Rabu, 15 April 2020

(PG1S) Dream Chart

(PG1S) Dream Chart


Dream Chart (Carta Impian) merujuk kepada senarai impian yang ingin dicapai dalam kehidupan. Seperti orang putih cakap, “My Big Why”. Ia disediakan dalam bentuk carta yang mudah untuk difahami.

“Mulakan Dengan Sebuah Impian”

Kenapa penting memiliki impian? Supaya ia boleh jadi pemangkin @ pembakar semangat untuk kita berusaha dengan lebih gigih terutama dalam bisnes emas bersama Public Gold.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil dalam mencapai impian.


Langkah 1: Tetapkan Impian

Perkara pertama yang wajib dilakukan adalah dengan menetapkan impian dengan jelas. Bagaimana? Mudah sahaja. Cuba tanya diri sendiri apakah yang ingin dicapai menggunakan soalan seperti di bawah:

Apakah yang ingin dicapai dalam hidup sekiranya duit dan masa bukan halangan?

Apakah yang ingin dicapai dalam hidup sekitaranya anda hanya ada masa 6 bulan* sahaja untuk hidup?

Nota:
*Tetapkan tarikh akhir anda sendiri (yang realistik) untuk mencapai impian tersebut.

Dengan menggunakan soalan di atas, catatkan sebanyak mungkin impian yang terlintas dalam pemikiran. Kemudian, tapis impian yang telah disenaraikan. 

Gabungkan beberapa impian yang lebih kurang sama menjadi satu impian yang besar. Tinggalkan hanya beberapa impian yang benar-benar penting dan realistik untuk dicapai.

Langkah 2: Tulis Impian

Jangan biarkan impian yang ada terpendam dalam pemikiran sahaja. Keluarkan ia dalam bentuk tulisan. Pastikan impian yang ada dicatat dalam bentuk tulisan dan visual (bergambar) bagi memberi kesan berganda.

Bina carta impian anda sendiri. Kemudian tampal di lokasi yang mudah dilihat setiap hari. Secara tidak langsung, impian tersebut akan tertanam di minda bawah sedar. Segala tindakan kita tanpa sedar akan menuju ke arah impian tersebut.

Pastikan impian yang ditulis dalam ayat yang menggambarkan bahawa impian itu telah berjaya dicapai dalam tempoh yang ditetapkan.

Cara berkesan tulis impian:

1# Visualise (Boleh Dilihat)
2# Senarai Apa Sahaja
3# Duit & Masa Bukan Penghalang
4# Fokus Apa Yang Hendak, Bukan Apa Yang Tidak Hendak
5# Sekarang (Present Tense)

Contohnya:

“Hari ini, 1 Januari 2024, alhamdulillah aku telah pun langsai kesemua hutang negatif membebankan hidup aku sejak 5 tahun yang lalu berjumlah RM200,000. Aku benar-benar rasa tenang sekarang. Sekarang ini, 50% daripada pendapatan aku dapat disimpanan setiap bulan.”

Langkah 3: Tahu Bagaimana Untuk Mencapai Impian

Sediakan perancangan yang terperinci untuk mencapai impian tersebut. Pecahkan impian tersebut ke beberapa bahagian agar ia mudah untuk dicapai. Tetapkan juga tarikh akhir bagi mencapai impian tersebut.

Contohnya:

Impian: Menunaikan Haji Dan Umrah
(Sekiranya ingin menunaikan haji bersama Tabung Haji)

Langkah 1:
Buka Akaun Tabung Haji (TH)

Langkah 2:
Daftar Haji (Minimum RM 1,300 sama ada melalui simpanan tunai atau akaun KWSP)

Langkah 3:
Simpan duit dalam akaun Tabung Haji (TH) sekurang-kurangnya RM 12,000* seorang.

*Bergantung dengan harga semasa

Langkah 4:
Buat rayuan secara berterusan dengan Tabung Haji untuk mempercepatkan giliran.


Langkah 4: Laksanakan Mengikut Apa Yang Di Rancang

Laksanakan semua rancangan dengan penuh displin dan berterusan (konsisten) mengikut masa yang ditetapkan. 

Nilai kembali serta tambah baik rancangan sedia ada sekiranya rancangan asal gagal mencapai matlamat yang dikehendaki, tanpa menjejaskan matlamat utama.

            “Impian Yang Besar Mampu Dicapai Dengan Gabungan Beberapa Impian Kecil”

Entri Berkaitan:

Semoga penjelasan ringkas yang diberi dapat membantu anda membina impian yang diingini. Pengembaraan tanpa destinasi akan menyebabkan kita mudah tersesat. Oleh itu, memiliki matlamat yang jelas (impian) amat penting bagi memastikan kejayaan dapat dicapai.

“Impian Yang Besar, Perlu Pengorbanan Yang Besar”

Senarai Semak:

1. Bina 100 Impian (My Bucket List)
2. Pecahkan Impian Mengikut Kategori
3. Pilih Beberapa Impian Mengikut Kategori
4. Bina Carta Impian (Dream Chart)
5. Senaraikan Langkah Yang Perlu Diambil Untuk Capai Impian Tersebut
6. Laksanakan Mengikut Rancangan.
7. Semak Dan Kemaskini Rancangan (Bila Memerlukan) Tanpa Menjejaskan Impian Asal

Kembali Semula

Tiada ulasan:

Catat Komen