Selasa, 5 Jun 2018

Menara Kuala Lumpur

Menara Kuala Lumpur
Sumber: Yahoo Image
Lokasi:
Menara Kuala Lumpur

Alamat:
2, Jalan Puncak,
50250 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
9.00 pagi - 10.00 malam (Setiap hari)

Alamat Sesawang:
http://www.menarakl.com.my/

Tarikh Lawatan:
22 Oktober 2016 (Kali Ke-1)
13 Ogos 2017 (Kali Ke-2)
18 Ogos 2018 (Kali Ke-3)

Lokasi Persinggahan:
Atmosphere 360 Revolving Restaurant @ Menara KL
Blue Coral Aquarium @ Menara KL
Galeri Interaktif NRE

Menara Kuala Lumpur menjadi salah satu destinasi yang dikunjungi di Kuala Lumpur. Bagi lawatan kali pertama, lokasi yang disinggah hanyalah di Taman Eko Rimba Kuala Lumpur untuk sesi pendakian secara solo pada sebelah petang. Perjalanan bermula dari Galeri Interaktif NRE dikaki bukit Nanas menuju ke Menara Kuala Lumpur dan kemudian turun semula ke bawah.

Manakala, bagi lawatan kali kedua, Menara Kuala Lumpur menjadi lokasi tunggal yang dikunjungi pada hari ini. Disini saya ditemani oleh dua orang kenalan menerokai Menara Kuala Lumpur bermula dengan mendaki bukit di Taman Eko Rimba KL. Selepas itu, perjalanan pun diteruskan dengan menaiki KL Hop-On Hop-Off menggeliling Kuala Lumpur. Kemudian, Sky Deck menjadi lokasi yang dikunjungi seterusnya sebelum ke lokasi terakhir pada hari ini iaitu di Observation Deck. Oleh kerana masa mencemburui, kami membuat keputusan untuk menaiki Grab dari pintu masuk Menara Kuala Lumpur menuju ke tempat letak kereta di bawah kaki Bukit Nanas.

Bagi lawatan kali ketiga, kedatangan kali ini adalah untuk menjamu selera di Atmosphere 360 Revolving Restaurant @ Menara KL yang terletak di tingkat atas Pelantar Pemerhati (Observation Deck) @ Menara KL. 

13/08/2017: Permandangan Dari Tempat Letak Kereta
13/08/2017: Permandangan Kuala Lumpur Dari Observation Deck
13/08/2017: Permandangan Dari Sky Deck
13/08/2017: I Love KL Tower
13/08/2017: Rumah Terbalik
18/08/2019: Nak Makan Pun Kena Ada Tiket
18/08/2019: Hari Ini Ada Peneman
18/08/2019: Bersama Model Menara Kuala Lumpur
18/08/2019: Ada Rezeki Datang Lagi

Terdapat banyak lokasi menarik yang masih belum diterokai di Menara Kuala Lumpur. Berharap suatu hari nanti berpeluang untuk melawat semua tempat menarik di sini.


Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan