Kemaskini pada 28/11/2020
Artikel kali ini saya kongsikan 3 langkah mudah yang perlu diambil untuk mengeluarkan emas dalam bentuk fizikal daripada akaun GAP.
Langkah 1: Hubungi
Cawangan Public Gold Untuk Tempahan
Pekara pertama yang perlu anda dilakukan adalah dengan
menghubungi kakitangan Public Gold di cawangan terdekat untuk tempahan jenis produk
yang diingini. Sila tekan Cawangan Public Gold untuk menyemak lokasi dan nombor telefon setiap cawangan yang ada di seluruh Malaysia,
Indonesia dan Singapura.
Kenapa ia penting? Kerana bukan semua produk emas Public
Gold ada di cawangan sepanjang masa terutama bagi produk yang mempunyai
rekabentuk khas (bertema) seperti jongkong emas seberat 0.5g dan 1g. Sila tekan
Senarai Produk Public Gold untuk mengetahui rekabentuk terkini yang ada.
Nota:
Bermula Jun 2020, pelanggan perlu membuat temujanji terlebih dahulu di alamat sesawang Public Gold sebelum menghadirkan diri di cawangan terdekat.
Bermula Jun 2020, pelanggan perlu membuat temujanji terlebih dahulu di alamat sesawang Public Gold sebelum menghadirkan diri di cawangan terdekat.
Langkah 2: Datang
Ke Cawangan Public Gold Terdekat
Selepas tempahan dilakukan, Public Gold akan
menghubungi anda bagi urusan pengambilan emas fizikal dalam berat yang anda
inginkan. Anda juga boleh menghubungi kembali pihak Public Gold untuk
perkembangan terkini. Pastikan anda membawa kad pengenalan untuk pengesahan identiti.
Hanya pemilik akaun sahaja dibenarkan mengeluarkan emas dari akaun GAP.
Langkah 3: Bayar
Kos Premium Dan Ambil Emas Yang Ditempah
Setiap emas yang dikeluarkan melalui akaun GAP, anda
akan dikenakan kos premium (kos pengangkutan) bergantung kepada berat emas yang
dikeluarkan. Anda boleh merujuk jadual dibawah untuk mengetahui kos premium
yang dikenakan bagi setiap kategori (mengikut berat).
![]() |
Jadual Terkini Kos Premium Yang Dikenakan (Bermula 1 Ogos 2017) |
Anda akan diberi resit
pengeluaran bagi setiap emas yang dikeluarkan. Sila semak nombor siri, gram dan
jenis bagi memastikan produk yang dikeluarkan adalah betul seperti yang
diminta. Setelah anda berpuas hati dengan maklumat yang tertera dalam resit
adalah sama dengan emas yang dikeluarkan, sila tandatangan sebagai pengesahan
menerima produk dalam keadaan baik.
![]() |
Contoh Resit Dan Produk Emas 1g Edisi Raya 2018 |
Beginilah serba ringkas tentang kaedah untuk
mengeluarkan emas melalui akaun GAP. Kaedah ini juga terpakai bagi pengeluaran perak
melalui akaun SAP.
Untuk pengetahuan anda, pengeluaran bagi akaun GAP adalah
bermula dari 1 gram sehingga 1 kilogram (bagi jongkong) dan ½ dinar sehingga 10
dinar (Syilling). Manakala bagi akaun SAP adalah bermula dari 250 gram sehingga
5 kilogram.
Entri Berkaitan
2 Langkah Mudah Menuntut Emas Fizikal Public Gold
2 Langkah Mudah Menuntut Emas Fizikal Public Gold
Yang menulis,
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold
Tiada ulasan:
Catat Komen