Khamis, 21 Mei 2020

Emporis Kota Damansara

Emporis Kota Damansara

Lokasi:
Emporis Kota Damansara

Alamat:
Jalan Teknologi,
Taman Sains Selangor,
47810 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu Operasi:
10.00 pagi - 10.00 malam (Setiap Hari)

Tarikh Lawatan:
04 Mei 2020 (Kali Ke-1)
18 Julai 2020 (Kali Ke-2)

Emporis Kota Damansara menjadi tempat persinggahan tunggal pada hari ini. Tujuan kedatangan ke sini hanya untuk membeli barang keperluan di Jaya Grocer. Oleh kerana tempat ini baru sahaja dibuka pada awal tahun 2020. 

Maka dikesempatan ini, saya pun mengambil peluang mengunjungi tempat ini walaupun ketika masih dalam PKP. Pihak Jaya Grocer menyediakan sarung tangan dan sanitizer secara percuma kepada semua pelanggan yang mengunjungi supermarket ini. Norma baru, kena biasakan dirilah.

Emporis Kota Damansara menjadi lokasi persinggahan tunggal pada hari ini bagi lawatan kali kedua.


04/05/2020: Tempat Letak Kenderaan Di Bahagian Bawah
04/05/2020: Banyak Rumah Kedai Yang Kosong
04/05/2020: Belum Tiba Masanya Untuk Menjenguk Tingkat Atas. Tiada Kedai Pun Lagi
04/05/2020: Perintis
18/07/2020: Comel Logo Ninso
18/07/2020: Macam-Macam Ada
18/07/2020: Hanya RM 2.10 Sahaja
18/07/2020: Photo Boom

Selesai beli barang, kita pulang terus. Tidak perlu merayau-rayau lagi. Covid-19 masih ada lagi. Dahlah Petaling Jaya masih zon merah.

Selesai kunjung dan terbeli, kita balik (bagi lawatan kali kedua).


Mohd Faiz bin Abdul Manan
Catatan Seorang Kembara

Tiada ulasan:

Catat Komen