Isnin, 22 Oktober 2018

Cabaran Dalam Menyimpan Wang Dan Penyelesaiannya

Cabaran Dalam Menyimpan Wang Dan Penyelesaiannya

Cabaran Dalam Menyimpan Wang

Setiap pekara ada cabarannya yang tersendiri termasuk menyimpan wang. Artikel kali ini akan merungkaikan persoalan yang biasa dihadapi oleh kita berserta dengan tips dan panduan mengatasinya supaya kita dapat menjadikan aktiviti menyimpan itu satu kewajiban.

Layari pautan dibawah untuk memahami dengan lebih jelas tentang Simpanan.

Cabaran 1# Tiada Pendapatan

Cabaran paling asas yang perlu dihadapi oleh sebahagian besar daripada kita untuk memulakan atau menambah simpanan adalah tidak memiliki pendapatan sama ada tetap ataupun tidak. Bagaimana ingin menyimpan sekiranya tiada duit. Dilema yang sering dihadapi oleh surirumah sepenuh masa ataupun penganggur.

Cara Mengatasinya:

Teruskan usaha mencari pekerjaan atau mulakan perniagaan. Sentiasa membaca untuk menambahkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran.

“Membaca adalah aktiviti paling Murah, Mudah dan Senang dalam meningkatkan Pengetahuan, Kemahiran dan Pengalaman. Tetapi ramai yang tidak mampu untuk melaksanakannya”

Layari pautan dibawah bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan Pendapatan.

Berminat menjadi Usahawan Emas? sila layari pautan dibawah untuk maklumat lanjut.

Cabaran 2# Pendapatan Tidak Mencukupi

Tahniah diucapkan bagi anda yang berjaya mengatasi Cabaran 1 (Tiada Pendapatan) dalam Menyimpan. Tetapi ia tidak bermakna sekiranya kita tidak mampu untuk menyimpan walaupun sedikit.

Dengan peningkatan kos sara hidup (inflasi) yang tidak disertai oleh peningkatan gaji menyebabkan sebahagian besar gaji yang diterima dihabiskan untuk memenuhi keperluan hidup sahaja. Keadaan diburukkan lagi apabila kita gagal untuk membezakan antara keperluan dan kehendak semasa membeli serta ketidakmampuan untuk berjimat.

“Sekiranya Pendapatan yang diperolehi tidak cukup untuk menampung Kos Sara Hidup. Anda hanya ada dua pilihan sahaja iaitu menambahkan Pendapatan atau mengurangkan Pembelanjaan (Berjimat)”

Cara Mengatasinya:

Belajar berjimat. Ia lebih mudah daripada menjana pendapatan tambahan. Tumpukan usaha menjana pendapatan tambahan selepas usaha untuk mngurangkan pembelanjaan menemui kegagalan. Laburkan ke atas diri anda dengan membeli bahan membaca bagi meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran.

“Pelaburan Terbaik adalah pelaburan ke atas Diri Sendiri

Cabaran 3# Keseronokan Berbelanja

Fitrah duit, seronok untuk dibelanjakan. Berbelanja tidak perlu diajar, ia adalah naluri setiap insan. Tahukah anda, setiap hari kita terdedah dengan beribu-ribu iklan tentang produk dan perkhidmatan semenjak kita mula membuka mata sehingga sebelum menutup mata. Secara tidak langsung ia akan mempengaruhi kita untuk berbelanja melebihi keperluan.

“Menyimpan itu mudah dilafaskan, tetapi sukar untuk dilaksanakan”

Cara Mengatasinya:

Pastikan sekurang-kurangnya 10 peratus dari gaji kasar yang diperolehi diasingkan untuk disimpan. Berpegang dengan teguh prinsip “Simpan Dahulu, Belanja Kemudian”. Buat potongan gaji secara automatik bagi tujuan simpanan sekiranya anda mengalami masalah untuk menyimpannya sendiri.

Anda juga boleh memilih Emas sebagai alat simpanan. Dengan membeli emas, anda dapat memenuhi naluri berbelanja tanpa mengorbankan kepentingan Menyimpan.

Layari pautan dibawah untuk mengetahui ciri-ciri terbaik dalam memilih jenama emas.

Cabaran 4# Kesedaran Pentingnya Menyimpan

Tidak ramai yang sanggup mengorbankan kepentingan pada masa sekarang, demi masa hadapan (Simpan). Sebaliknya, ramai sanggup mengorbankan kepentingan masa hadapan, demi kepentingan masa kini (Hutang). Ditambah dengan faktor keseronok berbelanja menyebabkan tiada ruang untuk menyimpan. Dengan kata lain, duit tidak pernah cukup untuk disimpan.

Cara Mengatasinya:

Tuntut ilmu berkaitan pengurusan kewangan. Dari situ, timbul kesedaran betapa pentingnya menyimpan demi kepentingan masa hadapan.

“Ramai orang menyesal kerana tidak menyimpan, tetapi tiada orang yang menyesal kerana menyimpan”

Terdapat 3 sebab utama kenapa kita perlu menyimpan iaitu:

1.  Sebagai Dana Kecemasan
    Dana khas yang diperuntukan demi menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan kadar segera
    yang memerlukan sumber kewangan yang banyak. Sebagai contoh apabila kereta mengalami
    kerosakkan,

2.  Untuk Memenuhi Impian
    Dana khas yang diperuntukan demi memenuhi impian seperti melancong, menunaikan haji dan 
    sebagainya.

3. Sebagai Dana Persaraan
    Dana khas yang diperuntukan untuk menampung keperluan seharian selepas tidak lagi bekerja
    (pencen/ bersara).

Cabaran 5# Simpan Secara Tetap (Konsisten)

Sekadar memiliki pendapatan dan kesedaran pentingnya menyimpan tidak bermakna sekiranya anda gagal untuk menyimpan secara displin (tetap).

Cara Mengatasinya:

Mulakan menyimpan walaupun dalam jumlah yang kecil. Jadikan menyimpan itu sebagai tabiat terlebih dahulu. Tingkatkan simpanan anda secara berperingkat selepas tabiat berjaya dibentuk. Berhutang untuk menyimpan, sekiranya berhutang itu mudah bagi anda. Kebanyakkan orang berdisplin dalam berhutang berbanding dengan menyimpan.

Contohnya adalah seperti membeli Emas jenama Public Gold. Anda boleh membeli menggunakan kemudahan Easy Payment Purchase (EPP) untuk membeli produk emas berharga RM 500 dan keatas. Anda diberi pilihan membuat pembayaran secara berperingkat setiap bulan sebanyak 4 kali (50 gram kebawah) atau 10 kali (50 gram dan keatas). Anda boleh mengambil emas tersebut setelah pembayaran berjaya diselesaikan.

Cabaran 6# Pertahankan Simpanan Tersebut

Cabaran terakhir yang perlu kita hadapi (termasuk penulis) adalah untuk mengekalkan Simpanan yang dimiliki (Kebocoran Wang). Menyimpan menjadi tidak bermakna sekiranya anda gagal untuk mengekalkan simpanan yang ada.

Berikut adalah 3 faktor utama berlakunya Kebocoran Wang iaitu:

1. Keseronokan Berbelanja
2. Salah Labur
3. Bagi Pinjam

Cara Mengatasinya:

Tetapkan matlamat yang jelas kenapa anda perlu menyimpan. Ia akan meghalang anda daripada berbelanja pekara yang tidak perlu selagi matlamat yang ditetapkan belum terlaksana.

Tukarkan sebahagian daripada wang simpanan anda dalam bentuk Emas bagi memastikan simpanan tersebut dapat dikekalkan dalam jangka masa yang lama.

“Menyimpan dalam bentuk gram adalah lebih kekal lama daripada menyimpan dalam bentuk nombor, kerana nafsu manusia pantang melihat nombor, ada sahaja sebab untuk menghalalkan penggunakannya (Wang)”

Sila layari pautan dibawah untuk mengetahui kelebihan menyimpan emas fizikal.