Ahad, 31 Januari 2021

12 Kesilapan Penyimpan Emas

Kemaskini pada 09/02/2021
12 Kesilapan Penyimpan Emas

Berikut saya kongsikan 12 kesilapan biasa yang biasa dilakukan oleh penyimpan emas atau yang ingin menyimpan emas.
 
 
Kesilapan 1: Tunggu Harga Rendah
 
Kita tidak akan tahu bila harga emas dikatakan rendah selagi tidak mula membeli walaupun 1 gram. Beli dulu, tunggu kemudian itu cara yang betul. Setiap orang berbeza perspektif tentang bila dikatakan harga emas rendah atau murah. Ia bergantung pada penanda aras (benchmark) masing-masing.
 
Entri Berkaitan:
Simpanan Emas: Di Mana Untungnya?

Sabtu, 23 Januari 2021

Cara Mudah Kira Zakat Emas

Kadar Nisab 2021

Entri kali ini saya ingin kongsikan cara mengira zakat simpanan emas.

Kadar Nisab bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM 20,299 iaitu bersamaan dengan nilai 85 gram emas (20 Dinar). Bagi penyimpan emas, anda diwajibkan membayar zakat emas apabila simpanan emas mencecah 85 gram dan telah disimpan melebihi setahun (cukup haul).

Berikut adalah contoh bagaimana cara mengira berapa banyak zakat yang perlu dikeluarkan oleh pemilik emas.

Isnin, 18 Januari 2021

Masa Sesuai Jual Balik Emas

Masa Sesuai Jual Balik Emas

Bila Masa Sesuai Jual Balik Emas?

Ini adalah antara soalan yang sering menjadi tanda tanya bagi seorang penyimpan emas atau baru ingin membeli emas buat kali pertama.

Berikut saya kongsikan waktu sesuai untuk menjual kembali emas yang dimiliki.

Sebab 1: Berlakunya Kecemasan

Ketika mengalami kegawatan dari segi kewangan seperti kehilangan pekerjaan, kenderaan rosak dan sebagainya. Pada masa itu anda boleh memilih sama ada jual kembali emas yang ada untuk dapatkan wang tunai atau gadai untuk mendapatkan pinjaman segera. Pastikan anda hanya menjual atau gadai mengikut jumlah yang diperlukan sahaja.

Emas yang dijual ketika gawat perlulah diganti semula semasa dalam keadaan stabil dari segi kewangan. Kerana kita tidak tahu bila lagi akan berlakunya kegawatan pada masa hadapan.

Bertindak ikut keadaan dan keperluan. Sentiasa bersedia menghadapi hari yang mencabar ketika hari yang aman.

Entri Berkaitan:

Rabu, 13 Januari 2021

ATSKY Dine Chill Event

 ATSKY Dine Chill Event

Lokasi:
ATSKY Dine Chill Event
 
Alamat:
A-3A-08, Dataran Cascade,
Jalan PJU 5/21,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
 
Waktu Operasi:
8.00 pagi - 12.00 tengah malam (Setiap Hari)
 
Tarikh Lawatan:
08 Januari 2021
 
ATSKY Dine Chill Event menjadi lokasi tunggal yang dikunjungi untuk makan malam. Alang-alang sambut hari lahir seseorang, kita datang ke tempat yang menarik sikit untuk menjamu selera.

Isnin, 11 Januari 2021

KiP Mall Desa Coalfields

Bahagian Hadapan KiP Mall Desa Coalfields

Lokasi:
KiP Mall Desa Coalfields
 
Alamat:
Jalan DC 4/5,
Desa Coalfields,
47000 Sungai Buloh, Selangor
 
Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)
 
Alamat Sesawang:
https://www.kipmall.com.my/
 
Tarikh Lawatan:
07 Januari 2021
 
KiP Mall Desa Coalfields menjadi lokasi persinggahan seterusnya selepas bersenam di Dragonfly Park pada awal pagi.

Selasa, 5 Januari 2021

Malaya Grill

Pintu Masuk Utama Malaya Grill

Lokasi:
Malaya Grill
 
Alamat:
Lot C17 Medan Selera,
Bandar Baru Sungai Buloh,
40160 Sungai Buloh, Selangor.
 
Waktu Operasi:
12.00 petang - 12.00 pagi (Setiap Hari)
 
Alamat Sesawang:
https://malayagrill.com.my/

Tarikh Lawatan:
05 Januari 2021
 
Malaya Grill menjadi destinasi pilihan untuk menjamu selera tengah hari ini. Dengar kata makanan di sini sedap. Ini yang nak rasa, terutama masakan kambing.

Isnin, 4 Januari 2021

Tahu Bakar @ Station

Bahagian Hadapan Tahu Bakar @ Station

Lokasi:
Tahu Bakar @ Station
 
Alamat:
No. 1, Jalan Teknologi 3/6B & Taman Sains Selangor,
Sek 3, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor
 
Waktu Operasi:
7.00 pagi - 12.30 tengah malam (Ahad - Jumaat)
7.00 pagi - 1.30 tengah malam (Sabtu)

Tarikh Lawatan:
03 Januari 2021
 
Tahu Bakar @ Station menjadi pilihan untuk menjamu selera untuk hari ini. Teringin hendak rasa Tahu Bakar dan Manga Susu.

Ahad, 3 Januari 2021

Makan Heritage @ Kota Damansara

Bahagian Hadapan Makan Heritage

Lokasi:
Makan Heritage @ Kota Damansara
 
Alamat:
17G, Jalan Camar 4/5A,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor
 
Waktu Operasi:
11.00 pagi - 11.45 malam (Setiap Hari)

Alamat Sesawang:
https://makanheritage.business.site/

Tarikh Lawatan:
02 Januari 2021
 
Makan Heritage @ Kota Damansara menjadi restauran yang dikunjungi petang ini selepas berjoging di Taman Rekreasi Bukit Jalil pada waktu pagi. Dah buang lemak, kenalah ternak lemak balik.

Senarai Perjalanan Yang Telahku Tempohi (2021)

Kemaskini pada 14/02/2022

Pengembaraan Kembali Ke Tahun 2020
 
Berikut senarai lokasi perjalanan yang telah ditempuhi sepanjang tahun 2021 (Mengikut turutan masa dan tempat).
 
02 Januari 2021 (Sabtu)
(Mula) Taman Rekreasi Bukit Jalil - Makan Heritage (Tamat)

03 Januari 2021 (Ahad)
Tahu Bakar @ Station

05 Januari 2021 (Selasa)
Malaya Grill

07 Januari 2021 (Khamis)
(Mula) Dragonfly Park - KiP Mall Desa Coalfields (Tamat)

08 Januari 2021 (Jumaat)
ATSKY Dine Chill Event
 
09 Januari 2021 (Sabtu)
(Mula) Taman Tasik Titiwangsa - Pasar Tunku Abdul Rahman (TAR) @ Kuala Lumpur (Tamat)
 
10 Januari 2021 (Ahad)
(Mula) Taman Saujana Hijau - Dataran Putra @ Putrajaya (Tamat)

11 Mac 2021 (Khamis)
(Mula) Maya Park @ Eco Ardence - Ardence Labs @ Eco Ardence - Taman Rekreasi Bandar Seri Coalfields (Tamat)

27 Mac 2021 (Sabtu)
KL East Mall

30 Mac 2021 (Selasa)
 
31 Mac 2021 (Rabu)
(Mula) DeFace Platinum Suites - Sunway Putra Mall (Tamat)
 
01 April 2021 (Khamis)
Bukit Matt @ Rawang

04 April 2021 (Ahad)
Sungai Pisang


08 April 2021 (Khamis)
(Mula) Tasik Cermin @ Shah Alam - Bukit Sapu Tangan (Tamat)

10 April 2021 (Sabtu)
Tropicana Gardens Mall


14 Mei 2021 (Khamis)
Taman Rimba Riang

26 Jun 2021 (Sabtu)

15 September 2021 (Rabu)

23-24 September 2021 (Khamis-Jumaat)

28 September 2021 (Selasa)

16 Oktober 2021 (Sabtu)
(Mula) Mydin Hypermarket @ Jengka - Ecosave Hypermarket @ Jengka (Tamat)
 
17 Oktober 2021 (Ahad)
(Mula) Pantai Balok - River Front Park @ Taman Esplanade Kuantan (Tamat)
 
18 Oktober 2021 (Isnin)
(Mula) Air Terjun Teladas 7 - Mentakab Star Mall (Tamat)

21 Oktober 2021 (Khamis)

29 Oktober 2021 Jumaat)
Kampungstay @ Desa Murni
 
30 Oktober 2021 (Sabtu)
(Mula) Kampungstay @ Desa Murni - Go Bang Maju Patin Tempoyak @ Temerloh - Amani Vanilla @ Temerloh - Pantai Kempadang (Tamat)
 
31 Oktober 2021 (Ahad)
(Mula) Pantai Sepat - Hogoh De Coco @ Kuantan - Exora Hill Park @ Jengka 19  (Tamat)

03 November 2021 (Rabu)
(Mula) Jeti Marang @ Pulau Kapas - Marang Water Front - Kapas Coral Beach Resort @ Pulau Kapas - Pantai Pulau Kapas (Tamat)
 
04 November 2021 (Khamis)
(Mula) Snorkeling @ Pulau Kapas - Pantai Chendering - Kuala Terengganu City Centre Mall (KTCC Mall) - Jambatan Angkat Terengganu (Tamat)
 
05 November 2021 (Jumaat)

12 November 2021 (Jumaat)

27 November 2021 (Sabtu)
(Mula) Flight Landing View (KLIA) - Wangsa Bowl @ IOI City Mall Putrajaya (Tamat)
 
28 November 2021 (Ahad)
Tropicana Gardens Mall

29 November 2021 (Isnin)

12 Disember 2021 (Ahad)

19 Disember 2021 (Ahad)
Warung Acu @ Temerloh
 
22 Disember 2021 (Ahad)
(Mula) Dataran Jam @ Bandar Tun Abdul Razak - Jengka Sentral (Tamat)

Sabtu, 2 Januari 2021

Gold Accumulation Program (GAP) (5. GIT)

Kemaskini pada 20/03/2022


Gold Accumulation Program (GAP) (5. GIT)

GIT Withdrawal
 
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diambil bagi membuat permohonan mengeluarkan emas fizikal menggunakan kemudahan GIT untuk menghantar emas terus ke rumah.
 
Had bagi satu penghantaran pos berinsurans adalah seberat 21.25 gram iaitu sekitar 5 Dinar bagi emas dan 1,000 gram bagi perak.
 
Anda perlu mengunjungi cawangan Public Gold terdekat sekiranya ingin mengeluarkan produk emas melebihi had yang ditetapkan.
 
Entri Berkaitan:
3 Langkah Mudah Keluarkan Emas Fizikal Dari Akaun GAP


Anda juga boleh memuat turun manual dengan menekan pautan di bawah:
Keluarkan Emas Dari Akaun GAP Melalui GIT (Pos)

Jumaat, 1 Januari 2021

Nasi Ahmad @ Kota Damansara

Bahagian Hadapan Restoran Nasi Ahmad @ Kota Damansara

Lokasi:
Nasi Ahmad @ Kota Damansara
 
Alamat:
39, Jalan Teknologi 3/6B,
Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.
 
Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Selasa - Ahad)
Tutup (Isnin)
Tarikh Lawatan:
31 Disember 2020
 
Nasi Ahmad @ Kota Damansara menjadi lokasi persinggahan tunggal yang dikunjungi pada hari ini. Kujungan disini atas permintaan isteri yang ingin makan Nasi Ahmad tengah hari ini.
 
Dah lama tak makan nasi Kedah Special ini. Ala-ala gaya nasi kandar mamak punya gaya masakan.