Selasa, 13 November 2018

Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda (Dana Persaraan)

jongkong emas 1g edisi wealth card



Emas Sebagai Dana Persaraan

Semua orang mengimpikan kehidupan yang selesa terutama selepas bersara nanti tidak kira sama ada anda makan gaji atau pun sebagai usahawan. Untuk mencapai impian tersebut, ia menuntut kita memiliki sejumlah wang yang mencukupi untuk menampung kehidupan selepas bersara.

Sebagai rakyat Malaysia, kita bertuah kerana kerajaan telah mewajibkan semua majikan membuat caruman ke atas pekerja di KWSP sebagai Dana Persaraan (Bagi pekerja swasta). Ini bermaksud setiap pekerja akan mencarum sebanyak 24%* dari gaji pokok yang diterima pada setiap bulan merangkumi 11% dari gaji pekerja dan 13% dari majikan.

Manakala bagi yang bekerja dalam sektor kerajaan, anda akan dibayar pencen bermula dari tarikh wajib bersara sehingga anda meninggal dunia. Pencen juga boleh diwarisi kepada pasangan (suami @ isteri) sekiranya anda meninggal dunia. 

Bagi anda yang bekerja sendiri, anda diberi pilihan untuk mencarum sendiri dalam Dana Persaraan Swasta yang diwujudkan oleh kerajaan dengan kerjasama swasta.

Malangnya realiti menunjukkan, sebahagian besar rakyat Malaysia tidak memiliki wang yang mencukupi untuk menampung kehidupan selepas bersara. Oleh itu, kita tidak boleh bergantung semata-mata dengan KWSP atau pencen yang diterima. Tiada cara lain yang boleh dilakukan selain daripada memulakan simpanan seawal yang mungkin atau membina pendapatan pasif.

Artikel kali ini saya kongsikan bagaimana menjadikan Emas sebagai Dana Persaraan anda. Kita mulakan dengan langkah pertama yang perlu dilakukan iaitu tetapkan matlamat dalam menyimpan.

Langkah 1: Tetapkan Matlamat Berapa Banyak Wang Yang Diperlukan

Mengetahui berapa banyak Simpanan yang diperlu sebelum bersara adalah langkah pertama yang perlu diambil. Berikut adalah contoh bagaimana anda menetapkan jumlah minimum yang diperlukan.

Kaedah 1: Jumlah Simpanan Yang Diperlukan

Umur Ketika Bersara: 60 Tahun
Anggaran Baki Umur Yang Ada: 20 Tahun (Sekiranya hidup sehingga berumur 80 tahun)
Anggaran Pembelanjaan Bulanan Yang Diperlukan: RM 4,000
Jumlah Simpanan Yang Diperlukan: RM 4,000 x 12 x 20 = RM 960,000

Kaedah 2: Membina Pendapatan Pasif Melalui Simpanan

Dividen Tabung Haji (TH): 4% Setahun
Anggaran Pembelanjaan Bulanan Yang Diperlukan: RM 4,000
Jumlah Simpanan Yang Diperlukan: RM 4,000 x 12 / 0.04 = RM 1,200,000

Merujuk kiraan diatas, anda memerlukan sekurang-kurangnya RM 960 ribu sekiranya memilih kaedah pertama dan RM 1,2 juta sekiranya memilih kaedah kedua.

Kelebihan kaedah pertama berbanding dengan kaedah kedua adalah simpanan yang diperlukan adalah sikit berbanding dengan kaedah kedua. Manakala kelemahan kaedah pertama berbanding dengan kaedah kedua adalah ia memiliki tempoh masa yang terhad, manakala kaedah kedua tiada had masa.

Nota Tambahan:
1. Jumlah yang diperlukan berbeza mengikut keperluan setiap orang
2. Dengan anggapan anda tiada hutang, telah memiliki sebuah rumah  dan sebuah kereta 

Langkah 2: Mulakan Simpanan

Setelah anda ketahui dengan jelas berapa banyak simpanan yang diperlukan, tiba masa untuk memilih kaedah yang sesuai untuk menyimpan.

“Nak Simpan Duit Untuk Jangka Masa Yang Lama, Tukarkan Ia Dalam Bentuk Yang Lain Seperti Saham, Emas Dan Sebagainya”

Disini saya galakkan anda menyimpan duit dalam bentuk EMAS. Kenapa? Kerana EMAS adalah:

(1) Penyimpan Nilai Terbaik Sepanjang Zaman (Kalis Inflasi).
(2) Mudah Dibawa Dan Disimpan (Dalam Dompet)
(3) Fitrah Emas, Seronok Disimpan (Kalis Bocor)
(4) Emas Menghapuskan Perasaan Berduit (Kalis Bocor)
(5) Menyelamatkan Wang (Dana) Kita Dari Diseleweng (Salah Guna)
(6) Simpanan Yang Tidak Mudah Dicairkan Tetapi Tidak Susah Dicairkan

Merujuk kiraan diatas, sekiranya anda memilih kaedah kedua, anda perlu memiliki sekurang-kurangnya RM 1.2 juta sebelum bersara. Berapa gram yang diperlukan untuk mencapai jumlah sebanyak itu?

Harga Emas Jenama Public Gold (12/11/2018): RM 175

Jumlah Gram Yang Diperlukan: RM 1,200,000 / RM 175 = 6858 gram @ 6.858 kilogram

Mengikut kiraan diatas, anda perlu membeli sekurang-kurangnya 7 kg sebagai Dana Kecemasan.

Berapa anggaran yang perlu disimpan setiap bulan?
Tempoh Masa: 30 Tahun

7000 kg / 12 / 30 = 20 gram sebulan (Anggaran)

Anda perlu menyimpan sekurang-kurangnya 20 gram sebulan sekiranya ingin memiliki aset bernilai RM 1.2 juta.

Langkah 3: Jana Pendapatan Pasif

Setelah anda berjaya menyimpan sejumlah gram yang diperlukan atau telah pun bersara, tiba masa untuk menukar simpanan tersebut (Emas) ke bentuk yang lain untuk menjana pendapatan pasif. Apa yang anda perlu lakukan hanya menjual kembali semua emas yang ada dan simpan duit hasil jualan tersebut ke ASB atau Tabung Haji (TH). Anda juga boleh memilih untuk membeli hartanah yang boleh disewa asalkan anda boleh mendapat duit mengikut jumlah yang diperlukan dan secara berterusan tidak kira bagaimana keadaan sekali pun.

Kenapa ASB, TH @ Hartanah? Kerana aset seperti Emas dan Perak tidak menghasilkan dividen yang boleh dinikmati secara berterusan tanpa menjejaskan Simpanan. Anda hanya boleh memperolehi hasil hanya sekali sahaja selepas ia dijual (capital gain only).

Tips Dan Panduan Tambahan
1.  Pastikan wang yang diperolehi dari dividen dikeluarkan secara berperingkat (bulanan) sebagai pengganti gaji anda.
2. Pastikan wang yang digunakan (urusan seharian) adalah lebih kurang daripada dividen yang diperolehi dalam masa setahun supaya simpanan anda berkembang.
3. Contoh seperti berikut:

      Dividen Tahunan (TH): RM 48,000 [Dividen 4% Setahun]
      Had Pengeluaran Bulanan: RM 4,000 [48,000 / 12]
      Pembelanjaan Bulanan: RM 3,800 (Setelah 10% ditolak)

      Dengan cara ini, dividen yang diperolehi akan semakin bertambah dari tahun ke tahun.

Diharap agar artikel ini dapat membantu anda memilih Emas sebagai pilihan utama untuk dijadikan sebagai Dana Persaraan.

Kembali Ke Artikel Terdahulu
Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda (Pendahuluan)