Rabu, 26 Februari 2020

Strategik Dalam Pelaburan Emas

Strategik Dalam Pelaburan Emas


Pelaburan Emas ini sebenarnya mudah sahaja. Beli emas, dapat emas, simpan baik-baik.

Yang mencabarnya apabila ingin memperolehi keuntungan dalam pelaburan emas. Ia perlukan strategik yang tepat bagi memaksimumkan keuntungan secara tidak langsung meminimumkan risiko.

Bagaimana caranya? Apakah strategiknya?

Langkah 1: Pilih Jenama Yang Betul

Bagaimana ingin menentukan jenama apa yang terbaik? Dengan menilai berdasarkan ciri-ciri berikut:

1. Kadar Susutnilai
2. Berbezaan Harga Premium Dengan Harga Spot
3. Stok Tanpa Had
4. Mesra Arrahnu (Pajak)
5. Jaminan Beli Semula
6. Reputasi Jenama Emas

Sila tekan pautan dibawah untuk penjelasan lanjut.



Langkah 2: Tentukan Posisi Anda

Mengenalpasti dengan jelas posisi anda dalam pelaburan emas penting kerana ia menentukan strategik apa yang perlu digunakan.

Ada 3 jenis posisi iaitu:
1. Penyimpan
2. Pelabur
3. Peniaga

Bagaimana hendak tentukan posisi anda? Bergantung kepada ketebalan poket masing-masing. Kalau anda mampu beli 100 gram emas dan ke atas. Ia bererti anda seorang pelabur. Selain itu, anda hanya seorang penyimpan sahaja.

Tekan pautan dibawah untuk mengetahui langkah yang perlu diambil berdasarkan posisi anda.


Langkah 3: Tahu Akan Perkembangan Terkini

Ketidaktentuan dari sudut ekonomi, keselamatan, sosial dan sebagainya yang boleh mengancam nyawa atau kekayaan akan meningkatkan lagi harga emas dan sebaliknya juga. Mengetahui perkembangan terkini membantu akan dalam menentukan waktu sesuai untuk membeli dan menjual kembali emas yang ada.

Langkah 4: Ketahui Kaedah Menjana Keuntungan Selain ‘Beli Murah, Jual Mahal’.

Terdapat pelbagai cara menjana keuntungan melalui emas selain dari aktiviti beli murah, jual mahal. Contohnya adalah:

1. Menjadi Ejen Syarikat Emas
2. Menjadi Peniaga Emas

Sila tekan pautan dibawah untuk mengetahui kaedah menjadi ejen Emas.
3 Saluran Untuk Menjadi Dealer Public Gold

Mudah sahajakan Pelaburan Emas ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan