Khamis, 23 April 2020

5 Langkah Mudah Membina Blog

5 Langkah Mudah Membina Blog


Teknik SEO (Search Engine Optimisation) adalah salah satu kaedah untuk mendapatkan prospek melalui enjin pencarian seperti Google, Yahoo dan sebagainya. Untuk menggunakan teknik ini, kita perlu membina blog.

“Membina Blog Ibarat Membina Kedai. Pastikan Kedai Dibina Terlebih Dahulu Sebelum Mula Menjual”

Berikut adalah lima langkah mudah membina blog.  

Langkah 1: Tetapkan Domain Anda

Pekara pertama yang perlu dilakukan adalah mengenalpasti nama domain anda. Apakah itu domain? Domain ialah alamat URL blog anda. Berikut adalah tips dan panduan dalam memilih nama domain anda.

Tips 1: Pastikan nama domain ringkas, mudah disebut dan mudah diingati.

Contoh:
www.google.com

Tips 2: Pastikan tiada jarak antara dua perkataan sekiranya nama domain anda mengandungi dua perkataan.

Contoh:
www.hidupringkas.com

Tips 3: Pastikan nama domain TIDAK mengandungi gabungan antara huruf dan nombor

Contoh:
www.mdfaiez84.com

Tips 4: Pastikan nama domain mempunyai makna yang tersendiri atau berkaitan dengan bisnes yang dijalankan

Contoh:
www.jutawanemas.com

Tips 5: Jadikan nama anda sebagai nama domain (untuk penjenamaan diri sendiri)

Contoh:
www.mohdzulkifli.com

Ambil sedikit masa anda untuk memikirkan nama yang sesuai. Kita ingin menggunakan nama domain ini untuk jangka masa yang panjang.

Langkah 2: Tentukan Topik Utama Blog Anda

Menentukan topik utama (niche) dalam blog adalah penting supaya setiap kandungan (content) yang dimasukkan selari dengan topik yang telah ditetapkan. 

Ia memberi gambaran asas kepada pembaca tentang kandungan yang ada dalam sesebuah blog. Kita tidak mahu terjadinya fenomena lain tajuk lain kandungan ditulisnya kan. Ibarat seperti ingin menipu pembaca semata-mata untuk menarik perhatian.

Tips dan panduan menentukan topik yang sesuai.

1# Pilih berdasarkan minat atau bisnes yang dilakukan

Contoh:
Pelaburan Emas (bagi Dealer Public Gold)
Pelancongan (bagi kaki jalan)

2# Hadkan kepada hanya tiga topik utama sahaja (maksimum) supaya lebih fokus.

Contoh:
Pelaburan Emas & Perak, Tips Kewangan dan Pengembaraanku (kombinasi antara bisnes dan hobi)

Langkah 3: Pilih Blogging Platform Anda

Terdapat dua Blogging Platform utama yang boleh dipilih iaitu Blogspot dan WordPress. Terpulang kepada anda hendak guna yang mana satu.

Hanya dikatakan WordPress memiliki beberapa kelebihan berbanding dengan Blogspot. Salah satu kelebihan WordPress adalah ia boleh menggunakan ‘Gadget’ dan ‘Theme’ dari sumber luar.

Kelemahan menggunakan sumber luaran adalah tiada jaminan bahawa ia sesuai digunakan oleh blog. Ia boleh merosakkan blog.

Langkah 4: Pilih ‘Hosting’ Yang Bersesuai

Mana menjadi pilihan, blog percuma ke atau yang berbayar? Sekiranya anda serius membina reputasi, pengaruh (autoriti) dan jenama, anda perlu blog berbayar.

Apa itu Hosting? Hosting adalah di mana blog anda disimpan (Server). Dengan mendaftar domain. Anda akan dapat dotcom pilihan anda sendiri. Hebat bukan.

Dalam kes saya, saya menggunakan host NetKL. Harganya agak berpatutan.

Pilih domain yang berakhir dengan .com supaya ia lebih universal.

Langkah 5: Pilih Tema Yang Bersesuaian

Pilih tema yang bersesuaian. Pastikan tema yang digunakan mesra SEO (Search Engine Optimisation) dan pengguna.

Pilih tema yang menggunakan tulis berwarna hitam serta berlatarbelakang warna putih atau cerah. Ini akan memudahkan pengunjung membaca tanpa sakit mata dibuatnya.

Mudahkan membina blog. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Komen