Khamis, 9 November 2017

Setia Alam Community Trail


Lokasi:
Setia Alam Community Trail

Aktiviti:
Mendaki

Alamat:
Setia Eco-park,
40170 Shah Alam,
Selangor.

Waktu Operasi:
Tiada had masa yang ditetapkan

Taraf Kesukaran:
Mudah ke Sederhana

Tarikh Lawatan:
15 Januari 2017


Perjalanan diteruskan menuju ke Setia Alam Community Trail bagi sesi pendakian solo selepas meluangkan masa bersiar-siar mengeliling tasik di Taman Rekreasi Westren Park dan Setia Alam Central Park. Pendakian bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang. Ini adalah kali pertama saya memulakan pendakian selewat jam 11.00 pagi disebabkan jarak lokasi yang jauh dari rumah.

Terdapat pelbagai jalan masuk yang boleh dilalui untuk pendakian disini. Mengikut peta yang disediakan oleh komuniti Setia Alam, setiap laluan keluar masuk ditanda menggunakan huruf A hingga E. Pendakian kali ini adalah mengikut laluan A.

Secara jujurlah walaupun berbekalkan peta ditangan, laluan trek ini cukup mengelirukan terutama kurangnya tanda selain terdapat banyak simpang yang boleh dilalui. Ini adalah pengalaman kali kedua bagi saya tersesat di dalam hutan apabila tersilap mengikuti laluan trek.

Ini menyebabkan saya berpusing satu pusingan semata-mata ingin mencari jalan keluar dari trek. Sebagai penyelesaian, saya terpaksa mengambil keputusan keluar ikut laluan E kembali ke tempat letak kereta. Jarak antara laluan E ke tempat letak kereta mencecah sehingga 1 km mengikut jalan luar. Pendakian kali ini amatlah mencabar terutama terpaksa menghadapi cuaca yang panas terik.

15/01/2017: Menuju Ke Setia Alam Community Trail
15/01/2017: Mulakan Pendakian Mengikut Laluan A

15/01/2017: Laluan A

15/01/2017: Pendakian Bermula

15/01/2017: Kesan Pembangunan

15/01/2017: Kawasan Perumahan

15/01/2017: Menuju Ke Dalam Hutan

15/01/2017: Ikut Kanan

15/01/2017: Teruskan Perjalanan Walaupun Keseorangan

15/01/2017: Melalui Kawasan Kebun

15/01/2017: Mendaki Terus Mendaki

15/01/2017: Kawasan Terbuka, Menyesal Tak Bawa Topi

15/01/2017: Petanda Penting

15/01/2017: Menjejaki Laluan Trail

15/01/2017: Jumpa Dah Laluannya

15/01/2017: Laluan A2

15/01/2017: Merentasi Laluan Hutan Belantara

15/01/2017: Kecilnya Laluan Trail Ini

15/01/2017: Menembusi Kawasan Lapang

15/01/2017: Ikut Laluan Ini

15/01/2017: Panas Sungguh Hari Ini

15/01/2017: Sedikit Lega Setelah Menjumpai Laluan Trek Setelah Melalui Kawasan Lapang

15/01/2017: Teruskan Perjalanan Mengikut Laluan Trek

15/01/2017: Papan Tanda Untuk Keluar Dari Trek Melalui Laluan B

15/01/2017: Menuju Ke Puncak

15/01/2017: Panasnya

15/01/2017: Sikit Lagi Nak Sampai

15/01/207: Selamat Datang Ke Peak Garden

15/01/2017: Permandangan Di Peak Garden

15/01/2017: Berehat Sebentar, Perjalanan Masih Jauh

15/01/2017: Pondok Tempat Berehat

15/01/2017: Perjalanan Diteruskan, Mara Kehadapan

15/01/2017: Di Kiri Laluan Trek Kelihatan Tasik Dan Lebuhraya

15/01/2017: Jumpa Simpang, Ikut Laluan Kanan

15/01/2017: Laluan Trek Yang Kabur

15/01/2017: Nampak Dekat Hakikatnya Amatlah Jauh

15/01/2017: Simpang Lagi

15/01/2017: Jumpa Sekumpulan Motosikal Tengah Tunggu Giliran Memanjat Lereng Bukit

15/01/2017: Laluan Pintas Yang Menyesatkan

15/01/2017: Bukan Laluan Untuk Pendaki

15/01/2017: Akhirnya Jumpa Juga Jalan Besar

15/01/2017: Nak Ikut Jalan Mana Ni?

15/01/2017: Hentam Jerlah, Berharap Ikut Laluan Yang Betul

15/01/2017: Ada Petempatan Di Laluan E

15/01/2017: Jauhnya Nak Balik Ke Tempat Letak Kereta Dari Laluan E

15/01/2017: Seperti Meredah Padang Pasir
15/01/2017: Akhirnya Sampai Juga

15/01/2017: Peta Rujukanku


Secara keseluruhan, laluan trek ini cukup mencabar bukan kerana perlu mengharungi laluan berbukit tetapi lebih kepada terlalu banyak simpang yang boleh dilalui. Silap langkah boleh tersesat dibuatnya.

Lokasi terakhir untuk hari ini, Setia City Mall.


Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara