Khamis, 28 November 2019

Tips Berjimat Gaya Saya

Tips Berjimat Gaya Saya

Artikel kali ini saya ingin kongsikan tips dan panduan untuk berjimat ketika membeli barangan dan perkhidmatan yang diperlukan (keperluan bukan kehendak ya) yang telah saya amalkan sehingga kini (pada masa entri ini ditulis).

1# Bayar Bil Utiliti & Tambah Nilai (Topup) Telefon

Langkah 1:
Bina tabiat yang dapat membantu anda berjimat seperti tutup lampu dan air apabila tidak menggunakkannya. Baiki sebarang kerosakan yang ada seperti kebocoran paip. Ini secara langsung akan menjimatkan bil bulanan yang ada.

Langkah 2:
Cari jalan menjimatkan duit ketika membayar bil utiliti atau tambah nilai kredit. Dalam kes saya, dengan menjadi ejen topup. Saya bukan sekadar dapat menjimatkan masa ketika membayar bil utiliti, malahan saya juga dapat menjimatkan duit semasa tambah nilai kredit (topup) telefon. Lagi menarik, saya boleh menjana pendapatan tambahan dengan membantu orang lain membayar bil atau tambah nilai (topup).

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut? Sila tekan pautan dibawah.

Apabila Kemudahan Pembayaran Di Hujung Jari
2# Isi Minyak Kenderaan (Motosikal & Kereta)

Langkah 1:
Pilih jenama petrol yang anda ingini. Pastikan jenama tersebut menyediakan kemudahan untuk menjadi ahli secara percuma. Saya memilih Petronas semasa ingin mengisi minyak petrol.

Langkah 2:
Buat kad keahlian seperti kad Mesra (Petronas), kad Bonus Link (Shell) dan lain-lain. Setiap kali ingin mengisi minyak, saya akan menggunakan kad Mesra untuk mengumpul mata ganjaran. Setiap satu liter minyak, saya akan memperolehi tiga mata ganjaran (bersamaan dengan 3 sen). Mata ganjaran yang terkumpul bukan sahaja boleh diguna untuk membeli minyak petrol, Bahkan boleh membeli barang di kedai Mesra.

Ingin penjimatan lebih? Guna kad kredit semasa membeli minyak. Anda dapat dua jenis mata ganjaran yang berbeza bagi penggunaan kad kredit serta kad mesra.

Tahukah anda? Dengan setiap pembelian minyak petrol pada hari jumaat dan sabtu menggunakan kad kredit Maybank Islamic. Anda akan memperolehi ganjaran berupa Pulangan Tunai (Cash Back) sebanyak 5% dari jumlah pembelian dan akan dikreditkan terus ke penyata kad kredit pada setiap hujung bulan. Kuranglah sikit hutang kad kredit. Siapa nak bagi kan.

Kombinasi Yang Menguntungkan
3# Belanja Dapur

Bagaimana nak jimatkan perbelanjaan dapur pada masa kini? Salah satu cara yang saya amalkan ialah dengan membeli barang keperluan secara atas talian di PG Mall. Bukan sahaja saya dapat menjimatkan masa dan kos, bahkan saya dapat membeli barangan dengan harga diskaun.

Ingin mengetahui bagaimana caranya? Sila tekan pautan dibawah untuk maklumat lanjut.

Nak beli secara ‘Percuma’ di PG Mall? Tekan pautan dibawah untuk mengetahui caranya.

Tekan Sshaja, Barang Sampai Depan Pintu

4# Perbelanjaan Harian

Tips ini khas bagi pengguna kad kredit sahaja. Sekarang kebanyakkan barang dan perkhidmatan yang saya beli menggunakan kad kredit. Selagi ada kemudahan kad kredit untuk pembayaran, selagi itu saya tidak menggunakan wang tunai.

Tapi ingat, kad kredit ini boleh diibaratkan seperti sebilah pedang. Ia boleh melindungi dan mencederakan diri sendiri dari sudut kewangan sekiranya tidak memiliki displin yang mantap ketika menggunakannya. Berikut saya kongsikan apa yang perlu diketahui tentang kad kredit.

Kelebihan:
- Tidak perlu membawa tunai yang banyak ketika berbelanja
- Selamat dan mudah digunakan
- Dapat ganjaran seperti pulangan tunai dan mata ganjaran (boleh digunakan untuk mendapatkan barang terpilih secara percuma)
- Boleh digunakan ketika wang tunai tidak mencukupi
- Boleh melihat rekod pembelanjaan secara terperinci

Keburukan:
- Mengalami kesukaran untuk mengawal pembelanjaan.
- Boleh menjerutkan diri dalam perangkap hutang sekiranya tidak berhati-hati.
- Boleh disalahguna oleh orang lain sekiranya tidak berhati-hati.

Tips Menggunakan Kad Kredit
- Hadkan pembelian. Beli yang perlu sahaja.
- Pastikan penggunaan kad kredit sebagai alternatif pembayaran menggantikan tunai yang dimiliki.
- Sentiasa membuat pembayaran secara penuh bagi mengelakkan caj tambahan (interest).

Diharap perkongsian kali ini dapat memberi idea kepada anda berjimat cermat ketika berbelanja. Ingin berkongsi cara anda berjimat? Kongsikan di ruang komen dibawah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan