Ahad, 19 Julai 2020

Cara Mudah Menguji Ketulenan Emas

Kemaskini pada 24/06/2022


Salah satu risiko sebenar dalam pelaburan emas adalah terbeli emas palsu atau terima emas palsu semasa proses gadaian.

Apakah yang dimaksudkan dengan emas palsu? Emas palsu bermaksud sebahagian atau keseluruhan logam tersebut tidak diperbuat dari emas atau diadun dengan emas semasa dalam proses membuat emas. Tetapi logam tersebut di isytihar sebagai emas sepenuhnya (tulen) ketika menjualnya.

Kebiasaannya, emas palsu boleh diperolehi dalam dua jenis iaitu:

1# Palsu Keseluruhan
Keseluruhan logam adalah bukan emas

2# Palsu Sebahagian
Logam lain yang bersalut dengan emas.

Bagi mengelak atau mengurangkan risiko tersebut, terdapat pelbagai teknik untuk menguji ketulenan emas. Ada ujian yang memakan kos yang besar, ada juga ujian yang tidak melibatkan kos yang besar.

Entri kali ini saya kongsikan beberapa cara mudah dan cepat untuk menguji ketulenan emas tidak kira sama ada dalam bentuk jongkong, syilling atau pun barang kemas.

Secara umumnya, kita boleh bahagikan teknik menguji ketulenan emas kepada 3 bahagian iaitu:

1# Ujian Yang Tidak Merosakkan Fizikal
2# Ujian Yang Merosakkan Fizikal
3# Ujian Tanpa Fizikal


Setiap bahagian mempunyai beberapa kaedah ujian yang tersendiri. Dalam industri emas, kebiasaannya ujian yang dilakukan adalah lebih dari satu jenis iaitu merangkumi gabungan beberapa bahagian utama ujian (seperti di atas).

Ini bagi memastikan agar keputusan yang diperolehi adalah paling tepat dengan cara terpantas dan murah.

(1) Ujian Yang Tidak Merosakkan Fizikal

1# Teknik Menimbang Berat Emas

Setiap logam memiliki ketumpatan yang berbeza termasuk emas. Oleh itu, alat Penimbang Emas Density Metre digunakan untuk mendapatkan bacaan yang tepat bagi emas mengikut piawai standard (antarabangsa). Sekiranya berat emas yang ditimbang sama dengan yang tertera di permukaan emas. Ini bererti emas tersebut adalah tulen.

Bagi emas yang tidak diketahui beratnya, emas tersebut perlu ditimbang terlebih dahulu untuk mendapatkan berat. Kemudian emas tersebut ditimbang kembali mengikut berat yang diperolehi bagi mengukur ketumpatan. Sekiranya ketumpatan menyamai atau sama dengan ketumpatan emas (19g/ml), maka emas tersebut adalah tulen.

Kaedah ini biasa diguna oleh kedai emas dan arrahnu (pajak gadai).

Kelemahan:
Teknik ini tidak dapat menjamin bahawa emas tersebut 100% tulen kerana terdapat logam lain yang memiliki ketumpatan hampir atau sama seperti emas.

Penyelesaian:
Emas yang ditimbang perlu di potong bagi memastikan tiada logam lain tersembunyi di dalamnya.

2# Teknik Pembakaran Dan Pencelupan Asid

Salah satu sifat emas adalah ia tidak berubah warna walaupun dibakar.

Oleh itu, pihak penguji emas biasanya akan membakar secara berterusan (sekurang-kurangnya dalam tempoh 2-3 minit) bagi melihat sama ada warna emas tersebut berubah atau pun tidak.

Sekiranya warna emas berubah kehitam-hitaman. Emas tersebut akan dicelup ke dalam asid untuk melihat adakah emas tersebut kembali ke warna asal. Sekiranya kembali ke warna asal, ini bererti emas tersebut adalah tulen.

Situasi ini kebiasaannya terjadi pada barang kemas kerana terdapat sedikit campuran bukan emas seperti chrome putih. Apabila dibakar, chrome tersebut akan terbakar menyebabkan emas tersebut berubah kehitam-hitaman. Dengan celupan asid, bahagian tersebut dapat ditanggalkan menyebabkan warna emas kembali.

Kelemahan:
Teknik ini tidak dapat menjamin bahawa emas tersebut adalah tulen kerana ujian pengesahan hanya melibatkan bahagian luar logam sahaja.

Penyelesaian:
Emas yang diuji perlu di potong bagi memastikan tiada logam lain tersembunyi di dalamnya.

3# Kaedah Ujian Magnet

Emas sendiri sifatnya anti magnet. Oleh itu, emas tidak akan tertarik atau tertolak ketika diuji oleh logam bermagnet.

Kelemahan:
Terdapat pelbagai logam selain emas yang bersifat anti magnet juga.

Penyelesaian:
Emas tersebut perlu di potong bagi memastikan tiada logam lain tersembunyi di dalamnya. Bahagian luar perlu diuji menggunakan teknik yang berbeza.


(2) Ujian Yang Merosakkan Fizikal

1# Teknik Potong
Salah satu teknik paling mudah dan berkesan untuk menguji ketulenan emas terutama di bahagian dalam adalah dengan cara membelah dua logam tersebut.

Kebiasaannya teknik ini digunakan selepas ujian dilakukan di bahagian luar emas.

Kelemahan:
Teknik ini menyebabkan kerosakkan pada emas tersebut dan tidak dapat membuktikan emas tersebut tulen.

Penyelesaian:
Teknik ini hanya boleh diguna selepas pelanggan setuju menjual emas yang dimiliki. Teknik ini tidak sesuai digunakan sekiranya pelanggan mengadaikan emas. Teknik ini perlu digunakan selepas ujian pengesahan dilakukan pada permukaan emas.

2# Teknik Gigit
Emas logam yang lembut. Oleh itu sekiranya anda mengigit sedikit di bahagian luar emas. Akan terbentuk kesan gigitan.

Kelemahan:
Teknik ini hanya berkesan bagi emas berketulenan 999 (24K) sahaja. Teknik ini juga merosakkan permukaan emas disebabkan kesan gigitan.

Penyelesaian:
Menjadikan teknik ini sebagai langkah terakhir yang dipilih semasa menguji ketulenan emas.


(3) Ujian Tanpa Fizikal

Kaedah lain yang boleh digunakan tanpa membuat ujian secara langsung ke atas emas adalah seperti berikut.

1# Pilih Jenama Yang Diyakini
Jenama melambangkan reputasi dan kualiti. Oleh itu, pilihlah jenama emas yang diyakini (seperti Public Gold) bagi mengelak diri dari terbeli emas palsu.

Bagaimana mengetahui jenama emas tersebut boleh dipercayai? Mudah sahaja, boleh tanya Mr. Google. Kalau banyak berita buruk itu petanda tidak baik.

2# Pilih Syarikat Atau Kedai Yang Memiliki Reputasi Yang Baik
Selain jenama, reputasi syarikat atau kedai juga memain peranan yang penting.

Bagaimana mengetahui syarikat atau kedai tersebut memiliki reputasi yang baik? Salah satu cara adalah dengan melihat berapa lama syarikat atau kedai tersebut telah bertapak dalam industri emas. Lagi lama, lagi baik reputasinya.

Kenapa penting mengetahui berapa lama syarikat atau kedai tersebut bertapak dalam industri emas? Sebabnya mudah sahaja. Tiada syarikat atau kedai yang boleh bertahan lama sekiranya tidak jujur dalam perniagaan termasuk dalam industri emas.

Mudahkan ujiannya.

Nota:
Ini hanyalah sebahagian sahaja dari keseluruhan teknik yang wujud pada masa kini dalam proses menguji ketulenan emas. 


Yang menulis,

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold


Youtube Channel:

4 ulasan:

  1. Adakah setiap baranngn perhiasan yg ada cop nombor 916 adalah emas tulen? Atau ada sesiapa atau mana2 pihak yg boleh meletak cop 916 pada sesuatu perhiasan seperti gelang, cincin, rantai dan sebagainya dengan bebas?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu sebabnya kita perlu membeli emas dari syarikat yang ada reputasi baik bagi mengelakkan ditipu. Tiada jaminan apa yang dicop itu boleh dipercayai. Kecuali telah dibuat ujian ketulenan pada emas tersebut.

      Padam
  2. Sya ada menemukan batu seberat 3kg.berwarna kuningan keemasan,tidak bereaksi dgn magnet,tidak pecah semasa dibakar(kebiasaan batu akan pecah apabila suhu y sgt panas) menjadi merah ingin mencair.(sekadar bakar biasa) ketumpatan y tggi.(sgt keras.)paku semen 4 inci bengkok dan menjadi tumpul).y pasti ny kuning keorenan...beliau jika kena cahaya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Emas logam yang lembut. Ketumpatan yang tinggi bukan bererti keras

      Padam