Khamis, 24 September 2020

Air Terjun Sungai Pisang

Di Hadapan Air Terjun Sungai Pisang

Lokasi:
Sungai Pisang
 
Aktiviti:
Menyusuri Hutan (Jungle Trekking) + Mendaki + Mandi Air Terjun & Sungai
 
Alamat:
Kampung Sungai Rumput,
Batu 12, Jalan Gombak,
Selangor
 
Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan
 
Taraf Kesukaran:
Mudah Ke Sederhana
 
Tarikh Lawatan:
22 September 2020 (Kali Ke-1)
04 April 2021 (Kali Ke-2)
 
Air Terjun Sungai Pisang menjadi lokasi tunggal yang dikunjugi pada hari ini. Misi kali ini adalah untuk mencari air terjun yang tersembunyi di sungai Pisang. Dengan kata, jauh juga hendak ke air terjun dari jalan Gombak ini.
 
Kali ini saya tidak berseorangan. Ditemani oleh dua orang. Sudah lama ingin menjelajahi tempat ini tetapi tidak berkesempatan kerana tidak ada orang sudi teman. Mari kita mulakan perjalan epik ini.

Sungai Pisang menjadi lokasi pilihan untuk bermandi-manda bersama keluarga pada hari ini. Kali ini sekadar mandi sungai sahaja. Tak larat hendak ke air terjun.
22/09//2020: Ramai Pula Orang Hari Ini. Ingat Hari Biasa Tiada Orang

22/09//2020: Berjalanan Bermula Disini. Banyak Laluan Boleh Ikut Untuk Turun Ke Sungai

22/09//2020: Halangan Pertama. Perlu Merentasi Sungai Yang Amat Deras

22/09//2020: Sempit Betul Laluan Di Tepi Sungai Ini

22/09//2020: Siapalah Yang Buka Laluan Ini Mula-Mula Dahulu?

22/09//2020: Menjunam Ke Bawah Laluannya

22/09//2020: Kena Berhati-Hati, Licin Laluan Bukit Ini

22/09//2020: Masuk Hutan Balik

22/09//2020: Laluan Di Tepi Lebuhraya

22/09//2020: Dah Sampai Terowong 

22/09//2020: Deras Sungguh Airnya. Terpaksa Panjat Batu Di Tepi Terowong

22/09//2020: Keluar Terowong Belok Kanan

22/09//2020: Tinggi Pula Hendak Panjat. Ikut Laluan Longkang Naik Ke Lebuhraya

22/09//2020: Titik Mula. Ada 500 Meter Lagi Kena Berjalan Sebelum Masuk Hutan Balik

22/09//2020: Berjalan Kaki Pulang Ke ‘Kampung’

22/09//2020: Dah Sampai. Jom Masuk Hutan Balik

22/09//2020: Siap Ada Tangga Lagi Hendak Seberang Longkang

22/09//2020: Masuk Hutan Simpan Kekal

22/09//2020: Jalan Terus Sehingga Dengar Bunyi Air Terjun

22/09//2020: Ada Pondok Dalam Hutan

22/09//2020: Balak Tumbang Di Hadapan

22/09//2020: Banyak Pokok Tumbang

22/09//2020: Sampai Juga Akhirnya

22/09//2020: Jauh Ke Bawah Kena Turun

22/09//2020: Macam Menarik

22/09//2020: Air Terjun Sungai Pisang

22/09//2020: Tingginya

22/09//2020: Dari Sudut Berbeza

22/09//2020: Jernih Airnya

22/09//2020: Hanyut

22/09//2020: Rasai Air Terjun Ini Dahulu, Sebelum Pergi Ke Air Terjun Besar Disebelah

22/09//2020: Di Belakang Air Terjun

22/09//2020: Perjalanan Yang Sungguh Berbaloi

22/09//2020: Jenuh Hendak Panjat Balik

22/09//2020: Dalam Perjalanan Pulang

22/09//2020: Rezeki Petang Ini. Cuaca Mendung Di Lebuhraya Karak

22/09//2020: Licin Amat Jalannya

22/09//2020: Balik Ikut Arus Air Sungai

22/09//2020: Balik Ikut Laluan Yang Sama

22/09//2020: Basah Itu Memang Pasti

22/09//2020: Paling Mencabar Perlu Menyeberangi Sungai Yang Deras

22/09//2020: Semasa Pergi

22/09//2020: Semasa Pulang

04/04/2021: Ular Di Kesan

04/04/2021: Tiada Orang Mandi Di Kawasan Ini

04/04/2021: Ramai Pengunjung Hari Ini

04/04/2021: Ada Jambatan Sekarang Ini

04/04/2021: Nampak Dalam Tapi Sebenarnya Tidak


Secara keseluruhannya, saya amat berpuashati dengan perjalanan kali ini. Hanya terdapat beberapa pekara yang tidak patut lakukan.
 
Antaranya ialah menggunakan sandal. Baru hendak ke seberang sungai sudah putus. Terpaksa patah balik ke motosikal ambil selipar lain. Itu sebab perjalanan pergi mengambil masa lebih lama dari pulang.
 
Selain dari itu, adalah satu kesilapan membawa baju ganti sepanjang perjalanan. Sepatutnya tinggalkan sahaja di motosikal. Bukan boleh tukar pun selagi tidak sampai di motosikal balik. Opss! Lupa tiada tempat pun hendak letak beg di motosikal. Kena bawa juga jawapnya.  
 
Dahlah jauh perjalanan, boleh pula tidak bawa makanan untuk dikunyah. Nasib baik ada sahabat bawa sedikit ubi kayu untuk dijamah. Bolehlah alas perut sikit.
 
Sebelum pulang, kita basahkan diri untuk kali terakhir selepas menyeberangi sungai untuk letak beg di tepi batu. Boleh kurangkan sikit pasir yang masuk dalam seluar. Selepas tukar baju, kita singgah kedai makan untuk menghilangkan lapar dan dahaga.
 
Maka berakhirlah perjalanan untuk hari ini (bagi lawatan kali pertama dan kedua).


Mohd Faiz bin Abdul Manan

Catatan Seorang Kembara





Tiada ulasan:

Catat Ulasan