Isnin, 13 April 2020

4 Cara Memanfaatkan Emas Bagi Peniaga

4 Cara Memanfaatkan Emas Bagi Peniaga

Di sini saya ingin kongsikan beberapa panduan bagaimana anda boleh memanfaatkan emas untuk pelbagai tujuan sebagai seorang peniaga tidak kira secara atas talian (online) atau tidak (offline).

1# Sebagai Modal Pusingan Perniagaan

Apabila anda ada emas ditangan, anda boleh dijadikan ia sebagai modal pusingan perniagaan dengan cara mencagarkan ia dimana-mana Ar-rahnu untuk mendapatkan tunai segera dengan cara yang mudah.

Dengan tunai yang ada, anda boleh gunakan dalam aktiviti perniagaan untuk menjana keuntungan. Melalui keuntungan yang diperolehi, anda boleh menebus kembali emas yang dicagar.

Anda juga boleh menukar sedikit keuntungan perniagaan yang ada dalam bentuk emas. Dengan cara ini, anda mampu mengumpul aset sedikit demi sedikit, sambil menjadikan sebagai modal pusingan apabila memerlukan. Dan yang paling penting, modal pusingan yang ada dapat dipertahankan dan diperkembangkan seiring dengan masa.

2# Sebagai Dana Kecemasan

Selain dari dijadikan modal pusingan perniagaan, emas juga boleh dijadikan sebagai dana kecemasan. Tidak seperti modal pusingan perniagaan yang hanya fokus untuk memastikan perniagaan sedia ada berjalan dengan lancar.

Fungsi dana kecemasan adalah untuk digunakan semasa berlaku pekara yang tidak dijangka (diluar kawalan) yang menyebabkan perniagaan sedia ada terjejas (kerugian) atau terpaksa ditutup sementara waktu (wabak, banjir dan sebagainya).

Dengan emas yang ada, anda boleh dapatkan tunai dengan kadar segera bagi membantu membaiki semula perniagaan yang terjejas atau membantu menampung kos sara hidup sementara menunggu keadaan kembali pulih bagi membolehkan perniagaan yang ada dibuka semula.  

3# Menambah Keberkatan Melalui Zakat

Apabila simpanan emas anda cukup 85 gram (termasuk dalam cagaran) dan cukup syarat untuk bayar zakat, maka zakat yang dikeluarkan menambah keberkatan dalam perniagaan anda serta pada masa yang sama dapat mengurangkan cukai perniagaan.

4# Harta Warisan

Emas adalah aset yang mudah diwariskan kerana ia tidak terikat pada sistem. Anda boleh mewariskan emas yang ada kepada waris yang layak dalam masa yang singkat. Ini boleh membantu waris anda membina perniagaan baru atau menjaga perniagaan yang sedia ada.


Yang menulis,

Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold


Youtube Channel:
4 Cara Memanfaatkan Emas Bagi Peniaga

Tiada ulasan:

Catat Komen