Isnin, 7 September 2020

Pelan Simpanan Jangka Masa Panjang INTELEK @ Etiqa

Struktur Intelek dan kalkulator

Tawaran Istimewa Khas Untuk Anda:
 
Miliki emas Public Gold bernilai RM 100 dengan menyertai plan simpanan Prisma bersama Kad Perubatan atau 0.5 Gram emas Public Gold apabila bersetuju membayar bagi tempoh setahun (bagi tahun pertama).
 
Jangan Lepaskan Peluang Ini. Tawaran berakhir 31 Disember 2020.


INTELEK

Pengenalan

Merancang perbelanjaan yang bersesuaian bagi pendidikan untuk anak anda adalah langkah terbaik dalam menjamin masa depan mereka. Dengan Intelek, kami akan membantu memenuhi keperluan pendidikan dan perlindungan takaful anak anda dan ianya berpatutan.

Sumber:

Ciri-Ciri Utama

Siapa Layak Menyertai?
Warganegara Malaysia

Umur Kelayakan

Akaun Perkongsian (Join Account)

Pemilik Sijil (Anak)
14 Hari sehingga 15 Tahun
Pembayar (Ibu, Ayah & Penjaga Sah)
19 Tahun sehingga 60 Tahun

Tempoh Matang
10 tahun dan ke atas (sehingga berumur 25 tahun bagi peserta)

Jumlah Yang Dilindungi
Minimum: RM 10,000.00
Maksimum: Tanpa Had (Tertakluk kepada simpanan tahunan dan umur peserta)

Kaedah Pembayaran
Bulanan. Suku Tahun, Setengah Tahun atau Tahunan

Nota:
Caruman serendah RM 70 sebulan.

Manfaat Utama

Manfaat Matang
Sekiranya pemegang sijil masih hidup sehingga tarikh matang plan simpanan. Jumlah Simpanan dan Jumlah Dividen akan dibayar terus (dalam bentuk cek) kepada pemegang sijil.

Contoh:
Nama: Ali bin Abu
Umur: 2 tahun
Jantina: Lelaki
Pelan Simpanan: Intelek
Jumlah Simpanan Bulanan: RM 100
Tempoh Simpanan: 23 tahun
Waris: Abu bin Ahmad (Ayah)

Manfaat yang diperolehi oleh Ali selepas 23 tahun adalah sebanyak RM 45,540.00.

Nota:
1. Jumlah kiraan hanyalah sebagai anggaran sahaja dengan anggapan dividen yang diberi sebanyak 6 peratus setahun.
2. Kiraan ini terpakai bagi simpanan bulanan sebanyak RM 100 sebulan sehingga tarikh matang.
3. Pembayar boleh menuntut pelepasan cukai pendapatan sehingga RM 3,000 setahun.

Manfaat Kecemerlangan
Berikut adalah wang tunai yang diperolehi oleh anak yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan utama negara (mengikut silibus Malaysia):

 

Nama Peperiksaan

Jumlah Ganjaran (RM)

UPSR

500.00

PMR/ PT3

750.00

SPM

1,000.00

STPM

1,500.00


Nota:
1. Ganjaran hanya dibayar sekiranya pemegang sijil memperolehi keputusan setara A atau A+ dalam semua subjek yang diambil bagi peperiksaan utama.
2. Ganjaran dibayar sepenuhnya sekiranya simpanan bulanan adalah sebanyak RM 100 dan ke atas.
3. Ganjaran dibayar separuh sahaja dari amaun yang diperuntukkan sekiranya simpanan bulanan adalah kurang dari RM 100.

Perlindungan Komprehensif


Manfaat Kematian & Hilang Upaya Menyeluruh Dan Kekal (HUMK)

Kematian Pembayar (Ibu, Ayah & Penjaga Sah)
Sekiranya berlaku kematian atau HUMK terhadap pembayar sama ada faktor semulajadi atau akibat kemalangan. Pihak Etiqa akan sambung mencarum @ membayar menggantikan pembayar asal sehingga tarikh matang.

Contoh:
Abu meninggal dunia pada tahun ke 5 sijil berkuatkuasa. Etiqa akan menggantikan Abu mencarum ke pelan intelek Ali sehingga tempoh matang.

Kematian Pemegang Sijil (Anak)
Sekiranya berlaku kematian atau HUMK terhadap pemegang sijil sama ada faktor semulajadi atau akibat kemalangan. Pembayar akan memperolehi pampasan berdasarkan umur pemegang sijil.
 

Umur

Ganjaran

1

91.4

2

88.4

3

84.1

4

81.4

5

77.8

6

73.4

7

70.4

8

66.8

9

62.8

10

59.2

11

54.9


Contoh:
Ali meninggal dunia pada tahun ke 3 semasa berumur 5 tahun. Abu memperolehi pampasan sebanyak RM 93,360.00 (tidak termasuk simpanan dan dividen).

Kiraan:
RM 1,200 (Caruman Setahun) X 77.8 (Gandaan) = RM 93,360.00

Nota:
1. Jumlah yang diperolehi oleh Ali hanya sekadar anggaran sahaja.
2. Jadual gandaan yang di tunjukkan pada jadual di atas hanya sehingga pemegang sijil berumur 11 tahun sahaja.
3. Bagi pemegang sijil yang meninggal dari usia 12 sehingga 15 tahun, perkiraan perlu dilakukan menggunakan sistem.

Manfaat Pengeluaran Separa

Pembayar boleh memohon pengeluaran secara separa dari akaun pemegang sijil selepas 10 tahun sijil berkuatkuasa atas kepentingan pemegang sijil.

Contoh:
Ali dimasukkan ke dalam hospital atas sebab demam panas. Abu boleh memohon mengeluarkan sebahagian dari simpanan (sehingga 80% dari jumlah simpanan) bagi membayar kos hospital yang dikenakan.

Manfaat Pengecualian Dari Sumbangan Untuk Penyakit Kritikal
 
Pemegang sijil akan memperolehi manfaat pengecualian caruman bulanan sepanjang tempoh aktif sijil sekiranya pembayar meninggal dunia.
 

Sebarang pertanyaan lanjut atau untuk set temujanji, boleh hubungi saya melalui maklumat seperti di bawah. Saya sentiasa bersedia membantu anda.

Tiada ulasan:

Catat Komen