Ahad, 18 Oktober 2020

Flight Landing View (KLIA)


Lokasi:
Flight Landing View (KLIA)
 
Alamat:
27, Kuala Lumpur International Airport,
64000 Sepang,
Selangor.
 
Waktu Operasi:
Tiada Diketahui
 
Tarikh Lawatan:
19 September 2020 (Kali Ke-1)
27 November 2021 (Kali Ke-2)
11 April 2026 (Kali Ke-3)
09 Oktober 2026 (Kali Ke-4)

 
Flight Landing View (KLIA) menjadi lokasi terakhir yang dikunjungi hari ini selepas menjamu selera di Malakat Mall. Dahulu lokasi ini menjadi tumpuan pengunjung untuk melihat kapal terbang naik atau turun (bergantung pada masa). Sayangnya sekarang kapal terbang tidak naik atau turun lagi dilokasi ini. Ditambah dengan masalah wabak yang masih belum selesai ketika ini. Memang bukan rezeki hendak melihatnya. 

Rezeki memihak pada kami pada kedatangan kali kedua ini apabila dapat menikmati permandangan kapal terbang mendarat atas kepala. Ramai juga pengunjung pada hari ini. Bererti memang ada kapal terbang mendarat di laluan ini. Terasa bagaikan berada dalam pesta keraian.

Lawatan kali ketiga sekadar untuk memberikan pengalaman baru pada anak-anak melihat kapal terbang dengan lebih dekat secara langsung. Rezeki hari ini, kapal terbang kerap turun.

Flight Landing View (KLIA) menjadi lokasi persinggahan pertama pada lawatan kali keempat. Hari ini hanya dapat lihat kapal terbang turun sahaja. Nampaknya dah bertukar landasan waktu ini. 

19/09/2020: Ini Yang Terbaik Boleh Lihat

27/11/2021: Ramai Orang Hari Ini

27/11/2021: Nak Peluk

27/11/2021: Sementara Menunggu Kapal Terbang Mendarat

27/11/2021: Cuaca Bukan Penghalang

27/11/2021: Kapal Terbang Dah Nak Mendarat

11/04/2026: Kali Pertama Datang Dengan Anak-Anak

11/04/2026: Atas Kepala 

09/10/2026: Dapat Lihat Kapal Terbang Berlepas Sahaja Hari Ini

09/10/2026: Datang Tiga Kereta Hari Ini


Kecewa pula hari ini tidak dapat melihat kapal terbang naik atau turun dengan lebih dekat. Sudahlah jauh hendak sampai sini. Dengar cerita kapal terbang sudah tidak menggunakan landasan yang menghala ke sini. 
Pulang dengan kekecewaan.

Bagi lawatan kali kedua pula, Wangsa Bowl @ IOI City Mall Putrajaya menjadi lokasi persinggahan seterusnya. Lepas tengok kapal terbang, kita main boling pula. 

Flight Landing View (KLIA) menjadi lokasi tunggal yang dikunjungi bagi lawatan kali ketiga.

Masjid Jamek Sultan Hisamuddin menjadi lokasi persinggahan seterusnya untuk tunaikan solat jumaat.
 

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara



Tiada ulasan:

Catat Ulasan