Sabtu, 23 Januari 2021

Cara Mudah Kira Zakat Emas

Kadar Nisab 2021

Entri kali ini saya ingin kongsikan cara mengira zakat simpanan emas.

Kadar Nisab bagi tahun 2021 adalah sebanyak RM 20,299 iaitu bersamaan dengan nilai 85 gram emas (20 Dinar). Bagi penyimpan emas, anda diwajibkan membayar zakat emas apabila simpanan emas mencecah 85 gram dan telah disimpan melebihi setahun (cukup haul).

Berikut adalah contoh bagaimana cara mengira berapa banyak zakat yang perlu dikeluarkan oleh pemilik emas.

Ali (bukan nama sebenar) memiliki emas sebanyak 100 gram yang disimpan melebihi setahun.

Cara Kiraan:

Formula:
(Kadar Nisab (Tahun Semasa) / 85 gram) X 2.5% (Kadar Zakat)

Cara Pengiraan:
(RM 20,299.00 / 85 X 100 gram) X 0.025 (2.5 %) = RM 23,811.18 X 0.025 = RM 597.03

Zakat emas yang perlu di bayar oleh Ali:
RM 597.03

Nota:
1. Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah untuk mengetahui harga 1 gram emas mengikut kadar
hisab tahun semasa.
2. Langkah kedua yang perlu dilakukan adalah dengan mendarab jumlah gram yang dimiliki dengan harga 1 gram yang diperolehi.
3. Langkah ketiga yang perlu dilakukan adalah dengan mendarab nisbah zakat yang ditetapkan iaitu sebanyak 2.5% dari jumlah keseluruhan emas yang ada.

Mudahkan cara pengiraannya. Kiraan ini hanya terpakai bagi emas simpanan sahaja. Emas perhiasan lain sikit kadar nisabnya (bergantung kepada negeri). Emas perhiasan yang tidak dipakai pun dikira sebagai emas simpanan juga ya. Pengiraan zakat tidak mengambil faktor ketulenan emas yang disimpan.

Tunaikan kewajiban membayar zakat dengan emas. Ia lebih mudah dicapai berbanding simpanan tunai. Sesungguhnya pahala zakat itu jauh lagi besar dari pahala sedekah.

Cara pengiraan ini terpakai bagai zakat perak juga. Bezanya adalah kadar nisab bagi simpanan perak adalah sebanyak 595 gram.

Tekan pautan di bawah untuk mengetahui cara menentukan jumlah gram yang perlu dibayar.


Yang menulis,

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold


Tiada ulasan:

Catat Komen