Rabu, 22 April 2020

6 Sebab Kenapa Saya Memilih Produk Public Gold

6 Sebab Kenapa Saya Memilih Produk Public Gold

Kenapa saya memilih produk Public Gold? Entri kali ini saya kongsikan 6 sebab kenapa saya membuat keputusan membeli EMAS dan PERAK jenama Public Gold.

Sebab 1: Produk Berkualiti Dengan Harga Berpatutan

Bagaimana ingin menilai harga suatu produk emas yang dijual itu mahal ke tidak (berbaloi dibeli)? Dengan membuat perbandingan antara harga premium dengan harga spot emas ke atas produk emas seberat 10 gram.

Formulanya adalah:

(Harga Jualan RM/g - harga Spot Gold RM/g) / (Harga Spot Gold RM/g) x100

Panduan umum
Jika premium over spot < 5% = sangat berbaloi beli
Jika premium over spot < 10% = berbaloi
Jika premium over spot > 10% = tak berbaloi beli

Sila tekan pautan dibawah untuk keterangan lanjut.

Bagi produk Public Gold yang bersarung kekal. Sijil ketulenan dan emas dibaluti oleh plastik berkualiti tinggi dan bersaiz hanya sebesar kad pengenalan. Lagi menarik, ketebalan emas adalah mengikut ketebalan disarungnya. Ini bererti, emas tersebut tidak bergegar apabila di goyang. Ini dapat melindungi emas dari tercalar dan kemek.


Versi Lama Produk Emas Public Gold. Boleh Digoncang Emasnya
Versi Baru Produk Emas Public Gold. Padat Dan Ketebalan Mengikut Tebal Kad
Sebab 2: Pakej Beli 1 Percuma 3

Hanya di Public Gold. Anda beli emas jenama Public Gold. Anda dapat ilmu emas, bimbingan terus dari Dealer Public Gold serta akaun PG Mall secara percuma tanpa had masa. Menarikkan tawaran yang disertakan.   


Sebab 3: Reputasi Dan Jaminan

Reputasi
Public Gold telah bertapak lebih dari 11 tahun di Malaysia (Bermula tahun 2008) dan telah berkembang ke Indonesia, Singapura dan Brunei.

Sila tekan pautan di bawah untuk maklumat lanjut

Jaminan
Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas tidak kira dalam keadaan kemek, patah dan bengkok. Public Gold juga memberi jaminan bahawa akan membeli kembali emas tanpa had.


Sebab 4: Sistem Harga Yang Tulus Dan Efektif

Harga emas GAP disemak sehari sekali tepat pukul 12.00 tengah malam. Harga perak SAP disemak sehari sekali tepat pukul 12.00 tengah malam. Harga runcit emas (10 gram ke atas) disemak setiap 20 minit sekali. Harga runcit perak (250 gram ke atas) disemak setiap 20 minit sekali.

Ini memberi peluang kepada penyimpan dan pelabur membeli dan menjual emas dan perak mengikut harga semasa, 24 jam sehari.


Sebab 5: Kepelbagaian Platform

Website Public Gold
Untuk membeli Jongkong Emas (0.5 gram, 1 gram, 5 gram, 10 gram, 20 gram, 50 gram, 100 gram, 250 gram dan 1000g) dan Jongkong Perak (100 gram, 250 gram, 500 gram, 1000 gram dan 5000 gram), Dinar (1/2 dinar, 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar) dan Dirham (5 dirham dan 10 dirham).

Website Aurora Italia
Untuk membeli jenis gelang (Bangle dan Bracelet) dan kualiti gelang (Emas, Emas Putih dan Kulit). Untuk membeli pelbagai jenis Hiasan (Charm) dari jenis Emas atau Perak.

Website PG Mall
Untuk membeli pelbagai jenis barangan serta perkhidmatan termasuk barang kemas, syiling (emas dan perak) dan jongkong emas (edisi terhad).


Sebab 6: Kepelbagaian Sumber Pendapatan

Untuk Dealer Sahaja
Sendiri beli emas, sendiri dapat komisen (1-2%). Sendiri jual balik emas, sendiri dapat komisen (1-2%). Orang lain beli emas, kita dapat komisen (1-2%). Orang lain jual balik emas, kita dapat komisen (1-2%).

Sendiri beli gelang, sendiri dapat komisen dua kali ganda (1-2% x2). Orang lain beli gelang, kita dapat komisen dua kali ganda (1-2% x2).

Untuk Pelanggan & Dealer
Sendiri beli barang atau perkhidmatan, sendiri dapat komisen (0.5-2%). Orang lain beli barang atau perkhidmatan, kita dapat komisen (0.5-2%).

Tiada ulasan:

Catat Komen