Selasa, 12 November 2019

Kenapa Emas Sesuai Dijadikan Sebagai Dana Kecemasan

Kenapa Emas Sesuai Dijadikan Sebagai Dana Kecemasan

Kenapa EMAS? Apakah keistimewaan emas sehingga ia amat sesuai dijadikan sebagai Dana Kecemasan?

Sebelum saya mengupas dengan lebih lanjut berkaitan isu tersebut, mari kita fahami terlebih dahulu ciri-ciri yang perlu ada untuk dijadikan sebagai Dana Kecemasan.

1# Mudah Dibawa, Dipegang & Disimpan
2# Kadar Kecairan Yang Tinggi
     (Mudah Digunakan Apabila Memerlukan Wang Segera) 
3# Tahan Lasak
     (Tidak Mudah Dimusnahkan Oleh Ejen Perosak Seperti Air, Udara, Tanah & Api)
4# Kalis Inflasi
     (Mampu Pertahankan Kuasa Beli Sepanjang Masa)
5# Mencegah Diri Daripada Terguna Selain Hal Kecemasan

Adakah EMAS memiliki ciri-ciri seperti diatas? Mari kita lihat dengan lebih lanjut akannya.

1# Adakah Ia Mudah Dibawa, Dipegang & Disimpan?  

Kebanyakkan Jongkong dan syilling emas dibungkus dengan plastik berbentuk kad (sebesar saiz kad pengenalan) bagi memudahkan ia dibawa, dipegang dan disimpan.

Ini menjimatkan ruang sekiranya ingin disimpan di dalam dompet bersama dengan barangan lain seperti duit (wang kertas dan syilling), kad (pengenalan, lesen, bank, kredit dan sebagainya) dan sebagainya.

Lagi menarik, emas tersebut disertai dengan sijil pengesahan ketulenan (dicetak pada sarung plastik) yang mengandungi semua maklumat penting bagi membuktikan emas tersebut adalah tulen. Anda tidak perlu risau kerana sijil pengesahan telah dicetak pada sarung plastik yang membaluti emas tersebut (Bersarung kekal).

Hanya Sebesar Kad Pengenalan

2# Adakah Ia Mudah Di Pajak @ Dijual Untuk Mendapatkan Wang Segera?

Aset terbaik untuk dijadikan sebagai Dana Kcemasan perlulah mudah dicairkan sama ada melalui pajakan atau jual balik untuk mendapat wang segera. Bagi aset fizikal, hanya emas dan perak sahaja yang mudah urusannya (tidak melibatkan tempoh masa yang lama) sekiranya ingin dipajak atau dijual.

Ini kerana Emas dan Perak (dalam bentuk fizikal) tidak melibatkan dokumentasi, sistem, kebenaran daripada kerajaan, pembiayaan dari bank dan sebagainya tidak seperti aset fizikal lain (Tanah dan Rumah) dan aset bukan fizikal (Unit Amanah @ Trust, Akaun Simpanan, Saham, Bond dan sebagainya).

Hanya perlu bawa emas tersebut bersama dengan sijil ketulenan ke mana-mana kedai pajak di seluruh dunia. Lagi baik sekiranya pajak di tempat yang tidak memerlukan ujian ketulenan dilakukan seperti di Pos Arrahnu, Tekun Nasional (khas untuk jenama keluaran Public Gold).

Sila tekan pautan yang tersedia dibawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pajakan.

Walaupun Bersaiz Kecil, Harganya Boleh Mencecah Sehingga Empat Angka
3# Adakah Ia Tahan Lasak?

Kenapa Dana Kecemasan perlu berada dalam keadaan yang tahan lasak? Dana Kecemasan yang terbaik perlulah sentiasa berada bersama dengan kita sepanjang masa. Ini akan menyebabkan ia mudah terdedah dengan persekitaran yang boleh merosakkannya pada jangka masa yang panjang.

Di sini terletaknya kelebihan emas dan perak berbanding aset lain. Ia tetap bernilai walaupun berhadapan dengan peristiwa buruk seperti kebakaran rumah, kapal karam dan sebagainya. Tetap bernilai walaupun dalam keadaan apa sekali pun (cecair, serbuk dan sebagainya).

Yang lagi menarik, emas mampu bertahan (mengekalkan rupa asal) walaupun ditanam, direndam beribu tahun malah dibakar kerana emas memerlukan takat lebur melebihi 1.300 C untuk dileburkan menjadi cecair.
Syilling Emas Sepanyol. Masih Berada Dalam Keadaan Asal Walaupun Setelah Terendam Dalam Lautan Beribu Tahun Lamanya (Sumber: Google)
4# Adakah Ia Dapat Pertahankan Kuasa Beli (Nilai) Sepanjang Zaman?

Antara contoh yang terbaik untuk menunjukkan keupayaan Emas mempertahankan kuasa beli adalah melalui kisah yang dicerita dalam hadis Nabi berkaitan dengan seorang sahabat Nabi membeli seekor kambing dengan harga 1 Dinar. Walaupun selepas lebih 1400 tahun berlalu, kita masih lagi mampu membeli seekor kambing dengan harga 1 Dinar.

Untuk mengetahui kisah sepenuhnya (seperti diceritakan dalam hadis), sila tekan pautan yang tersedia di bawah.

Berat Yang Sama Masih Mampu Membeli Rumah Yang Sama Walaupun Setelah 10 Tahun Berlalu
Harga Emas Sepanjang Zaman (1933-2009)


5# Adakah Ia Dapat Mencegah Dari Terguna Atas Sesuatu Yang Bukan Kecemasan?

“Emas Mencegah Kita Daripada Terguna Dana Kecemasan Yang Ada Selain Tujuan Kecemasan”

Anda setuju dengan kenyataan diatas? Mari kita buat sedikit ujian untuk pembuktian. Antara duit tunai RM 2,000 dengan Jongkong Emas 10 gram, rasa-rasanya yang mana akan bertahan lebih lama sekiranya diletak dalam dompet? Saya serahkan pada anda untuk mencari jawapannya.

Berdasarkan ciri-ciri seperti diatas, didapati Emas berjaya memenuhi kriteria sebagai Dana Kecemasan yang ideal.

Bagaimana dengan Perak dan Wang Kertas?


Bagi Perak, sebahagian besar ciri-ciri di atas berjaya dipenuhi. Hanya kelemahan utama adalah ia terlalu besar dan berat untuk dibawa sentiasa. Berat paling ringan bagi jongkong Perak sekitar 250 gram, manakala bagi dirham seberat 14.875 gram (Jenama Public Gold). Ia juga terlalu murah (RM 2.68 segram pada 11 Nov 2019) menyebabkan tidak berbaloi dijadikan sebagai Dana Kecemasan.

Tak Mampu Nak Masuk Dalam Dompet
Bagi Wang Kertas pula, kelemahan ketara adalah ia bukan penyimpan nilai yang baik (tak mampu kekalkan kuasa beli sepanjang masa). Wang kertas juga tidak mampu menghalang kita daripada terguna walaupun bukan hal kecemasan. Maklumlah fitrah manusia dengan duit seronok dibelanjakan.

Wang kertas juga tidak bertahan lama walaupun dibuat dari kertas polimer. Secara puratanya, jangka hayat wang kertas sekitar 4 tahun sahaja (secara puratanya) sebelum ditukar baru.

Yang paling tidak menyeronokkan, wang kertas yang ada hanya sah digunakan dalam negara sahaja. Ini bermaksud sesiapa yang ingin ke luar negara, terlebih dahulu perlu menukar wang yang ada mengikut negara yang ingin dilawati.   


Inflasi Menakutkan
Sila tekan pautan dibawah untuk mengetahui cara saya menguruskan Dana Kecemasan.
Mengurus Dana Kecemasan (Cara Saya)

Bagaimana? Adakah anda masih ragu-ragu untuk memiliki Emas sebagai Dana Kecemasan? Kongsikan pendapat anda di ruang komen dibawah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan