Jumaat, 17 April 2020

(PG1S) 8 Golden Steps

Kemaskini pada 03/08/2023


(PG1S) 8 Golden Steps


8 Golden Steps (8 Langkah Penting) merujuk kepada 8 pekara yang wajib dilaksanakan oleh Dealer Public Gold bagi memastikan bisnes yang dijalankan dapat berkembang dengan baik dan harmoni.

8 pekara tersebut adalah:


1# STP 7 Times A Week

Terjemahan
Tunjukkan Perancangan, Produk & Platform Public Gold 7 Kali Seminggu.

Ulasan
Panduan ini diwujudkan untuk mengalakkan Dealer Public Gold berkongsi pengetahuan melalui media sosial atas talian (online) atau secara berhadapan (offline) sekurang-kurangnya 7 kali seminggu.

Apakah yang ingin dikongsi? Ia merangkumi 3 pekara iaitu:

Pekara 1: Tunjuk Perancang (Show The Plan)
Kongsikan segala maklumat berkaitan pelaburan komoditi (emas dan perak) merangkumi ilmu asas, kepentingan dan sebagainya.

Pekara 2: Tunjuk Produk (Show The Product)
Kongsikan segala maklumat berkaitan produk Public Gold yang merangkumi jongkong, dinar, dirham, barang kemas dan barang jualan di PG Mall.

Pekara 3: Tunjuk Pelantar (Show The Platform)
Kongsikan segala maklumat di Platform Public Gold seperti:


Yang merangkumi seminar atas talian (FB Live), promosi dan sebagainya.

Pekara 4: Tunjuk Orang (Show The People)
Kongsikan organisasi berkaitan dengan Public Gold atau individu yang berjaya dalam pelaburan emas bersama Public Gold.
 
Contohnya seperti berikut:
 
Organisasi
Pos Ar Rahnu, Tekun Nasional dan sebagainya yang menjadi rakan kongsi strategik bersama Public Gold.

Rakan Kongsi Strategik Public Gold

Orang
Pakar Kewangan, Professional, orang berpengaruh dan sebagainya yang menjadi pelanggan Public Gold. 


2# Personal Invest

Terjemahan
Pelaburan Ke Atas Diri Sendiri

Ulasan
Panduan ini diwujudkan untuk menggalakkan Dealer Public membuat pelaburan terhadap diri sendiri meliputi wang ringgit dan masa

Ia merangkumi dua jenis pelaburan iaitu:

Pelaburan Ke Atas Diri Sendiri
Beli buku, hadiri ke seminar, Ambil kursus jangka pendek dan sebagainya yang boleh membantu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran sedia ada.

Pelaburan Ke Atas Perniagaan Sendiri
Beli kelengkapan perniagaan, sediakan peralatan bantuan perniagaan dan sebagainya bagi membantu meningkatkan jualan dalam perniagaan.

Berikut adalah senarai peralatan (tool) yang perlu ada bagi memudahkan urusan perniagaan.
1. Pamplet
2. Kad Nama (Fizikal dan Maya)
3. Laptop / Komputer
4. Produk Emas, Perak dan Barang Kemas
5. Pakej Internet
6. Telefor Pintar
7. Software (Aplikasi)
8. Kamera
9. Lampu (Untuk Buat Video)
10. Microfon


3# Own Use & Own Experience
 
Terjemahan
Dapatkan Pengalaman Sendiri
 
Ulasan
Panduan ini diwujudkan bagi mengalakkan dealer mendapat pengalaman peribadi dalam uruniaga dengan Public Gold supaya mudah untuk memberi penerangan kepada pelanggan berkaitan pelbagai isu yang berbangkit dikemudian hari.
 
Bercerita kepada pelanggan berdasarkan pengalaman dari lebih memberi kesan yang positif berbanding sekadar memberi maklumat sahaja.
 

4# Develop Customers Base (1,000 FL)
 
Terjemahan
Bina Senarai Pelanggan
 
Ulasan
Panduan ini diwujudkan untuk memaklumkan Dealer Public Gold supaya memberi fokus sepenuh perhatian dalam 0membina pelanggan di bawah rangkaian sendiri.
 
Bagaimana membinanya? Dengan melakukan 5 Asas (5 Basic) dalam mencari pelanggan yang berminat membeli emas Jenama Public Gold.   
 
Berikut adalah contoh sasaran yang wajib dicapai oleh Dealer Public Gold:
 
Matlamat Utama
150 orang pelanggan (Priority Dealer)
300 orang pelanggan (Master Dealer)
500 orang pelanggan (Founder Master Dealer)
1000 orang pelanggan (Memiliki pendapatan pasif sehingga 4 angka yang stabil)
 
Matlamat Tambahan
100 orang pelanggan baru dalam tempoh setahun
365 orang pelanggan baru dalam tempoh setahun
 
Entri Berkaitan:
Anugerah Public Gold
                         
Ciri-Ciri Pelanggan Yang Di Cari
1. Pelanggan yang tidak mampu menabung atau tidak dapat menabung secara konsisten.
2. Pelanggan yang mampu menabung secara konsisten tetapi tidak menyimpan emas.
3. Pelanggan yang kaya raya (orang kaya) tetapi tidak menyimpan emas.
 
Jenis Pelanggan Yang Kita Inginkan
1. Pelanggan yang berdikari (merdeka). Mampu berurusniaga sendiri dengan Public Gold tanpa atau dengan bimbingan dari Dealer Public Gold (Introducer).
2. Pelanggan yang memiliki minat mendalam terhadap emas (obsesi menabung emas).


5# Read 20 Minutes Daily

Terjemahan
Membaca Sekurang-kurangnya 20 Minit Setiap Hari

Ulasan
Panduan ini diwujudkan untuk mengalakkan Dealer Public Gold meluangkan sedikit masa untuk membaca setiap hari bagi membantu menambahkan pengetahuan dan kemahiran. Digalakkan memilih bahan bacaan yang membantu meningkatkan lagi potensi perniagaan seperti ilmu komunikasi, pemasaran, psikologi dan sebagainya.

Bagaimana ingin memupuk tabiat membaca? Berikut adalah tips dan panduan yang boleh diamalkan.

Langkah 1
Tetapkan waktu khas (time block) bagi tujuan pembacaan semata-mata. Kenalpasti waktu paling sesuai untuk membaca.

Langkah 2
Tetapkan bahan bacaan apa yang ingin dibaca. Sebaik-baiknya berkaitan dengan kemahiran yang diperlukan dalam bisnes. Pilih bahan bacaan yang mudah difahami dan menyeronokkan untuk dibaca.

Langkah 3
Sediakan ruang khas untuk letak semua bahan bacaan yang ada. Pastikan ia dalam tersusun dan mudah untuk dicapai. 

Langkah 4 
Sentiasa membawa bahan bacaan bersama supaya kita boleh membaca ketika berkelapangan (semasa menunggu giliran).

Pupuk tabiat membaca. Ketahuilah ia akan membawa kesan yang besar pada diri sendiri dimasa hadapan.

“Not All Reader Are Leaders, But All Leaders Are Reader”

Entri Berkaitan:


6# Attend All Functions

Terjemahan
Hadiri semua acara yang di anjurkan oleh Public Gold

Ulasan
Panduan ini diwujudkan untuk mengalakkan Dealer Public Gold menyertai semua acara yang dianjurkan oleh Public Gold. Pujangga mengatakan, tak kenal maka tidak cintakan.

Dengan menghadiri semua acara, ia dapat menanamkan semangat kekitaan dan rasa cinta kepada bisnes ini. Ia juga membantu Dealer Public Gold mempelajari ilmu baru bagi membantu memantapkan lagi kemahiran dan pengetahuan sedia ada agar dapat membantu memperkembangkan perniagaan ini.

Berikut adalah acara yang dianjurkan oleh Public Gold sepanjang tahun.

Award Recognition Night (ARN)
Majlis makan malam sempenan meraikan kejayaan Dealer Public Gold. Ia boleh menjadi sumber inspirasi dan dapat melihat masa depan dengan PG Group (Public Gold).

Entri Berkaitan

Branch Weekling Meeting (Seminar Emas)
Seminar berkaitan pengkongsian ilmu tentang kewangan, emas dan perak. Pengenalan terhadap produk Public Gold dan Pendedahan terhadap peluang perniagaan bersama Public Gold.

Entri Berkaitan

Public Gold Golden Tour (PGGT)
Pakej lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang. Disini, peserta dapat mengunjung lokasi menarik sekitar Pulau Pinang termasuk melawat Pejabat Induk Public Gold, Tempat Peti Simpanan, Muzium Emas dan sebagainya. Ia membantu membina keyakinan terhadap Public Gold.

Seminar Emas Tahunan
Seminar tahunan yang dianjurkan oleh Public Gold dengan menjemput penceramah luar yang memiliki kepakaran dalam bidang kewangan dan pelaburan emas.

Entri Berkaitan


7# Consult Upline (Monthly)

Terjemahan
Berunding dengan Mentor sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Ulasan
Panduan ini diwujudkan bagi menggalakkan Dealer Public Gold berhubung dengan Mentor (Upline) sekurang-kurangnya sekali dalam masa sebulan. Mentor adalah Founder Master Dealer (FMD) yang aktif dan mengikuti PG1S. Boleh semak di biodata untuk mengetahui siapakah FMD anda.

Dengan cara ini, mentor dapat membantu memberi nasihat dan cadangan kepada Dealer apa yang perlu dilakukan bagi meningkatkan lagi prestasi dalam perniagaan ini.

Bagaimana Mentor membantu dalam bisnes ini? Dengan melihat Pelan Tindakan (Action Plan) yang disediakan oleh kita. Mentor boleh melihat perkembangan bisnes kita melalui tindakan yang belum atau telah dilakukan selama ini dan memberi cadangan yang bersesuaian.


8# Communication (Daily)

Terjemahan
Komunikasi setiap hari bersama pelanggan (Frontline) dan Dealer (Upline)

Ulasan
Panduan ini diwujudkan bagi menggalakkan Dealer Public Gold sentiasa berkomunikasi dengan pelanggan sedia ada dan Dealer di atas kita (upline).

Komunikasi yang berkesan akan membantu meningkatkan kepercayaan pelanggan kepada kita. Kepercayaan yang diberi secara tidak langsung membantu perkembangan perniagaan kita.

Sebagai contoh, apabila pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Pelanggan tersebut tidak ragu-ragu mencadangkan nama kita kepada kenalan lain yang berminat membeli emas. Ini yang dinamakan ‘Referral Market’.

Sebarang persoalan, pertanyaan dan bantuan akan lebih mudah dibincang dengan Dealer kita apabila hubungan mesra terjalin.

Kembali Semula

Tiada ulasan:

Catat Ulasan