Isnin, 18 Jun 2018

Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda (Menunaikan Haji & Umrah)

Bagaimana Emas Membantu Memenuhi Impian Anda (Menunaikan Haji & Umrah)
Sumber: Yahoo Image

Menunaikan Haji Dan Umrah (Melalui Tabung Haji)

Panduan ini dituju khas bagi anda yang ingin menunaikan haji dan umrah melalui Tabung Haji atau dipanggil sebagai Muassasah.

Pakej Muassasah adalah pakej paling murah boleh kita dapati disebabkan sebahagian besar kos mengerjakan haji ditanggung oleh Tabung Haji. Kita hanya perlu membayar sebanyak RM 9,980* untuk mengerjakan haji berbanding pakej yang disediakan oleh pihak swasta yang boleh mencecah ratusan ribu ringgit (bergantung kepada pakej yang dipilih).

*kos haji pada tahun 2017

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil untuk merealisasika impian menunaikan Haji dan Umrah.

Langkah 1: Buka Akaun Tabung Haji (TH)

Sebagai rakyat Malaysia, anda perlu membuka akaun dengan Tabung Haji terlebih dahulu kerana semua urusan kuota haji diuruskan oleh Tabung Haji. Anda boleh membuka akaun di Tabung Haji dengan simpanan permulaan serendah RM 10* sahaja. Sila rujuk Tabung Haji untuk maklumat lanjut.

Untuk pengetahuan anda, kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota khas bagi setiap negara bergantung kepada bilangan umat islam yang ada di sesebuah negara.

*tertakluk kepada polisi semasa TH

Langkah 2: Daftar Haji

Mengikut syarat terkini yang ditetapkan oleh Tabung Haji, anda memerlukan sekurang-kurangya RM 1,300 dalam akaun sebelum layak mendaftar untuk mendapatkan giliran menunaikan haji.

Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan iaitu:

      (A) Masukkan duit sebanyak RM 1,300 dalam akaun Tabung Haji atau,
      (B)  Membawa slip penyata KWSP yang menunjukkan sekurang-kurangnya memiliki RM 1,300 di dalam akaun 1.

Langkah 3: Kumpul Duit

Di peringkat ini EMAS sesuai dijadikan sebagai simpanan untuk dilupakan terutama bagi orang yang mempunyai masalah untuk menyimpan. Hanya memiliki emas seberat 60 gram, anda sudah memiliki wang yang secukupnya untuk menunaikan mengerjakan haji. 

Anda Sudah Mampu Mengerjakan Haji & Umrah Dengan Hanya Memiliki 2 Jongkong Emas Public Gold (Seperti Dalam Gambar)
Apa yang anda perlu lakukan diperingkat ini adalah dengan menjual semula emas yang ada dan masukkan hasil jualan tersebut ke dalam akaun Tabung Haji.

Sumber: www.mohdzulkifli.com

Langkah 4: Kemukakan Rayuan Rasmi

Sebagai contoh, semasa saya mendaftar haji pada tahun 2013. Saya diberi giliran menunaikan haji pada tahun 2066. Ini bererti saya perlu menunggu sehingga 53 tahun sebelum tiba giliran saya menunaikan haji. Ini menunjukkan terdapat kesedaran tinggi pada umat islam di Malaysia untuk menunaikan rukun islam kelima.

Disini pentingnya untuk kita mengemukakan rayuan rasmi setiap tahun kepada Tabung Haji bagi mempercepatkan giliran mengerjakan haji. Maklumkan di dalam surat tersebut bahawa kita telah bersedia untuk pergi haji pada bila-bila masa. Dengan cara ini pegawai Tabung Haji senang nak bagi giliran pada anda sebab dia tahu anda mampu pergi.

Kelebihan kepada pasangan suami isteri yang membuat rayuan bersama. Apabila si isteri mendapat giliran, secara tidak langsung si suami akan mendapat giliran sebagai peneman @ muhrim.

Diharap agar artikel ini dapat membantu anda merancang dengan baik bagi memastikan hajat menunaikan rukun islam kelima dapat terlaksana.


Yang menulis,

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold


Kembali Ke Artikel Terdahulu


Tiada ulasan:

Catat Ulasan