Isnin, 18 Jun 2018

Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda (Pendahuluan)

Kemaskini pada 01/10/2019
Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda (Pendahuluan)
Sumber: Yahoo Image


Anda mempunyai Impian? Ingin mengetahui rahsia untuk mencapai Impian anda?

Rahsianya adalah murah iaitu Simpan, Simpan dan Simpan. Dengan menyimpan kita memperolehi sumber @ dana yang mencukupi sebagai pemangkin untuk bergerak mencapai impian yang dihajati.

Ia ibarat seperti kita perlukan petrol (Sumber Kewangan) untuk memastikan kenderaan yang dinaiki (Usaha) sampai ke destinasi yang dituju (Impian).

Apa itu Simpanan?
Simpanan ialah proses mengasingkan sedikit pendapatan yang diperolehi untuk digunakan pada masa hadapan.

“Simpanan adalah bantuan yang datang dari diri sendiri di masa silam untuk kepentingan diri sendiri di masa hadapan”

Kenapa kita perlu menyimpan?
Terdapat 3 faktor utama iaitu:

(1) Dana Kecemasan
(2) Memenuhi Impian
(3) Membina Pendapatan Pasif.

Kenapa perlu memilih EMAS sebagai kaedah menyimpan?
Emas sesuai dijadikan alat untuk menyimpan sekiranya:

(1)   Anda menghadapi masalah untuk mengekalkan simpanan wang
(2)   Anda ingin mempertahankan kuasa beli dalam simpanan (kalis inflasi)
(3)   Anda ingin menyimpan sambil melabur (pelaburan risiko rendah)
(4)   Anda ingin membina tabiat menyimpan dalam diri
(5)   Anda ingin memiliki aset sedikit demi sedikit dan mudah dicairkan apabila memerlukan wang segera

“Membeli EMAS adalah salah satu kaedah untuk memastikan wang anda berjaya dibawa ke masa hadapan tanpa gagal”

Artikel kali ini saya kongsikan idea bagaimana anda boleh menjadikan EMAS sebagai alat untuk memenuhi matlamat berserta langkah-langkah yang perlu diambil bagi impian seperti dibawah:

Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda…

2.      Memiliki Rumah Idaman

“Wang bukan matlamat, tetapi hanya sebagai alat untuk memenuhi matlamat anda”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan