Kemaskini
pada 21/07/2022
Entri kali ini saya ingin kongsikan beberapa perkhidmatan tambahan (tambah nilai) bagi memberi pilihan kepada pelanggan ketika berurus niaga dengan Public Gold.
1# Easy Payment Purchase (EPP)
Easy Payment Purchase (EPP) adalah satu kemudahan pembayaran
secara berperingkat (setiap bulan) yang ditawarkan oleh Public Gold bagi semua
jenis produk meliputi jongkong emas dan perak, dinar dan dirham serta barang
kemas. Kemudahan ini tidak
melibatkan akaun GAP @ SAP.
Terdapat
dua peringkat pembayaran yang ditawarkan iaitu:
1# Pembayaran Sebanyak 6 Kali
Bagi
jumlah pembelian produk Public Gold berharga RM 1,000 dan ke atas dalam satu
resit.
2# Pembayaran Sebanyak 10 Kali
Bagi
jumlah pembelian produk Public Gold berharga RM 1,000 dan ke atas dalam satu
resit. (Semasa promosi berlangsung).
![]() |
Contoh Jadual Pembayaran Sebanyak 10 Kali |
![]() |
Caj Premium EPP Mengikut Berat (Gram) |
2# Gold In Transit (GIT)/ Silver In Transit (SIT)
![]() |
Gold In Transit (GIT) |
Public Gold juga
memperkenalkan kemudahan penghantaran produk emas atau perak (jongkong dan
syiling) terus ke rumah anda. Kemudahan ini dikenali sebagai Gold In Transit
(GIT) bagi emas dan Silver In Transit (SIT) bagi perak. Kemudahan ini disediakan
untuk pembelian secara runcit dan dalam akaun.
Entri
Berkaitan:
Di sini saya sertakan kos
penghantaran menggunakan kemudahan ini.
Gold In Transit (GIT)
Maksimum berat 21.25 gram
Semenanjung Malaysia
RM 10 untuk
1 kos penghantaran (postage)
Sabah & Sarawak
RM 15 untuk 1 kos penghantaran (postage)
Contoh Pengiraan:
Produk:
10 gram BungaMas (Jongkong Emas)
Harga Produk: RM 2,544*
Kos Premium:
RM 15 (Semenanjung) atau RM 30 (Sabah & Sarawak)
Kos penghantaran (GIT):
RM 10
Kos Keseluruhan:
RM 2,544 + RM 15 + RM 10 = RM 2,569
Ini bererti anda perlu membayar kos tambahan sebanyak RM 25 sekiranya ingin menerima jongkong emas seberat 10 gram edisi Bunga Mas terus ke rumah (semenanjung).
RM 15 untuk 1 kos penghantaran (postage)
Contoh Pengiraan:
Produk:
10 gram BungaMas (Jongkong Emas)
Harga Produk: RM 2,544*
Kos Premium:
RM 15 (Semenanjung) atau RM 30 (Sabah & Sarawak)
Kos penghantaran (GIT):
RM 10
Kos Keseluruhan:
RM 2,544 + RM 15 + RM 10 = RM 2,569
Ini bererti anda perlu membayar kos tambahan sebanyak RM 25 sekiranya ingin menerima jongkong emas seberat 10 gram edisi Bunga Mas terus ke rumah (semenanjung).
Nota
*Harga pada 6 Mei 2020
Silver In Transit (SIT)
Maksimum berat 1,000 gram
*Harga pada 6 Mei 2020
Silver In Transit (SIT)
Maksimum berat 1,000 gram
Semenanjung Malaysia
RM 10 untuk 1 kos penghantaran (postage)
Sabah & Sarawak
RM 15 untuk 1 kos penghantaran (postage)
RM 10 untuk 1 kos penghantaran (postage)
Sabah & Sarawak
RM 15 untuk 1 kos penghantaran (postage)
Untuk makluman anda, semua
penghantaran melalui kemudahan GIT atau SIT dilindungi insuran.
3# Kempen Tukar Emas Jenama Lain Ke Emas Public Gold @ Wang Tunai
![]() |
Iklan Tawaran Beli Balik Emas |
Public
Gold menawarkan untuk membeli semua jenis emas (barang kemas lama, emas potong,
emas putus, jongkong dan dinar emas jenama lain) yang berketulenan antara 18
karat (750) sehingga 24 karat (999).
Apa
yang perlu anda lakukan hanyalah dengan membawa emas yang dimiliki ke cawangan
Public Gold terdekat. Anda diberi tawaran sama ada menerima wang tunai atau
menukar emas tersebut ke emas jenama Public Gold yang akan dimasukkan ke dalam
akaun GAP Public Gold.
Public
Gold membeli dengan harga yang tinggi sedikit sekiranya ditukar ke emas jenama
Public Gold berbanding dengan wang tunai.
Entri
Berkaitan:
2 Langkah Mudah Menukar Emas Anda Kepada Emas Jenama Public Gold
4# Simpanan Khas KDE
4# Simpanan Khas KDE
![]() |
Simpanan Khas KDE |
Koperasi
Dagang Emas Pulau Pinang Berhad (KDE) telah ditubuhkan pada 28
Januari 2010 dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Pulau Pinang beralamat di
88F, 2nd Floor, Jalan Tun Dr. Awang 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Kini
KDE mempelawa anda menyimpan dalam Simpanan Khas KDE. Berikut adalah maklumat yang
perlu anda diketahui.
Syarat-Syarat Menyertainya:
1#
Terbuka kepada semua orang
2#
Mempunyai sekurang-kurangnya 1 unit syer dalam KDE
3#
Simpanan minimum sebanyak RM 5,000.00
5 Sebab Kenapa Anda Perlu Melabur Dalam Simpanan Khas KDE:
1#
Kadar keuntungan lebih tinggi sehingga 7% setahun bagi 24 bulan
2#
Kadar keuntungan diberikan bagi pengeluaran pra-matang (6 bulan)
3#
Pencapaian KDE yang meningkat dengan pesat dari 3 buah cawangan sehingga 22
buah cawangan dari tahun 2012 sehingga kini.
4#
Tiada caj tersembunyi
5#
Berlandaskan konsep syariah
![]() |
Kelebihan Memajak Di Ar-Rahnu KDE |
Yang
menulis,
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold
Mohd Faiz bin Abdul Manan
Dealer Public Gold
Youtube Channel:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan