Isnin, 6 Julai 2020

Barang Kemas Sebagai Satu Pelaburan


Aurora Italia Pandora Type

Ada orang terutama kaum wanita tidak berminat menjadikan jongkong atau syilling emas sebagai suatu pelaburan.

Mereka lebih suka memilih barang kemas sebagai pelaburan kerana ia boleh dipakai bila memerlukan. Terasa berbaloi juga beli emas bila boleh digunakan.

Sekiranya anda berminat menjadikan barang kemas sebagai pelaburan jangka masa yang panjang, pastikan anda...

1# Beli Barang Kemas Berketulenan 22K (916) Atau 18K (750) Sahaja


Pilih barang kemas yang berketulenan 750 dan ke atas. Tidak digalakkan membeli barang kemas berketulenan 999 disebabkan ia terlalu lembut untuk dipakai. Barang kemas tersebut akan mudah rosak, kemek dan patah.

Elakkan dari membeli barang kemas bersalur emas kerana ia tiada nilai sekiranya ingin dijual kembali dikemudian hari.

Warna Kuning Bererti Kandungan Emasnya Tinggi


2# Beli Barang Kemas Berwarna Kuning Sahaja

Pastikan barang kemas yang dibeli berwarna kuning bukannya berwarna putih atau sebagainya. Barang kemas berwarna selain warna kuning kebiasaannya mengandungi peratusan logam lain yang lebih banyak menyebabkan warna emas tersebut berubah.

Barang kemas selain warna kuning tidak laku dijual kembali dikemudian hari.

Barang Kemas Paling Laku Adalah Berwarna Kuning


3# Beli Barang Kemas Tanpa Hiasan Tambahan Seperti Batu Permata.

Barang kemas dengan permata biasanya dijual dengan harga yang jauh mahal berbanding barang kemas tanpa permata.

Harga jual balik barang kemas yang disaluti permata biasanya jauh lagi murah kerana pihak yang membeli biasanya hanya mengira berat emas setelah permata dibuang.

Barang Kemas Disaluti Permata


4# Beli Emas Yang Padu, Tebal Dan Tidak Rumit Rekaannya

Kenapa perlu memilih barang kemas yang padu, tebal dan ringkas rekaannya? Untuk memastikan barang kemas tersebut tahan lasak semasa memakainya.

Barang kemas yang patah, kemek dan sebagainya akan menyebabkan harga jual balik menjadi lebih rendah kerana ia dianggap sebagai emas yang rosak.

Emas Yang Padu Dan Tebal Lebih Kuat Ketahanannya


Oleh itu, pilihlah barang kemas secara bijaksana kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan sekiranya betul caranya.

6 ulasan:

  1. wowww baru tahu info info ni. hehe menarikk. walaupun tak minat gelang emas ke tapi orang kata bagus untuk masa hadapan hehe. thanks for sharing!

    BalasPadam
  2. Kerana barang kemas juga aset. Sama-sama.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Terima kasih info ini. Baru nak start kumpul emas sikit-sikit ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Moga entri ini memberi manfaat kepada puan

      Padam
  4. Skarangkan ade barang kemas berwarna mcm ade salutan sedikit warna merah, puteh , hitam. Kalau jual balik laku ke

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau sekadar diwarnakan sahaja, tiada masalah. Masih laku.

      Padam