Ahad, 3 Mei 2020

Tips Dan Panduan Mendapatkan Pelanggan Melalui Teknik Perjumpaan (Face To Face Closing)


Entri kali ini saya ingin berkongsi tips dan panduan mendapatkan pelanggan melalui perjumpaan secara terus langsung (face to face) dalam temujanji yang telah ditetapkan.

Langkah 1: Sebelum Perjumpaan

Pekara pertama yang perlu dilakukan sebelum berjumpa dengan prospek ialah dengan melakukan persiapan yang rapi. Tujuan utama adalah untuk memberi tanggapan pertama yang baik dimata prospek, secara langsung dapat meyakinkan prospek untuk berurusniaga dengan kita.

1# Sediakan Peralatan Peniagaan (Tools)
Berikut adalah peralatan yang wajib disediakan sebelum memulakan perjumpaan.

1. Kad Nama
Pastikan kad nama anda mempunyai maklumat penting (asas) seperti:

Maklumat Peribadi
Nama Penuh, PG Kod, Nombor Telefon, E-mel dan Media Sosial

Maklumat Syarikat
Logo Syarikat, Lambang Kualiti, Produk atau Rupa Sendiri dan Logo Perniagaan Lain Public Gold (PG Mall, Aurora Italia dan Public Gold).

Maklumat Produk
Kebaikan Simpan Emas (Nota Ringkas)

Bahagian Hadapan Kad Nama
Bahagian Belakang Kad Nama
2. Pamplet
Tujuan pamplet direka adalah untuk berkongsi maklumat tentang Emas dan produk Public Gold secara ringkas bagi memberi kefahaman asas kepada prospek tentang Emas.

Ini akan membantu mewujudkan keinginan prospek untuk mengetahui secara lebih lanjut tentang emas Public Gold. Prospek akan menghubungi kita berdasarkan maklumat yang tertera dalam pamplet.

Bahagian Hadapan Pamplet
Pamplet Rasmi Dari Public Gold
3. Produk (Emas, Perak atau Barang Kemas)
Salah satu cara meyakinkan prospek adalah dengan cara menunjukkan produk Public Gold. Secara psikologi, ia akan dapat mempengaruhi prospek untuk membeli emas apabila dapat memegang emas ditangan. Lain macam perasaannya apabila dapat memegang emas ditangan terutama dalam gram yang besar.

Produk Public Gold Sebagai Sampel Untuk Ditunjukkan Kepada Prospek
Auranya Mengancam
4. Borang Kebenaran
Borang kebenaran mewakili pelanggan mengambil stok di cawangan Public Gold perlulah ada ditangan sepanjang masa supaya kita boleh menggunakannya bila perlu. Borang tersebut boleh diambil di cawangan Public Gold yang terdekat.

Salah satu teknik yang memerlukan penggunaan Borang Kebenaran adalah dengan teknik jual dan ganti balik koleksi peribadi. Ada prospek lebih suka membeli emas secara terus dari kita. Untuk menggantikan koleksi yang sudah dijual, kita boleh meminta kebenaran prospek untuk mendaftar menggunakan nama dia untuk membeli balik produk yang sudah terjual.

Borang Kebenaran Mewakilkan Dealer Untuk Ambil Stok Yang Telah Dibeli Oleh Pelanggan
5. Nota Ringkas
Sediakan nota ringkas tentang kelebihan memiliki emas. Nota boleh disediakan dalam bentuk peta minda yang dicetak di atas kertas bersaiz A4 atau dalam bentuk eBook.

Nota ringkas tentang emas adalah amat penting sebagai cara kita berkongsikan ilmu tentang emas kepada prospek sama ada secara atas talian (Online) atau secara bersemuka (Offline).

Dengan menyediakan nota ringkas, ia dapat menjimatkan masa serta boleh dijadikan sebagai panduan untuk kita semasa memberi taklimat pada prospek.

Nota Ringkas Dalam Kertas A4

6. Buku Tentang Ilmu Emas
Beli beberapa buah buku berkaitan emas untuk dijual kepada prospek yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang emas. Buku juga boleh dijadikan sebagai alat untuk menarik minat prospek untuk membeli emas.

Buku ini juga boleh dijadikan sebagai hadiah kepada pelanggan kita sebagai tanda penghargaan.

Wang Emas, Bertahan Ketika Gawat

2# Persiapan Dari Segi Penampilan
Berikut adalah tips dan panduan persediaan dari segi penampilan sebelum berjumpa dengan prospek.

1. Berpakaian Kemas
Digalakkan berpakaian formal (supaya nampak kemas) atau berbaju kolar (terbaik pakai baju Polo Public Gold)

2. Menepati Masa
Datang sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal dari waktu yang ditetapkan.

3. Memilih Lokasi Perjumpaan Yang Sesuai
Pilih lokasi yang bersesuai semasa berjumpa dengan prospek. Antara pekara penting yang perlu dipertimbangkan adalah dari segi keselesaan, keselamatan, lokasi yang berdekatan dengan prospek dan berkemampuan untuk menghadiri lokasi tersebut.

Berikut adalah lokasi yang sesuai untuk berjumpa dengan prospek
1. Restauran/ Kedai Makan
2. Pejabat
3. Rumah

4. Pilih Tarikh Dan Masa Yang Sesuai
Tarikh dan masa kebiasaannya bergantung kepada masa lapang prospek. Sebaik-baik waktu perjumpaan adalah pada waktu pagi dan dihujung minggu (sekiranya prospek bercuti hujung minggu).

Seboleh-bolehnya elak berjumpa pada waktu malam atas sebab keselamatan. Perjumpaan diwaktu malam juga lebih singkat berbanding pada waktu pagi.


Langkah 2# Semasa Perjumpaan

Berikut adalah tips dan panduan yang boleh diamalkan semasa berjumpa dengan prospek.

1. Sebut nama prospek sebagai tanda kemesraan.
2. Panggil dengan gelaran (tuan, puan, encik, cik, dan sebagainya) sebagai tanda penghormatan.
3. Jadi pendengar yang setia.
4. Ketahui apakah yang prospek inginkan.
5. Jelaskan segala persoalan yang berbangkit dengan ayat yang mudah untuk difahami.
6. Tunjukkan maklumat yang penting dengan cara yang ringkas.
7. Hadkan masa berjumpaan, sekitar 30 minit sudah memadai.

Semoga bermanfaat. Selamat beramal.

Entri Berkaitan:

Tiada ulasan:

Catat Komen