Ahad, 31 Januari 2021

12 Kesilapan Penyimpan Emas

Kemaskini pada 09/02/2021
12 Kesilapan Penyimpan Emas

Berikut saya kongsikan 12 kesilapan biasa yang biasa dilakukan oleh penyimpan emas atau yang ingin menyimpan emas.
 
 
Kesilapan 1: Tunggu Harga Rendah
 
Kita tidak akan tahu bila harga emas dikatakan rendah selagi tidak mula membeli walaupun 1 gram. Beli dulu, tunggu kemudian itu cara yang betul. Setiap orang berbeza perspektif tentang bila dikatakan harga emas rendah atau murah. Ia bergantung pada penanda aras (benchmark) masing-masing.
 
Entri Berkaitan:
Simpanan Emas: Di Mana Untungnya?


Kesilapan 2: Tunggu Duit Lebih
 
Ketahuilah, duit tak pernah cukup tidak kira berapa banyak pendapatan yang diperolehi. Ada sahaja benda yang ingin dibeli. Oleh itu jadikan pembelian emas sebagai salah satu pekara wajib dilakukan untuk membina kekayaan 

Entri Berkaitan:
Cabaran Dalam Menyimpan Wang Dan Penyelesaiannya
 
 
Kesilapan 3: Tunggu Mampu
 
Percayalah, nak tunggu mampu sampai bila-bila tak akan mampu kerana keinginan manusia tanpa batasan. Keperluan manusia juga tanpa batasan. Beli emas untuk menyimpan. Jadikan aktiviti membeli emas sebagai pembelanjaan wajib setiap bulan tanpa gagal.
 
Entri Berkaitan:
Tips Dan Panduan Ringkas Untuk Memulakan Simpanan
 
 
Kesilapan 4: Guna Wang Belanja
 
Menggunakan wang belanja untuk beli emas adalah satu kesilapan yang besar kerana ia merugikan kita sekiranya terpaksa jual semula emas yang dimiliki sebelum sempat merasai keuntungannya. Pelaburan emas ini satu pelaburan jangka masa sederhana iaitu sekitar melebihi 2 tahun.
 
Entri Berkaitan:
Formula Pengurusan Kewangan Peribadi
 
 
Kesilapan 5: Beli Barang Kemas
 
Barang kemas dicipta khas untuk perhiasan semata-mata. Itu sebab kenapa kos pembelian barang kemas dan kadar susut nilainya jauh lebih tinggi dari jongkong atau syilling emas. Lagi rumit reka bentuk barang kemas, lebih mahal kos upah yang perlu dibayar. Lagi banyak batu hiasan, lagi mahal harganya.
 
Reka bentuk barang kemas dan hiasan batu (sekiranya ada) tidak menjadi faktor penentu dalam menentukan harga belian oleh kedai emas. Apa yang mereka ingini hanyalah bahagian emas sahaja. Kita membeli barang kemas bersama dengan kos reka bentuk dan hiasan batu (sekiranya ada), tetapi kita hanya dapat menjual kembali pada bahagian emas sahaja (bahagian lain tidak berharga). Ini satu kerugian yang nyata.
 
Entri Berkaitan:
5 Kesilapan Utama Membeli Emas
 
 
Kesilapan 6: Takut Harga Turun
 
Takut rugi akan menghalang kita dari memiliki aset yang bernilai tinggi ini. Harga emas ada naik & turun dalam jangka masa pendek, tetapi pasti naik untuk jangka masa panjang. Harga turun itu satu bonus sebenarnya. Ini bermaksud kita boleh membeli emas dengan harga diskaun.
 
Entri Berkaitan:
Strategik Dalam Pelaburan Emas
 
 
Kesilapan 7: Stop Harga Tinggi
 
Berhenti membeli emas pada harga yang tinggi akan merugikan kita kerana ia menghentikan usaha mengumpul aset emas sebanyak yang mungkin. Mempanjangkan tempoh masa mencapai matlamat.
 
 
Kesilapan 8: Hutang Beli Emas
 
Berhutang untuk melabur itu satu langkah yang berisiko tinggi. Untung belum tentu lagi, kerugian sudah pasti ditangan. Kita akan menanggung kerugian yang lebih banyak dari biasa sekiranya melakukan kesilapan ketika beli emas.
 
 
Kesilapan 9: Cari Emas Murah
 
Harga murah sahaja belum tentu menguntungkan. Banyak faktor lain yang perlu diambil kira sebelum beli emas. Apa guna berjaya beli emas dengan harga murah apabila gagal untuk jual semula dengan harga tinggi. Kecualilah sekiranya anda seorang peniaga.
 
Lebih rendah kadar susut nilai emas yang dijual, lebih tinggi keuntungan yang bakal diperolehi. Oleh itu, pilih jenama yang betul agar kita dapat menikmati keuntungan yang maksimum. Tempat terbaik jual semula emas adalah di tempat kita membelinya dahulu.
 
Entri Berkaitan:
Faktor-Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Membeli Emas 
 
 
Kesilapan 10: Pajak Tanpa Tujuan
 
Memajak tanpa tujuan merugikan kita. Kita akan mudah menyalahguna wang pinjaman yang diperolehi atas pekara yang tidak membawa keuntungan melebihi kos pajakan yang dikenakan.
 
Ingat pekara ini, wang yang kita diperolehi itu bukan diberi secara percuma. Kita perlu membayar kembali wang tersebut berserta dengan kos upah dalam tempoh masa yang ditetapkan.
 
Entri Berkaitan:
6 Pekara Penting Yang Perlu Diketahui Semasa Memajak Emas
 
Kesilapan 11: Takut Nak Mula
 
Selagi kita tak mula, selagi itu kita tak akan menikmati keuntungannya. Kerugian itu biasa dalam semua jenis pelaburan. Di sebalik suatu risiko, terdapat keuntungan yang tersembunyi untuk di temui.
 
Kesilapan 12: Simpan Tanpa Sasaran (Matlamat)
 
Tanpa matlamat yang jelas, kita akan mudah tersesat dan hilang arah tuju kehidupan. Seperti juga ketika menyimpan emas. Matlamat perlu jelas supaya kita mengetahui berapa banyak gram emas yang perlu dimiliki.
 
Matlamat yang jelas memberi kita motivasi yang tinggi untuk terus menyimpan emas sehingga cukup gramnya. Kemudian, kita boleh menggunakan emas yang ada untuk mencapai impian yang diingini.
 
Entri Berkaitan:
Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda (Pendahuluan)

Jangan Ulangi Kesilapan Ini


Orang yang tidak belajar melalui kesilapan orang lain akan dihukum mengulanginya. Dan paling malang, kesilapan tersebut hanya disedari selepas tempoh masa yang lama.
 
Menyimpanlah dengan ilmu. Ilmu akan membantu anda membuat keputusan dengan bijaksana.
 
 
Yang menulis,
 
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold



2 ulasan:

  1. senang cerita tak payah beli emas, beli rumah dan hartanah yang strategik.Beli rumah 20 tahun dulu RM100,000 ribu, sekarang nak jual harganya Rm 1.5 juta. Mana lagi untung dibandingkan dengan jual beli emas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli rumah memerlukan modal yang banyak. Salah satu cara kumpul modal dengan membeli emas sedikit demi sedikit sehingga capai matlamat. Membeli emas jauh lebih mudah berbanding menyimpan duit.

      Pada masa itu boleh jual untuk beli kediaman.

      Padam