Khamis, 11 Oktober 2018

Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda (Dana Kecemasan)

Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda (Dana Kecemasan)

Emas Sebagai Dana Kecemasan

Kenapa Emas? Anda mesti tertanya-tanya apakah yang istimewa sangat dengan EMAS sehingga ia dianggap sebagai alat kewangan yang terbaik bagi saya untuk dijadikan sebagai Dana Kecemasan.

Berikut adalah kelebihan Emas sebagai Dana Kecemasan yang tiada pada alat kewangan lain:

(1)   Penyimpan Nilai Terbaik Sepanjang Zaman (Kalis Inflasi)
(2)   Mudah Dibawa Dan Disimpan (Dalam Dompet)
(3)   Fitrah Emas, Seronok Disimpan (Kalis Bocor)
(4)   Emas Menghapuskan Perasaan Berduit (Kalis Bocor)
(5)   Menyelamatkan Wang (Dana) Kita Dari Diseleweng (Salah Guna)
(6)   Simpanan Yang Tidak Mudah Dicairkan Tetapi Tidak Susah Dicairkan

Artikel kali ini saya tujukan khas kepada anda yang memilih Emas sebagai Dana Kecemasan dan panduan bagaimana menggunakan Emas dengan cara yang betul dan selamat.

Langkah 1: Tetapkan Matlamat

Berapa banyak wang yang perlu disimpan untuk dijadikan Dana Kecemasan bergantung kepada berapa banyak kos sara hidup anda dalam tempoh masa tertentu. Mengikut saraan pakar kewangan, jumlah yang ideal (selamat) adalah sekurang-kurangnya sebanyak 6 bulan dari gaji semasa anda (gaji kasar).

Contohnya adalah seperti berikut:

Nama: Ali Bin Abu (Bukan Nama Sebenar)
Gaji Semasa: RM 2,000
Jumlah Minimum Yang Diperlukan: RM 12,000 (6 Bulan Daripada Gaji Kasar)

Ini bererti Ali memerlukan sekurang-kurangnya RM 12,000 sebagai Dana Kecemasan bagi menghadapi ketidaktentuan (risiko) di masa hadapan.

Berbalik kepada Kisah Ali. Sekiranya Ali hanya mampu menyimpan RM 200 sebulan, ini bererti Ali memerlukan sekurang-kurangnya 60 bulan (5 tahun) bagi memastikan jumlah simpanan untuk Dana Kecemasan mencukupi dengan anggapan tiada gangguan sepanjang tempoh tersebut.


“Pastikan setiap sen yang dibelanjakan dari Dana Kecemasan digantikan semula secepat mungkin”


Langkah 2: Mulakan Proses Menyimpan

Setelah anda mengetahui dengan jelas jumlah yang diperlukan, tiba masa untuk mengetahui berapa banyak gram emas yang perlu dimiliki mewakili amaun tersebut

Kembali kepada situasi Ali, berikut adalah analisa ringkas jumlah gram yang Ali sepatutnya ada.

Dana Kecemasan: RM 12,000
Harga Emas Segram: RM 171*
Dalam Gram: 70 gram (Anggaran)

*Harga pada 09/10/2018

Oleh itu, Ali hanya memerlukan 70 gram emas sahaja untuk dijadikaan sebagai Dana Kecemasan.


“Emas adalah menyimpan nilai terbaik sepanjang zaman. 1 Dinar emas masih cukup untuk membeli seekor kambing semenjak 1400 tahun yang lalu”


Langkah 3: Tips Dan Panduan Menguruskan Emas Sebagai Dana Kecemasan

Berikut adalah tips dan panduan ringkas dalam menguruskan Emas sebagai Dana Kecemasan

1. Beli Emas jenama Public Gold melalui akaun GAP. Kenapa akaun GAP? Sila tekan pautan dibawah untuk mengetahui sebabnya.

Kelebihan Membeli Emas Melalui Kemudahan GAP Public Gold

2. Pastikan anda menyimpan sedikit emas fizikal ditangan sekiranya ingin mengadaikannya di tempat lain. Sila tekan pautan dibawah untuk mengetahui kaedah yang betul semasa memajak emas.

6 Pekara Penting Yang Perlu Diketahui Semasa Memajak Emas

Diharap agar artikel ini dapat membantu anda memilih Emas sebagai pilihan utama untuk dijadikan Dana Kecemasan.

Sila kunjungi artikel dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Dana Kecemasan.

5 Langkah Menuju Kebebasan Kewangan (4. Bina Dana Kecemasan)
Mengurus Dana Kecemasan (Cara Saya)


Yang menulis,

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold



Tiada ulasan:

Catat Ulasan