Selasa, 21 April 2020

Action Plan (Pelan Tindakan)

Kemaskini pada 22/04/2020
Action Plan (Pelan Tindakan)

Salah satu pekara terawal yang perlu dilakukan oleh Dealer Public Gold adalah dengan menyediakan Pelan Tindakan (Action Plan) khas untuk bisnes Public Gold. Tujuan pelan tindakan ini adalah untuk merekodkan segala tindakan yang perlu diambil untuk memastikan bisnes ini berjalan dan berkembang.

Berikut adalah isi kandung yang perlu ada dalam pelan tandakan. 

Bahagian 1: Impian Hidup

Tuliskan impian hidup (matlamat yang ingin dicapai) secara jelas dan terperinci umpama anda telah pun mencapainya. Dengan anggapan masa dan duit bukan halangan.

Contohnya:

1# Menjadi Ibubapa sepenuh masa yang ada pendapatan pasif berjumlah RM 4,000 menjelang tahun 2024.
2# Menjelang tahun 2024, saya dan isteri selamat menunaikan haji dan umrah.

(Tulis apa sahaja yang impian yang ada)

Entri Berkaitan:


Bahagian 2: Misi @ Matlamat Dalam Public Gold

Tuliskam matlamat yang ingin dicapai dalam Public Gold secara jelas dan terperinci supaya mudah untuk dinilai.

Contohnya:

Membina pelanggan yang merdeka (pelanggan yang faham tentang emas, boleh berjual beli dengan Public Gold)

Sasaran 1# 100 Frontlines
Tarikh: 31 Disember 2020

Sasaran 2# 250 Frontlines
Tarikh: 31 Disember 2021

Sasaran 3# 365 Frontlines
Tarikh: 31 Disember 2022
Naik taraf dari Normal Dealer ke Priority Dealer

Sasaran 4# 500 Frontlines
Tarikh: 31 Disember 2023
Naik taraf dari Priority Dealer ke Master Dealer

Sasaran 5# 1000 Frontlines
Tarikh: 31 Disember 2024

(Tentukan tarikh untuk mencapai sasaran ini)


Bahagian 3: Pelan Tindakan
Tuliskan segala tindakan yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat

Contohnya:

Persediaan (Tools)

1. Buat Kad Nama (Namecard) dalam bentuk fizikal dan maya.
2. Sediakan Produk Emas dan Perak (Letak dalam satu bekas khas). Bawa sekurang-kurangnya sekeping emas seberat 5 gram atau 1 dinar di dalam dompet (untuk dibawa selalu).
3. Sediakan nota emas dalam bentuk eBook untuk diberi kepada prospek secara percuma.
4. Buka akaun media sosial (sekiranya tiada akaun) seperti Facebook, Instagram, Linkedin, Twitter dan sebagainya. Sekiranya sudah ada, buat penjenamaan semula. Buang post yang negatif. Guna nama dan gambar sendiri. Letak maklumat penting seperti nombor telefon, alamat e-mel, alamat sesawang (blog) dan sebagainya (jangan kongsi maklumat sulit). Buang gambar yang tidak perlu.

Entri Berkaitan:

5. Sediakan Pamplet
6. Bina Blog. Guna host (Server) berbayar.
7. Tekan butang ‘Follow’ Di Facebook Rasmi Public Gold dan Kumpulan Khas untuk Dealer.
8. Sediakan skrip (bergantung keperluan)

Persediaan (Ilmu dan Kemahiran)

1. Menghadiri PG Golden Tour (PGGT)
2. Menghadiri Branch Weekly Meeting (Seminar Emas) Public Gold
3. Beli dan baca buku tentang emas, pemasaran, psikologi dan sebagainya (bergantung kepada keperluan)
4. Menonton video yang bermanfaat (motivasi, kewangan, pemasarab dan sebagainya)

Tindakan
1. Kongsikan ilmu tentang emas, kehidupan dan kewangan melalui media sosial sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
2. Penuhkan senarai rakan di Facebook dan Linkedin.
3. Tegur setiap rakan yang ada dalam Facebook dan Linkedin.
4. Muat naik entri dalam blog sekurang-kurangnya 4 kali sebulan
5. Buat dan muat naik video ke dalam Youtube sekurang-kurangnya 1 kali sebulan

(Tulis apa sahaja yang difikirkan perlu untuk capai matlamat)


Bahagian 4: Pencapaian
Tuliskan setiap pencapaian mengikut format seperti dibawah:

Pelanggan Baru (Frontline)

Tahun:

Tarikh
Jan
Feb
Mac
Apr
Mei
Jun
Jul
Aug
Sep
Oct
Nov
Dec
Bilangan














Jumlah Pelanggan:
Jumlah Dealer:

Insentif

Tahun:
Bulan
Insentif (RM)
Bulan
Insentif (RM)
Jan

Julai

Feb

Ogos

Mac

Sept

Apr

Okt

Mei

Nov

Jun

Dec


Insentif Tertinggi: RM


Bahagian 5: Cabaran
Untuk dibincangkan dengan mentor dalam sesi satu per satu (one-to-one session)

Contohnya:
1. Masalah menyediakan konten (entri) yang berkualiti dalam media sosial.
2. Tidak reti menyediakan maklumat dalam bentuk grafik.

(Tulis apa sahaja cabaran yang dihadapi semasa melakukan bisnes ini)

Tips Tambahan:
1. Segala matlamat yang telah tercapai perlu dikeluarkan dari senarai.
2. Tambah senarai matlamat baru setelah matlamat lama tercapai.
3. Pelan Tindakan di atas hanyalah sebagai contoh sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Komen