2017

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk merealisasika impian menunaikan Haji dan Umrah.

Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda (Pendahuluan)

Kemaskini pada 01/10/2019
Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda (Pendahuluan)
Sumber: Yahoo Image


Anda mempunyai Impian? Ingin mengetahui rahsia untuk mencapai Impian anda?

Rahsianya adalah murah iaitu Simpan, Simpan dan Simpan. Dengan menyimpan kita memperolehi sumber @ dana yang mencukupi sebagai pemangkin untuk bergerak mencapai impian yang dihajati.

Ia ibarat seperti kita perlukan petrol (Sumber Kewangan) untuk memastikan kenderaan yang dinaiki (Usaha) sampai ke destinasi yang dituju (Impian).

Selasa, 12 Jun 2018

Great Eastern Mall

Great Eastern Mall

Lokasi:
Great Eastern Mall

Alamat:
303, Jalan Ampang,
Desa Pahlawan,
55000 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 11.00 malam (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
http://www.greateasternmall.com.my/

Tarikh Lawatan:
27 Ogos 2017

Great Eastern Mall menjadi lokasi terakhir yang sempat saya lawati pada hari ini selepas singgah di Tesco Extra Ampang.

Tesco Extra Ampang

Tesco Extra Ampang

Lokasi:
Tesco Extra Ampang

Alamat:
PT 8880, Jalan Pandan Muhibbah,
Dataran Pandan Prima,
55100 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
8.00 pagi - 11.00 malam (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
https://www.tesco.com.my/

Tarikh Lawatan:
27 Ogos 2017

Tesco Extra Ampang menjadi lokasi kedua terakhir yang sempat dilawati pada hari ini selepas mengunjungi Taman Tasik Datuk Keramat. Kedatangan kali ini atas jemputan kenalan untuk menemani dia membeli-belah disini.

The Waterfront @ Parkcity

The Waterfront @ Parkcity

Lokasi:
The Waterfront @ Parkcity

Alamat:
Persiaran Residen,
Desa Parkcity,
52200 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
8.00 pagi - 11.00 malam (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
http://www.desaparkcity.com/thewaterfront.html

Tarikh Lawatan:
27 Ogos 2017

The Waterfront @ Parkcity menjadi tempat persinggahan seterusnya selepas bersiar-siar di Central Park @ Parkcity.

Isnin, 11 Jun 2018

Muzium Jed

Muzium Jed
Sumber: https://www.tripadvisor.ie

Lokasi:

Muzium Jed (Jade Museum)

Alamat:
26 Jalan Delima,
Off Jalan Imbi,
55100 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
9.30 pagi - 5.00 petang (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
http://www.jademuseum.com/main.htm

Harga Tiket:
Percuma

Tarikh Lawatan:
26 Ogos 2017

Muzium Jed menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas melawat Rumah Penghulu Abu Seman. Disini kita boleh melihat dan membeli pelbagai koleksi jed yang ada.

Rumah Penghulu Abu Seman

Rumah Penghulu Abu Seman

Lokasi:
Rumah Penghulu Abu Seman

Alamat:
2, Jalan Stonor,
50450 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
10.00 pagi – 4.00 petang (Setiap Hari)
Tutup:
Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha

Harga Tiket:
Percuma

Tarikh Lawatan:
26 Ogos 2017

Perjalanan diteruskan dari Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia menuju ke Rumah Penghulu Abu Seman. Disini kita boleh melihat senibina rumah melayu yang terakhir di Kuala Lumpur.

Muzium Kraf

Muzium Kraf

Lokasi:
Muzium Kraf

Alamat:
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
Seksyen 63, Jalan Conlay,
50450 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
9.00 pagi - 5.30 petang (Setiap Hari)
Tutup:
Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha

Alamat Sesawang:
www.kraftangan.gov.my/

Harga Tiket:
RM 3 (Dewasa)
RM 1 (Kanak-Kanak)

Tarikh Lawatan:
31 Julai 2016 (Kali Ke-1)
26 Ogos 2017 (Kali Ke-2)

Muzium Kraf menjadi lokasi persinggahan pertama semasa melawat Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia bagi lawatan kali pertama dan juga buat kali kedua.

Khamis, 7 Jun 2018

Melawati Mall

Melawati Mall

Lokasi:
Melawati Mall

Alamat:
Jalan Sabah, Taman Melawati,
53100 Ampang,
Selangor.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
http://www.melawatimall.com/

Tarikh Lawatan:
20 Ogos 2017 (Kali Ke-1)
15 Ogos 2020 (Kali Ke-2)

Melawati Mall menjadi lokasi terakhir yang dikunjungi pada hari ini selepas melawat Pusat Pelancongan Malaysia.

Bagi lawatan kali kedua, Melawati Mall menjadi lokasi terakhir yang dikunjungi selepas Zoo Negara.

Pusat Pelancongan Malaysia

Pusat Pelancongan Malaysia

Lokasi:
Pusat Pelancongan Malaysia

Alamat:
Malaysia Tourism Centre (MaTiC)
109, Jalan Ampang,
50450, Kuala Lumpur,

Waktu Operasi:
8.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
http://www.matic.gov.my

Tarikh Lawatan:
20 Ogos 2017

Pusat Pelancongan Malaysia menjadi lokasi yang dikunjungi selepas melawat Sasana Kijang. Disini juga kita boleh melawat Galeri Seni MaTiC.

Cheras Sentral Shopping Mall

Cheras Sentral Shopping Mall

Lokasi:
Cheras Sentral Shopping Mall

Alamat:
20, Jalan Cheras
Taman Bukit Cheras
43200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)

Tarikh Lawatan:
20 Ogos 2017

Pusat membeli-belah Cheras Sentral menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas Sunway Velocity Mall. Terdapat kemudahan MRT disini bagi memudahkan pelanggan mengunjungi pusat membeli-belah ini.