Isnin, 18 November 2019

Seminar Autonomi Emas Dalam Ekonomi 2019

Seminar Autonomi Emas Dalam Ekonomi 2019

Lokasi:
Seminar Autonomi Emas Dalam Ekonomi 2019

Alamat:
Bangunan Lembaga Urusan Tabung Haji
1st Floor, Grand Ballroom TH,
Jalan Tun Razak, 50450 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
9.00 pagi - 1.30 petang (16 November 2019)

Harga Tiket:
RM 20

Tarikh Lawatan:
16 November 2019

Pagi ini saya berpeluang menghadiri seminar emas untuk tahun 2019 anjuran Public Gold. Ini adalah kali pertama Public Gold menganjurkan seminar di Menara Tabung Haji, tidak seperti tahun sebelumnya iaitu di TH (Tabung Haji) Hotel, Kelana Jaya.
                     
Berikut adalah ringkasan tentatif program seminar untuk tahun ini:

0800 - 0900:
Kedatangan peserta program
0900 - 1330:
Pendaftaran Peserta Untuk Cabutan Bertuah
Kata-Kata Aluan Pengasas Public Gold
Ceramah 1: Autonomi Emas Dalam Ekonomi
Ceramah 2: Is There A Role For Gold In The Economy
Perkongsian Ilmu & Pengalaman
Sesi pemberian cenderamata kepada penceramah
Sesi Cabutan Bertuah
Sesi Bergambar
1330:
Bersurai

Sedikit perkongsian daripada tuan Azizi Ali:

1# Kelebihan Emas
Emas berdiri sendiri, kalis inflasi dan diterima diseluruh dunia.

2# Kekurangan Emas
Tiada Pendapatan, Ada kos simpanan, boleh hilang atau dicuri dan boleh ditipu semasa jual beli

3# Cara Mempelbagaikan Pelaburan
Melalui pemilikan Hartanah, Unit Amanah, Saham, Tunai, Simpanan Luar Negara (Offshore) Emas & Perak.

4# Tips Menyimpan Emas Gaya Azizi Ali
- Simpan emas sebagai insuran kewangan.
- Bermula 1 gram 1 bulan.
- Tambahkan pelaburan secepat mungkin untuk bersara awal.
- Jangan pelbagaikan pelaburan terlalu banyak, hadkan dalam 2 hingga 5 sahaja.
- Apabila sudah jumpa tempat pelaburan yang sesuai, labur banyak-banyak supaya cepat kaya. 
- Jangan sesekali meminjam untuk melabur kecuali hartanah.
- Alih 10% kekayaan dalam bentuk emas.
- Tambah simpanan emas ketika ekonomi tidak stabil.
- Tambah ilmu @ baca buku tentang pelaburan sebelum memulakan sebarang pelaburan.

16/11/2019: Penceramah Jemputan Tahun Ini
16/11/2019:  Lewat Sikit Sampai Hari Ini
16/11/2019: Ruang Legar
16/11/2019: ‘Doorgift’ Hari Ini
16/11/2019: Tahun Kedua Saya Hadiri Seminar Tahunan Public Gold
16/11/2019:  Cuci Mata Lihat Barang Kemas Sebelum Masuk Dewan
16/11/2019: Bersama Rakan Seperjuangan
16/11/2019: Pembukaan Majlis Dengan Ucapan Dari Dato’ Wira
16/11/2019: Kali Pertama Dengar Ceramah Tuan Azizi Ali Secara ‘Live’
16/11/2019: Tips Menyimpan Emas Dari Tuan Azizi Ali
16/11/2019: Dari Penceramah Kedua
16/11/2019: Perkongsian Ringkas Dari Encik Syukor
16/11/2019: Upacara Pemberian Sakuhati Kepada Penceramah
16/11/2019: Sayang Tak Dapat Bergambar Bersama-Sama
16/11/2019: Selamat Tinggal Tabung Haji



Tamat sudah seminar tahun ini. Tahun depan kalau ada rezeki kita datang lagi. Secara keseluruhannya amat berbaloi menghadiri seminar ini terutama harga tiket yang amat murah berbanding dengan ilmu yang disampaikan.

Sedikit terkilan apabila terpaksa berangkat pulang sejam lebih awal daripada waktu yang ditetapkan atas sebab menunaikan ‘tanggungjawab kepada negara’.


Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan