Kemaskini
pada 05/11/2022
10
Success Attitudes (10 Sikap Orang Berjaya) merujuk kepada 10 sikap atau
personaliti yang wajib ada pada setiap Dealer Public Gold sekiranya ingin
berjaya dalam perniagaan ini.
10
sikap atau personaliti tersebut adalah:
01.
Own Business (It’s My Business)
Terjemahan
Perniagaan
saya
Ulasan
Panduan
ini diwujudkan agar Dealer Public Gold dapat menanamkan sikap memandang bisnes
ini sebagai bisnes sendiri. Bukan bisnes Public Gold, bukan bisnes mentor dan
bukan bisnes orang lain.
Kenapa
penting mempunyai sikap demikian? Supaya timbulnya perasaan cinta ke atas
bisnes ini. Apabila kita mencintai apa yang kita lakukan.
Kita
akan melakukannya dengan sepenuh hati tanpa paksaan demi mempertahankan bisnes
ini. Mencari jalan bagaimana untuk mengembangkan bisnes ini ke tahap yang lebih
tinggi.
Cinta
terhadap bisnes ini akan menghasilkan sikap yang seterusnya iaitu Attitude To
Invest.
02.
Attitude To Invest (To Get a Knowledge/ Experience)
Terjemahan
Sikap
suka melabur dalam diri sendiri
Ulasan
Panduan
ini diwujudkan agar mengalakkan Dealer Public Gold memperuntukkan sedikit wang,
masa dan tenaga untuk dilaburkan ke atas diri sendiri. Ia merangkumi
pengetahuan, kemahiran dan pengalaman.
Pelaburan
terbaik adalah pelaburan ke atas diri sendiri. Memahaminya akan menghasilkan
sikap seterusnya iaitu Attitude To Learn.
03.
Attitude To Learn (Upgrade Yourself)
Terjemahan
Sikap
suka belajar
Ulasan
Panduan
ini diwujudkan agar Dealer Public Gold dapat menanam perasaan suka belajar. Ini
secara langsung memupuk sikap tidak berkira demi mendapatkan ilmu yang sangat
berharga.
Belanjakan
duit untuk mendapatkan bahan bacaan yang berkualiti, menghadiri kelas atau
ceramah. Luangkan sedikit masa dan tenaga untuk mempelajari sesuatu yang baru,
sesuatu yang memberi manfaat kepada diri sendiri dan juga terhadap bisnes.
Ini
akan menghasilkan sikap seterusnya iaitu Focus & Concentrate.
04.
Focus & Concentrate
Terjemahan
Fokus
dan menumpukan perhatian sepenuhnya
Ulasan
Panduan
ini diwujudkan agar Dealer Public Gold dapat memberi sepenuh perhatian terhadap
bisnes yang dijalankan. Buat sehingga berjaya, buat tanpa beralasan. Abaikan
kata-kata yang negatif (tidak membantu). Bunuh ‘biawak’ yang ada.
Bagaimana
caranya untuk kekal fokus? Salah satu kaedah ialah hanya tumpukan satu bisnes
sahaja sehingga berjaya dalam satu masa. Keadaan ini akan menghasilkan sikap seteterusnya
iaitu Persistent & Perseverance.
05.
Persistent & Perseverance
Terjemahan
Berterusan
dan ketabahan
Ulasan
Panduan
ini diwujudkan agar Dealer Public Gold dapat memupuk sikap sentiasa berusaha secara
berterusan tanpa jemu, sentiasa tabah dalam menghadapai seribu rintangan yang
mendatang.
Segala
kesukaran, kesusahan yang dihadapan dalam membangunkan bisnes akan membina
sikap seterusnya iaitu Appreciation & Gratitude.
06.
Appreciation & Gratitude
Terjemahan
Menghargai
dan bersyukur
Ulasan
Panduan
ini diwujudkan agar Dealer Public Gold menghargai erti kesyukuran ke atas
segala rezeki yang diterima sepanjang menjalankan bisnes ini.
Hargai
setiap bantuan yang diterima dari orang lain sama ada secara tidak langsung
atau secara langsung. Bersyukurlah sentiasa tidak kira diwaktu susah atau
senang.
07.
Self-Initiative & Assessment
Terjemahan
Inisiatif
Kendiri dan Penilaian
Ulasan
Panduan
ini diwujudkan agar Dealer Public Gold sentiasa mengambil inisiatif sendiri
dalam bisnes tanpa dipaksa oleh orang lain, tanpa perlu dorongan dari orang
lain.
Bagaimana
hendak lakukannya? Mulakan dengan membuat Pelan Perancangan (Action Plan). Dari
situ kita boleh tahu dengan jelas apa yang perlu dilakukan, apa yang telah
dilakukan dan sebagainya.
Sebuah
perancangan yang baik merangkumi ciri-ciri seperti berikut:
1.
Impian ditulis dengan jelas dan terperinci termasuk tarikh sasaran dan apa
impian tersebut.
2.
Sasaran ditulis dengan jelas dan terperinci termasuk tarikh dan sasaran yang
dikehendaki.
3.
Persediaan dan kelengkapan yang diperlukan (tools) ditulis secara jelas dan
terperinci.
4.
Pelan tindakan ditulis secara terperinci dan jelas.
5.
Buat penilaian terhadap semua pelan yang ada. Kemaskini dan ubahsuai sekiranya
tidak membantu untuk mencapai sasaran asal.
08.
Wisdom
Terjemahan
Kebijaksanaan
Ulasan
Panduan
ini diwujudkan agar Dealer Public Gold sentiasa berusaha untuk menjadi seorang
yang bijaksana agar dapat memberi manfaat kepada masyarakat.
Kebijaksanaan
itu perlu cari. Ia tidak datang dengan sendiri. Jadikan bisnes ini sebagai
alasan untuk belajar dan terus belajar.
09.
Humble
Terjemahan
Rendah
diri
Ulasan
Panduan
ini diwujudkan agar Dealer Public Gold sentiasa merendah hati sepanjang masa.
Belajari adab terlebih dahulu sebelum ilmu. Kita baik orang sayang. Pelanggan
pun suka berurusan dengan kita.
“Ikut Resam Padi. Makin Berisi, Makin Tunduk
Menyembah Bumi”
10.
Love Public Gold
Terjemahan
Cintakan
PG Group
Ulasan
Tidak
guna memiliki ke semua sikap yang ada seperti diatas sekiranya tidak memiliki
minat yang mendalam terhadap bisnes Public Gold. Bagaimana kita hendak berjaya
dalam bisnes sekiranya tiada sikap suka akan apa yang dibuat.
Kenapa
minat itu penting? Kerana minatlah, kita akan berusaha sedaya upaya tanpa jemu.
Tidak akan tergoda bisnes lain yang lebih lumayan. Tidak mudah goyah menghadapi
rintangan dan cabaran. Memiliki semangat yang tinggi untuk membantu masyarakat
luar melalui perniagaan yang dijalankan.
Kembali
Semula
Tiada ulasan:
Catat Ulasan