Ahad, 3 Jun 2018

Fahami Maksud Sebenar Kadar Susut Nilai (Spread) Dalam Pelaburan Emas Dan Perak

Fahami Maksud Sebenar Kadar Susut Nilai (Spread) Dalam Pelaburan Emas Dan Perak
Sumber: https://moshed.com/

Memahami bagaimana kadar susutnilai berfungsi (dalam pelaburan emas) adalah suatu pekara yang wajib diketahui terlebih dahulu sebelum memulakan pembelian emas. Artikel kali ini akan menyentuh asas berkaitan kadar susutnilai bagi emas dan perak.

Apakah itu kadar susutnilai (spread)?
Kadar susutnilai (spread) adalah berbezaan harga jual dan beli emas atau perak mengikut harga semasa. Kadar susutnilai dikira dalam peratusan (%). Ia adalah cara peniaga emas dan perak memperolehi keuntungan daripada aktiviti jual beli.

Bagaimana kadar susutnilai (spread) dikira?
Disini disertakan formula perkiraan untuk rujukan:

(Harga Jual (RM) - Harga Beli (RM))/ Harga Beli (RM) X 100 = Kadar Susutnilai (%)

Contoh:
10 gram Jongkong Emas (Goldbar)
(1799 – 1637)/1637 X 100 = 9.896 %

100 gram Jongkong Perak (Silver Bar)
(258 – 219)/219 X 100 = 17.808 %

Harga Jual Dan Beli Balik Produk Emas Jenama Public Gold (01/06/2018)

Harga Jual Dan Beli Balik Produk Perak Jenama Public Gold (01/06/2018)

Untuk pengetahuan anda, peratusan kadar susutnilai semakin kecil apabila membeli produk emas dan perak dalam gram yang besar. Ini disebabkan kos pembuatan emas semakin meningkat dalam menghasilkan jongkong emas yang bersaiz kecil.

Sebagai contoh, emas seberat 1 kg adalah lebih mudah ditempah berbanding memotong emas seberat 1 kg untuk menghasilkan 1000 keping jongkong emas seberat 1 gram.

Oleh itu adalah digalakkan membeli dalam gram yang besar bagi mengurangkan kadar susutnilai. Ini secara tidak langsung dapat memendekkan tempoh masa untuk menjana keuntungan.

Diharap agar artikel ini dapat memberi gambaran asas tentang kadar susutnilai (spread). Pastikan anda mengetahui kadar susutnilai (spread) sesuatu jenama emas dan perak sebelum membuat keputusan membelinya.

“Harga yang paling murah per gram bukan pilihan yang terbaik untuk dibeli sekiranya kadar susutnilai adalah tinggi”



Berminat Mengetahui Lebih Lanjut Tentang Pelaburan Emas? Tekan Pautan Di Bawah: