Kemaskini
pada 05/11/2022
3 Power
(3 Kuasa) merujuk kepada 3 elemen kehebatan kuasa tindakan yang perlu diamalkan
oleh Dealer Public Gold sepanjang masa. Ia akan mempercepatkan proses perkembangan
bisnes (booster)
3
elemen tersebut adalah:
1# Power Of Good Words
Terjemahan
Kekuatan Kata-Kata Baik
Ulasan
Panduan ini diwujudkan bagi menggalakkan
Dealer Public Gold sentiasa berkongsi sesuatu yang baik, bercakap sesuatu yang
baik serta menulis sesuatu yang baik. Ini secara langsung akan meningkatkan
reputasi diri dimata orang lain.
Bagaimana ingin mengamalkannya
tabiat tersebut?
1. Pastikan semua perkongsian di
media sosial yang bersifat negatif dibuang.
2. Pastikan hanya pekara yang baik
dan bermanfaat sahaja dikongsi di media sosial
3. Berdiam diri sahaja sekiranya
tiada pekara baik yang ingin dikongsi
4. Jangan terlibat dengan berbahasan
yang sia-sia dan tidak bermanfaat
5. Kawal apa yang ingin dimasuk ke
dalam minda melalui perlihatan dan pendengaran. Banyakkan masuk pekara yang
positif bagi mengatasi pekara negatif yang masuk.
Ingatlah, orang pertama yang
mendengar apa yang kita ucapkan adalah diri sendiri. Amalkan, anda pasti akan
terkejut dengan hasilnya. Kekuatan sebuah kata-kata yang baik.
2# Power Of Faith & Believe
Terjemahan
Kekuatan Yakin & Percaya
Ulasan
Panduan ini diwujudkan bagi
menggalakkan Dealer Public Gold menjadi seorang yang boleh dipercayai dan
diyakini oleh bakal pelanggan (prospek) atau pelanggan sedia ada.
Bagaimana cara membina kepercayaan
orang lain kepada kita?
1# Menjadi seorang pendengar yang
baik
2# Menjadi seorang penasihat yang
baik
3# Menjadi seorang kawan yang baik
Dealer Public Gold juga perlu percaya
dan yakin terhadap potensi cerah yang ada dalam bisnes ini. Kita perlu yakin
dan percaya terlebih terdahulu sebelum boleh meyakinkan orang lain.
3# Power Of Unity
Terjemahan
Kekuatan Perpaduan
Ulasan
Panduan ini diwujudkan bagi
menggalakkan Dealer Public Gold bekerjasama antara satu sama sebagai sebuah
keluarga yang besar. Bersama kita mampu berkongsi idea, mencari jalan
penyelesaian bersama, membantu di kala memerlukan dan sebagainya.
Kuasa penyatuan tidak terhad antara Dealer
dibawa rangkaian yang sama. Bahkan ia melibatkan di bawah rangkaian sendiri.
“If You Want To Walk Fast,
Walk Alone. But If You Want To Walk Far, Walk Together” - Africa Proverb
Kembali
Semula
Tiada ulasan:
Catat Ulasan