Rabu, 2 September 2020

2 Langkah Mudah Menuntut Emas Fizikal Public Gold

Emas 1gram dan 5 dirham

Entri kali ini saya kongsikan dua cara mudah menuntut emas fizikal Public Gold yang sudah dibeli di alamat sesawang Public Gold.

Sila tekan pautan di bawah untuk mengetahui cara pembelian produk di alamat sesawang Public Gold.
Manual Kaedah Membeli Emas Secara Runcit (Outright Purchase).
 
Nota:
Panduan ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu sebagai pelanggan dan sebagai Dealer Public Gold.

Langkah 1: Hubungi Dan Buat Temujanji
 
Pekara pertama yang perlu anda dilakukan ialah menghubungi kakitangan Public Gold di cawangan terdekat bagi memastikan produk yang dibeli masih ada stok. Sila tekan Cawangan Public Gold untuk menyemak lokasi dan nombor telefon setiap cawangan yang ada di seluruh Malaysia dan Indonesia.
 
Mengapa pekara ini penting? Kerana bukan semua produk emas Public Gold ada di cawangan sepanjang masa terutama bagi produk yang mempunyai rekabentuk khas (bertema) seperti jongkong emas seberat 1 gram. Sila tekan Senarai Produk Public Gold untuk mengetahui produk Public Gold yang ada.
 
Buat temujanji dengan menekan butang Book An Appointment. Pilih tarikh dan masa untuk hadir ke cawangan terdekat.


Buat Temujanji Dengan Menekan Butang Book An Appointment

Langkah 2: Datang Dan Ambil
 
Sebagai Pelanggan Public Gold
Datang pada tarikh dan masa yang ditetapkan dalam temujanji. Maklumat temujanji akan dihantar terus ke emel anda. Pastikan anda membawa kad pengenalan diri untuk pengesahan identiti. Sila semak maklumat dalam resit Public Gold sebelum menurunkan tandatangan.
 
Sebagai Dealer Public Gold
Sekiranya anda ingin mengambil bagi pihak pelanggan. Pastikan bawa Surat Kebenaran (Authorized Letter) yang telah ditandatangani oleh pelanggan, salinan Kad Pengenalan pelanggan, Resit Pembayaran serta salinan Invois Pembelian pelanggan. Jangan lupa bawa kad pengenalan diri untuk pengesahan identiti.
 
Staf Public Gold akan menghubungi pelanggan bagi memastikan kebenaran telah diberi kepada Dealer sebagai wakil untuk mengambil emas. Jangan lupa maklum kepada pelanggan terlebih dahulu sebelum mengambilnya terutama sekiranya anda menggunakan teknik jual dan ganti semula emas dalam koleksi sendiri.
 
Mudahkan langkahnya. Selamat mencuba. Cara ini juga terpakai untuk menuntut produk perak Public Gold.
 
Sila tekan pautan di bawah untuk mengetahui cara mengeluarkan emas dari akaun GAP.

 


Tiada ulasan:

Catat Komen