Selasa, 26 Jun 2018

Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda (Dana Pendidikan)

Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda (Dana Pendidikan)
Sumber: http://masramdahsyat.blogspot.com
Menyediakan Dana Pendidikan

Kenapa emas sesuai dijadikan Dana Pendidikan anak-anak?
Menyimpan emas untuk jangka masa yang panjang adalah amat menguntungkan berbanding dengan pelaburan lain yang berisiko rendah.

“Pelaburan terbaik adalah pelaburan keatas diri sendiri”

Panduan ini ditujukan khas kepada ibubapa yang memilih emas sebagai Dana Pendidikan untuk anak-anak melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi.

Langkah 1: Tetapkan Jumlah Yang Ingin Dikumpul

Berapa banyak gram yang perlu dibeli?
Menyimpan 1 gram sebulan sudah memadai bagi seorang anak untuk melanjutkan pengajian di universiti awam.

Disini disertakan kiraan jumlah yang akan diperolehi sekiranya anda menyimpan secara konsisten sebanyak 1 gram sebulan selama 18 tahun.

1 gram x 12 x 18 = 216 gram
Harga emas segram (19 Jun 2018) = RM 163
Keseluruhan simpanan = RM 163 x 216 = RM 36,072

Dengan jumlah terkumpul mencecah RM 36 ribu*, ia mencukupi untuk menampung kos pengajian bagi peringkat diploma dan ijazah (sekiranya melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Mara).

*tertakluk kepada kursus yang diambil dan universiti yang dimasuki.

Untuk pengetahuan anda, emas adalah penyimpan nilai yang terbaik. Kos pengajian masa kini tidak banyak berubah selepas 18 tahun sekiranya anda menyimpan dalam bentuk emas.

Oleh itu adalah penting bagi ibubapa membuat perancangan awal agar generasi masa hadapan tidak bergantung sepenuhnya terhadap pinjaman pendidikan bagi melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi. Sekiranya tidak mampu menampung sepenuhnya kos pendidikan, sekurang-kurangya ia meringankan beban hutang yang perlu ditanggung oleh anak-anak kita di masa hadapan.

Secara kasarnya memiliki emas seberat 250 gram sudah mencukupi untuk menampung kos pengajian bagi seorang anak di peringkat diploma dan ijazah (Universiti Awam)
Langkah 2: Cari Kaedah Mengurangkan Kos Pembelian Emas

Berikut adalah tips dan panduan yang boleh diambil oleh ibubapa bagi menjimatkan kos pembelian emas.

Jadual 1: Harga Emas Pada 26/06/2018


A.    Beli emas melalui akaun GAP kerana harga pergram lagi murah berbanding membeli secara runcit (langsung). Sesuai untuk pembelian 10 gram ke bawah bagi jongkong emas dan ½ dinar dalam satu resit.

Harga Emas*:

      Melalui Akaun GAP
RM 178 segram

Pembelian Terus/ Secara Runcit

Jongkong Emas
RM 250 segram (Pembelian Terus/ Secara Runcit)
Syilling Emas (Dinar)
RM 235.29 segram (½ Dinar @ 2.125 gram)

      *Harga mengikut jadual 1

B.    Beli secara runcit sekiranya ingin membeli emas seberat 10 gram keatas bagi jongkong emas dan 1 dinar bagi syilling emas. Harga pergram bagi produk emas menjadi lebih murah sekiranya anda membeli dalam jumlah gram yang besar.

Harga Emas*:

Melalui Akaun GAP
RM 178 segram

Pembelian Terus/ Secara Runcit

Jongkong Emas
RM 177.10 segram (10 gram)
RM 176.70 segram (20 gram)
      RM 175.86 segram (50 gram)
      RM 175.05 segram (100 gram)
      RM 174.48 segram (250 gram)
      RM 174.48 segram (1 kg)
      Syilling Emas (Dinar)
      RM 177.18 (1 Dinar @ 4.25 gram)
      RM 177.08 (5 Dinar @ 21.25 gram)
      RM 177.08 (10 Dinar @ 42.5 gram)

      *Harga mengikut jadual 1

C.    Sekiranya simpanan emas anda mencukupi untuk melayakkan diri menjadi Dealer Public Gold (bagi penyimpan emas yang menyimpan emas secara sedikit demi sedikit). Anda boleh menjadi Dealer Public Gold dengan cara menjual semula emas yang ada. Kemudian, beli semula emas dalam kuantiti yang besar dalam satu resit. Anda hanya perlu pastikan harga emas yang dijual mencukupi untuk membeli emas semula sebanyak 200 gram*. Tekan Disini untuk mengetahui kelebihan menjadi Dealar Public Gold.

Disini disertakan contoh kiraan bagi memastikan berapa jumlah emas yang perlu dijual kembali.

Harga Jualbalik Emas
RM 163 segram

Harga Belian Emas
RM 178 segram

Kelayakkan menjadi Dealar Public Gold:
200 gram dalam satu resit**
200*178 = RM 35,600

Jumlah yang perlu dijual semula:
RM 35,600/163 = 218.40 gram @ 219 gram

Jumlah emas yang perlu dijual kembali (Nilai Minimum):
219 gram

**Tertakluk kepada syarat terkini Public Gold

D.   Beli emas secara konsisten setiap bulan. Anda dapat menjimatkan kos pembelian dengan teknik Pemurataan Harga.

Disini disertakan contoh bagaimana teknik Pemurataan Harga yang menguntungkan anda dalam jangka masa panjang.

Harga Emas GAP
Tarikh
Harga (Segram)
01/01/2018
187
01/02/2018
186
01/03/2018
182
01/04/2018
181

Jumlah Pembelian
= RM 187 + RM 186 + RM 182 + RM 181 = RM 736
Purata Pembelian (4 gram)
= RM 736 / 4 = RM 184
Kos Keseluruhan = RM 184 segram

Cara terbaik untuk menjimatkan kos pembelian emas segram ialah dengan membeli emas semasa harga lagi rendah daripada pembelian sebelum itu.

Diharap agar artikel ini dapat membantu anda merancang dengan baik bagi memastikan anak-anak memiliki dana secukupnya semasa melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.

Kembali Ke Artikel Terdahulu